Wednesday, September 28, 2011

DAKWAH DAN QIAYADAH

salam ukhuwah..

Allah berfirman dalam surah ali-Imran: 104 yang bermaksud:" hendaklah ada segolongan daripada kamu umat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang beruntung".

ayat ini merupakan ayat teras dalam membincangkan tentang tanggungjawab melakukan dakwah kepada Agama Allah yang mulia ini.

Allah berfirman lagi dalam surah ali-Imran: 110 yang bermaksud:" kamu adalah umat yang terbaik, dikeluarkan kepada manusia, yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah".

ayat ini merupakan teguran supaya kita sebagai hamba Allah agar menjalankan amanah sebagai khalifah ini sebaiknya. sepanjang umur yang ada, apa yang telah kita sumbangkan untuk gerak kerja Islam.
umat Islam adalah umat yang merupakan komposisi terbesar di seluruh dunia ini, tetapi kita masih berada di bawah kekuasaan kuasa-kuasa barat yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan umat Islam. mereka sentiasa mencari jalan dan peluang-peluang baru untuk menjatuhkan umat Islam dan menimbulkan persengkataan antara umat Islam. dalam satu hadis Nabi adalah menyebutkan, umat Islam diakhir zaman sangat ramai, tetapi mereka ibarat buih-buih di lautan kerana mempunyai penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

menghampiri ke akhir zaman ini, pelbagai cabaran harus segera kita harungi, persediaan daripada pelbagai aspek termasuk fizikal, ilmu, rohani da sebagainya harus kita persiapkan. umat Islam perlu kuat dan bersatu untuk membina semula khilafah Islamiyyah yang terunggul dibina pada zaman Rasulullah dan khilafah-khilafah agung terdahulu.
umat Islam harus mempunyai produk sendiri untuk pembangunan dan tamadun Islam kita. jika dilihat dalam zaman kini, umat Islam masih lagi bergantung kepada produk barat. cuma kita fikrkan sebentar apa yang ada pada badan kita. sebagai contoh, jam tangan berasal dari Itali, dihantar semula ke Itali, pakaian kita yang kapas berasal dari negaranya, dihantar semula ke negaranya, kasut kita yang berasal dari China, dihantar semula ke China, akhirnya kita tidak mempunyai apa-apa lagi kerana umat Islam tidak mempunyai perusahaan tersendiri.

adakah kita mampu untuk menjadi orang yang beruntung seperti yang tersebut dalam ayat Allah, adakah kita akan termasuk dalam khairun ummat seperti yang termaktub dalam kalam Allah?????.
ayuh kita bina potensi diri, mulakan berdakwah dengan orang-orang di sekeliling kita. agar kita mampu melaksanakan tugas sebagai khalifah dan menunaikan amanah dengan selayakkanya. Allah tidak melihat kepada hasil apa yang telah kita lakukan, tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita ke arah menegakkan dinnul Allah al-haq.


No comments: