Saturday, February 26, 2011

mar'ah sholihah

Titipan Buat Muslimah "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di sit...u. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen. Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.. p/s:Wahai Muslimah, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

from http://hambamuyangkerdil.blogspot.com

Friday, February 25, 2011



KURANGNYA BUDAYA BERDAKWAH DI KALANGAN MASYARAKAT…

Dakwah dari kata asalnya yang bermaksud mengajak, menyeru dan memanggil . dari segi istilah, ia bermaksud mengajak manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia mempunyai pelbagai peringkat seperti yang termaktub dalam hadis Rasululluh SAW yang bermaksud:” barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah di cegah dengan tangannya, jika tidak mampu,dengan lidahnya. Jika tidak mampu dengan hatinya.itulah selemah-lemah iman.”

Setiap yang mengucapkan kalimah syahadah adalah daie. Dasawarsa ini, tanggungjawab berdakwah diletakkan hanya kepada yang berstatus ustaz dan ustazah ja. Manakala yang lain, tidak termasuk dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya, sesiapa yang melihat kemungkaran haruslah dicegahnya. Masalah ini berlaku apabila budaya menuntut ilmu agama yang menjadi fardu ‘ain itu dipandang enteng sahaja. Kita memberi alasan tidak cukup ilmu untuk tegur orang yang berbuat kemungkaran lagi, padahal, sampai bila ilmu kita hendaklah lantarannya banyaknya ilmu Allah di muka bumi ini. semakin kita belajar, semakin terasa jahilnya kita. Ilmu Allah yang sangat luas ini. tidak termampu untuk kita menguasainya. Allah tidak melihat kepada hasilnya sesuatu yang dibuat, tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita.

Bagi mewujudkan budaya berdakwah di kalangan kita, beberapa cadangan di kongsikan ustaz Yahya Othman dalam bukunya Amal Jamaie. Yang paling penting adalah, kita digalakkan untuk menuntut ilmu, sesuai mengikut tahap masing-masing. Ini kerana apa yang kita hendak sampaikan kepaa orang lain adalah ilmu. Hati yang mati, tidak boleh menghidupkan hati yang mati. Kemudian, kita boleh juga berdakwah dengan menunjukkan akhlaq yang baik. Rasululluah SAW adalah contoh teladan yang baik buat kita. Kita hendaklah menunjukkan akhlaq yang baik dengan solat di masjid dan mengajak orang lain untuk solat di masjid juga.

Selain itu, kita hendaklah rajin membaca kemudian kongsikan apa yang kit abaca itu dengan orang lain. Seperti surat khabar, buku dan sebagainya. Kita juga digalakkan untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat. Bantuan yang diberikan dapat memoerkenalkan kita kepada masyarakat, seterusnya dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu kita kepada mereka.

Dan akhirnya, kita hendaklah bersikar merendah diri. Jika ada kesalahan hendaklah diakui dan dibaiki kesalahan tersebut. Manusia tidak semuanya sempurna, hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa memelihara agamaNya di tahap yang tinggi. Moga usaha kita, diredhai Allah dan menambahkan ketaqwaan kita kepadaNya.

Memaknakan Kemenangan

salam ukhuwah...

sedikit perkongsian bersama-sama sahabat, ap yg sy dapat dlm usrah semalam. dalam meraikan kemenangan PRK selasa lalu, kita juga diingatkan untuk sentiasa bersyukur pada Allah yg menganugerahkan nikmat kita untuk di rasai lagi pada tahun ini.

Allah mengingatkan kita dengan firmanNya dalam surah al-Nasr ayat 3, mksudnya: " maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan memohon ampun kepadaNya. sungguh, Dia Maha Penerima taubat". surah meningatkan kita untuk bertasbih memuji Allah dan memohon keampunan kepada Allah.

kenapa kita perlu memohon keampunan kepada Allah setelah mencapai kemenangan???

dihuraikan beberapa sebab dalam tafsir Fi Zilalul Quran karangan Syed Qutb.

1) membersihkan noda-noda yang terdapat pada hati kita.
2) takut kita marahkan Allah atas lambatnya sampai kemenangan
3) takut kita kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan
4) hapuskan sifat sombong yang ada dalam diri atas kemenangan yg diraih
5) tanda menzahirkan kelemahan kita kepada Allah. kita menang atas izin Allah.


sama-sama kita istigfar kepada Allah, takut ada unsur yang tersebut dalam diri kita saat meraikan kemenangan.

Tuesday, February 22, 2011

SRC GENERAL ELECTION 2010/2011

salam ukhuwah...


