Thursday, September 29, 2011

10 sifat wanita solehah


DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

“Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif..

Wednesday, September 28, 2011

DAKWAH DAN QIAYADAH

salam ukhuwah..

Allah berfirman dalam surah ali-Imran: 104 yang bermaksud:" hendaklah ada segolongan daripada kamu umat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang beruntung".

ayat ini merupakan ayat teras dalam membincangkan tentang tanggungjawab melakukan dakwah kepada Agama Allah yang mulia ini.

Allah berfirman lagi dalam surah ali-Imran: 110 yang bermaksud:" kamu adalah umat yang terbaik, dikeluarkan kepada manusia, yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah".

ayat ini merupakan teguran supaya kita sebagai hamba Allah agar menjalankan amanah sebagai khalifah ini sebaiknya. sepanjang umur yang ada, apa yang telah kita sumbangkan untuk gerak kerja Islam.
umat Islam adalah umat yang merupakan komposisi terbesar di seluruh dunia ini, tetapi kita masih berada di bawah kekuasaan kuasa-kuasa barat yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan umat Islam. mereka sentiasa mencari jalan dan peluang-peluang baru untuk menjatuhkan umat Islam dan menimbulkan persengkataan antara umat Islam. dalam satu hadis Nabi adalah menyebutkan, umat Islam diakhir zaman sangat ramai, tetapi mereka ibarat buih-buih di lautan kerana mempunyai penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

menghampiri ke akhir zaman ini, pelbagai cabaran harus segera kita harungi, persediaan daripada pelbagai aspek termasuk fizikal, ilmu, rohani da sebagainya harus kita persiapkan. umat Islam perlu kuat dan bersatu untuk membina semula khilafah Islamiyyah yang terunggul dibina pada zaman Rasulullah dan khilafah-khilafah agung terdahulu.
umat Islam harus mempunyai produk sendiri untuk pembangunan dan tamadun Islam kita. jika dilihat dalam zaman kini, umat Islam masih lagi bergantung kepada produk barat. cuma kita fikrkan sebentar apa yang ada pada badan kita. sebagai contoh, jam tangan berasal dari Itali, dihantar semula ke Itali, pakaian kita yang kapas berasal dari negaranya, dihantar semula ke negaranya, kasut kita yang berasal dari China, dihantar semula ke China, akhirnya kita tidak mempunyai apa-apa lagi kerana umat Islam tidak mempunyai perusahaan tersendiri.

adakah kita mampu untuk menjadi orang yang beruntung seperti yang tersebut dalam ayat Allah, adakah kita akan termasuk dalam khairun ummat seperti yang termaktub dalam kalam Allah?????.
ayuh kita bina potensi diri, mulakan berdakwah dengan orang-orang di sekeliling kita. agar kita mampu melaksanakan tugas sebagai khalifah dan menunaikan amanah dengan selayakkanya. Allah tidak melihat kepada hasil apa yang telah kita lakukan, tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita ke arah menegakkan dinnul Allah al-haq.


Seksyen 15 AUKU patut dimansuh'


2011/09/28

SHAH ALAM: Pemuda UMNO berharap kerajaan akan memansuhkan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), sekali gus membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian sepenuhnya.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin, berkata cadangan itu wajar diteliti kerana kajian yang dibuat oleh pihaknya menunjukkan majoriti mahasiswa mahu perkara berkenaan diperhalusi sebaik mungkin.
"Kita tidak mahu AUKU dibuang sama sekali kerana yang kita mahukan hanyalah perkara tertentu dalam akta ini dilihat semula terutama berkaitan yang membenarkan mahasiswa berpolitik.
"Pemuda ada buat kajian mengenai hal ini dan ia perlu diberi perhatian kerana ia adalah pendapat mahasiswa di kebanyakan universiti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Pemuda UMNO dan perjumpaan dengan Ketua UMNO bahagian di Selangor di sini, semalam.

Khairy berkata, selepas melakukan transformasi politik dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan mahasiswa berpolitik.

Dalam perkembangan lain, katanya, Pemuda menyokong penuh tindakan kerajaan yang memansuhkan ISA dan digantikan dengan dua akta baru yang akan dibentangkan di Parlimen nanti.

"Pemuda menafikan ahli parti tidak sokong keputusan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), katanya.

~berita harian 28/9/2011

Tuesday, September 20, 2011

ISA dimansuhkan

salam ukhuwah....

dalam sambutan hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu, perdana Menteri Dato' Najib Tun Razak telah mengumunkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan akan di gantikan dengan 2 akta baru yang akan di umunkan nanti.

sudah berkurun lama akta ini di perjuangan oleh pakatan rakyat dan juga beberapa NGO untuk dimansuhkan kerana tiadanya keadilan dalam meletakkan seseorang termasuk dalam akta ini. diharapkan akta baru yang akan di gubal adalah lebih adil dan teratur bukannya untuk menzalimi rakyat dan juga untuk kepentingan dunia politik mana-mana parti.

penjenamaan, istilah dan kriteria2 yang jelas perlu di perhalusi untuk kebaikan rakyat bukan menzalimi.

Wednesday, September 7, 2011

AHLAN ....






AHLAN WASAHLAN kepada semua intake baru 2011/2012 semester 1. moga kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal.

kepada pelajar-pelajar lama, teruskan bersemangat untuk mencari butir-butir ilmu yang berharga buat kita.