Tuesday, May 25, 2010

ujian dalam perjuangan

salam ukhuwah....

Jalan perjuangan sudah di janjikan dengan kesusahan dan keletihan. pelbagai dugaan dan cabaran harus di hadapi untuk menjadikan kita lebih kuat dan dekat kepada Allah.

Allah berfirman: ''kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan juga kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang di beri kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan" (ali-Imran: 186).

kadang-kadang kita perlu lupakan kesalahan orang kepada kita tetapi ingatkan kebaikan orang kepada kita, dan ingat lah kesalahan kita kepada orang daripada ingatkan kebaikan kita kepada orang. masalah2 yang kecil kadang-kadang perlu kita lupakan untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang lebih besar di hadapan kita.

untuk bersemangat untuk berjuang.

~jiwa sufi, minda haraki~.

Saturday, May 22, 2010

KES JUDI

Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'
Mei 22, 10 10:07am
Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali menggesa kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi bola Sepak kepada Kumpulan Berjaya serta merta kerana dikhuatiri mengundang gejala negatif.

Katanya, tindakan kerajaan "mengiktiraf perjudian" akan memberikan kesan buruk dan membimbangkan, khususnya generasi muda.

"Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar (judi) ini akan menjadi seperti pepatah 'guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.

"(Jadi) jangan marah kalau rakyatnya, terutama sekali pelajar muda 'kencing berlari'," kata Dr Halimah.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Halimah yang juga pengerusi jawatankuasa menangani masalah sosial Selangor berkata penglibatan dalam aktiviti perjudian menyebabkan pelbagai kesan langsung kepada sesebuah keluarga.

"Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah (yang) kompleks, yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa.

"Ini (baru) perjudian kecil-kecilan," katanya lagi.

SUMBER: MALAYSIAKINI

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU

salam ukhuwah...

selamat hari guru buat semua warga pendidik dan bakal pendidik di seluruh Malaysia. buat guru-guru yang pernah mendidik diri ini dari PASTI sehinggalah universiti ini saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih. sungguh mulia pengorbanan seorang guru yang tidak mahu seorang pun dari anak didiknya gagal dalam hidup. biar hidupnya susah, asalkan anak-anak didiknya berjaya. TERIMA KASIH GURUKU..

buat sahabat-sahabat dan bakal pendidik yang sedang mempersiapkan diri untuk bergelar seorang guru ini, juga di ucapkan selamat hari guru. moga ia menjadi pemangkin semangat untuk menjadi guru yang terbaik untuk mendidik umat Islam dan bangsa kita kearah yang lebih baik nantu .InsyaAllah...

SELAMAT HARI GURU

Wednesday, May 5, 2010

JANGAN MUDAH MELATAH

salam ukhuwah...


kepada sahabat2 semua, pelbagai masalah dan kepincangan dapat kita lihat dalam dunia siasah sekarang ini. pertelingkahan, perselisihan pendapat, sikap ingin melepaskan diri sendiri dan sebagainya semakin menular di kalangan masyarakat kita yang terlibat secara lansung aau tidak dalam dunia haraki ini.

siasatan yang telus perlu kita cari dan kaji terlebih dahulu, agar kita dapat gambaran sebenar tentang apa masalah yang sedang berlaku sekarang. jangan kita mudah menyalahkan sesiapa tanpa ada siasatan terlebih dahulu. jangan mudah melatah dan mudah meleparkan tuduhan terhadap sesiapa tanpa tahu jalan cerita dan taktik yang terkandung di sebaliknya. moga kita mendapat rahmatNya.

~jiwa sufi, minda haraki~

Monday, May 3, 2010

TAMBAH ILMU

KONVENSYEN GERAKAN ISLAM


22 MEI 2010

HOTEL D' PALMA AMPANG

ANJURAN LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN DPPP

8.00PG- 3.30 PM

YURAN RM 30

~ tokoh dari PKS (indonesia), ust, riduan mohd nor turut di jemput.

~ berminat hubungi nik 019 3238455.

JANGAN MUDAH MENUDING JARI

Aminurrassyid??????
moga kebenaran agak tertegak
siapakah yang bersalah??

Dunia Pendidikan

salam ukhuwah...

buat semua para pendidik, bakal pendidik dan semua mahasiswa tercinta. dunia pendidikan sekarang sudah semakin mencabar kepada semua para guru, dan mengerunkan kepada bakal-bakal guru.

tangguungjawab besar untuk mendidik anak bangsa ke arah menjadi insan kamil ini memerlukan pengorbanan, kesungguhan, percambahan idea- idea baru serta kajian yang mendalam ke atas silibus-silibus ma5a pelajaran yang telah ada di dalam sistem pendidikan kita sejak sekian lama.

perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa serta zaman yang semakin mencabar ini memerlukan penilain baru terhadap kerelevenan mata pelajaran dan pengubahsuai teknik pembelajaran dan pengajaran yang di laksanakan di dalam kelas pada setia hari.

cadangan untuk pendidikan seks di ajar di sekolah mendapat respon negatif pelbagai pihak memandangkan masyarakat dewasa ini yang mudah cenderung terhadap perkara tersebut seperti yang selalu di gembar-gemburkan media saban hari. perkara ini menjadi kebimbangan kepada para guru, ibu-bapa serta masyarakat amnya. remaja yang mempunyai ransangan untuk mencuba sesuatu yang baru itu, perlu segera di bendung tambahan jika pelajaran tersebut di ajar di dalam kelas.

masalah besar akan timbul jika pelajaran tersebut di laksanakan. walaupun, pelajaran tersebut tidak di erkenal sebelum ini, masyarakat kita sudah di tahap ini, jika di laksanakan mungkin lebih teruk.

mujurlah kerelevenan ini dapat di fikirkan dengan segera. sebenarnya, kita semua perlu kembali kepada basic agama Islam itu sebenarnya. Islam agama yang syumul meliputi semua aspek dalam kehidupan insan. pendidikan Islam perlu kita teguhkan, perubahan dan cara pengajaran perlu di perbaharui untuk menjamin keberkesanannya kepada para pelajar. Agama adalah benteng utama untuk menangani segala masalah yang ada, cuma kita yang selalau menafikannya.

moga Islam terus gemilang..

~jiwa sufi, minda haraki~