Alhamdulillah. syukur pada Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kemenangan besar promahasiswa pada kali ini. 23 daripada 26 kerusi yang di pertandingkan. peratusan yang keluar mengundi juga meningkat daripada 38% kepada 65%. moga mahasiswa kia lebih ke hadapan pada masa2 akan datang.

pengisian kemenangan perlu segera di fikirkan. harapan pengundi perlu kita laksanakan. amanah yang berat menanti kita semua. moga Allah terus memberi kita kekuatan dan semangat untuk melaksanakan amanah ini.

Saturday, February 19, 2011

insted candidate ( Vote for MIMI )





SRC GENERAL ELECTION 2010/2011

Insted constituecy

satu-satunya calon sister di insted. vote for mimi nur syahudda bt setapani

Wednesday, February 16, 2011

pengalaman baru

salam ukhuwah..

minggu zikrul maut telah mengadakan pembukaan secara rasmi pada 15hb Februari lepas sempena maulidur Rasul. majlis tersebut telah dirasmikan oleh ustaz Fauzi b . Muda, chairman, zikrul Maut week 2011.

dijemput menjadi MC bahasa arab dlm program tersebut memberikan pengalaman yg sangat berharga buat diri ini. terima kasih buat kawan2 yg memberikan kepercayaan kepada kami utk menjalankan tanggungjawab sebagai MCwalaupun baru pertama kali.

pengalaman ini tidak akan sy lupakan. peluang berkenalan dengan kawan2 baru sangat menggembirakan. moga semuanya mendapat ganjaran sebaiknya atas usaha utk memberikan kesedaran kepada masyarakt UIAM tentang kematian itu pasti, dan persediaan mesti segera dilaksanakan sebelum terlambat.

jazakallah atas kerjasama yg baik daripada semua komiti.. Allah yubarik lakum.

pilihanraya Kampus

salam ukhuwah....

penamaan calon utk pilihanraya kampus berjalan lancar semalam dengan Pro-m telah memenangi 13 kerusi tanpa bertanding di Gombak juga Kuantan. beberapa lagi kerusi yang akan menghadapi persaingan hebat daripada calon-calon masing- masing.

wahai mahasiswa sekalian,

walaupun kesibukan yang melanda sangat ini dengan assgment, presentation, quiz dan sebagainya, tetapi isu2 yg berlaku dalam kampus kita perlu juga di ambil cakna.

kepada para calon di setiap kuliyyah, terutama di education , selamat berkempen pada hari ini, moga permulaan yg baik dengan kerusi yang di pertandingkan pada tahun ini, selepas 2 tahun kita berhempas utk mendapatkannya, akhirnya peluang ini masih ada dan di manfaatkan sebaiknya.

wahai pejuang Islam, teruskan pejuanganmu, jangan mudah mengalah dan merasa lemah kerana Allah menjanjikan keindahan buatmu..


All the best for all candidates ....

~suburkan kesedaran politik~

Tuesday, February 8, 2011

coretan

salam ukhuwah.....

rindu untuk menulis melonjak2 dalam diri ini. lambakan komitmen yang menuntut diri membuat diri ini seolah2 terbang seketika melayang entah ke mana. pulang bercuti ke bumi bertuah Mahsuri memberi sedikit ruang nafas buatku tenang seketika melihat wajah ibu dan ayah yang dirindui sekian lama. aktiviti yang di luangkan bersama mereka membuat hati merasa bersyukur dengan nikmat yang Allah masih berikan buat diri ini. moga sentiasa memberi kebaikan buat Mak dan Ayah tercinta.....

pulang semula ke kampus dengan pengumpulan semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar dan juga daie serta mujahidah. lambakan tuntutan akademik yang perlu di selesaikan serta tuntutan jihad perlu segera di lunaskan. moga Allah sentiasa memberi kekuatan buat hambaMu ini.

Pilihanraya Kampus sudah mula menonjolkan bahangnya dengan pengambilan borang sebagai calon telah mula di buka pada hari ini 8/2 - 9/2. Public Speaking Test akan bermula Khamis ini 10/2. diikuti nomination Day 16/2. serta election Day pada 22/2. mahasiswa kampus perlu menyedari tanggungjawab masing-masing untuk membuat pada tarikh yg termaktub. ini adalah medan latihan untuk kita sebelum tamat pengajian. mahasiswa yang celik politik perlu segera ditingkatkan agar kita semua tidak mudah di jatuhkan dan ditindas oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

ambiklah pengajaran daripada kebangkitan rakyat Mesir yang bangunkan menjatuhkan kepimpinan Hosni Mubarak yang selama 30 tahun telah membuat onar dan bersekutu dengan Amerika dalam negara sendiri. akhirnya rakyat yang terkesan dan menerima kesusahan. buatlah pilihan yang terbaik untu masa depan yang cerah..

kebangkitan mahasiswa di tunggu- tunggu.....