Thursday, February 26, 2009

Intelektual Dialog


salam ukhuwah...

pada selasa 24/2/09, Maaruf Club UIAM telah menganjurkan intelektual dialog berkenaan dengan nasib yang menimpa masyarakat dan negara kita sekarang. menyentuh juga isu politik di Perak serta peranan mahasiswa dalam menhadapi masalah ini. ahli panel yang di jemput juga sangat hebat yang mengabungkan pilitician dan academician. perbincangan yang memakan masa hampir 2 jam ini amat menarik sekali. antara ahli panel ialah dato' Fuad Zarkashi( parlimen-BN), Dr hasan Ali( dun-Pas), Cikgu Azmi( presiden Teras). sepanjang diskusi ini, yb Fuad kerap menyentuh dengan politik hati nurani, dimana berpolitik bukan atas dasar inginkan jawatan tetapi ada misi yang ingin di laksanakan. beliau juga menegaskan walaupun berada dalam BN tetapi ada juga banyak perkara yang beliau tidak setuju, contohnya isu PPSMI dan banyak lagi. beliau ada misi lain yang ingin di jalankan.

diskusi ini banyak membuka masyarakat bahawa mahasiswa seharusnya diberi peluang untuk bersuara dan mainkan peranan dalam masalah yang menimpa negara kita. mahasiswa sekarang sudah matang dan bersedia untuk bersama-sama membentuk nilai sebuah negara yang dikenali sebagai Daulah islamiah. pihak sewajarnya perlu menyediakan peluang ini untuk libatkan mahasiswa bukan lagi mencipta ruang dan pelbagai sekatan untuk menghalang evolusi ini bermula. Mahasiswa sepatutnya sedar peranan ini bukan asyik dengan hedonisme yang melalaikan hati dan diri kita.

-jiwa sufi minda haraki-

b.ed ised

Saturday, February 7, 2009

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN




Abu Bakar r.a. berkata.
'' sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu,dunia di sebelah belakangmu, dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu, sedangkan Allah di atasmu, sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu kearah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, anggota tubuhmu mengajakmu melaksanakan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmannya..'' Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya''.

Siapa yang penuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu, maka hilang akal dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan''.


Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Sumber: 1001 kisah teladan: Harzimi Ibrahim.