Friday, January 28, 2011

N5 DUN Tenang


salam...

tarikh pembuangan undi semakin hampir. kepada penduduk tempatan dan pengundi di kawasan tersebut segera lah laksanakan tanggungjawab anda. memilih pemimpin adalah kewajipan. pilih lah yg terbaik, yang mempu meninggikan kalimah yg Agung di bumi ini.

Cikgu Mala dan Tok Ai mempunyai kelebihan masing-masing. tetapi buat pilihan yang terbaik.

Tuesday, January 25, 2011

sehari bersama anak yatim

Salam

Allah telah berfirman yang bermaksud:” barangsiapa yang bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat.dan barangsiapa yang kufur, sesungguhnya azab Allah amat pedih”.

Bersyukurlah kita di atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita sebagai hambaNya. Walaupun kita tidak suka tetapi aka nada hikmat di sebaliknya yang tidak ternilai harganya. Pengalaman bersama anak-anak yatim yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak kecil lagi di sebuah rumah anak-anak yatim membuatkan kita terfikir akan agungNya nikmat yang Allah kurniakan buat kita yang masih mempunyai mak dan ayah. Mereka terpaksa berkongsi kasih dengan penjaga di situ yang mempunyai lebih kurang 100 orang yang perlukan perhatian dari segala aspek seperti manusia biasa.

Semangat yang kental dan berjiwa besar yang ditunjukkan melalui impian yang di cita-citakan mempunyai hati menjadi sebak. Betapa teguh hati mereka untuk mengubah nasib diri dan berjaya seperti orang lain. Kita seharusnya menumpang semangat yang di miliki mereka untuk meneruskan hidup dengan sebaiknya. Perhatian perlu di beri kepada mereka apabila kita mempunyai rezeki yang lebih, sumbanglah buat mereka . walaupun tidak seberapa tetapi moga memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan di bumi ini. banyak ganjaran yang Allah sediakan buat mereka yang mengasihi anak yatim ini. doa yang di makbulkan, ganjaran pahala buat yang bersedekah kepada mereka dan banyak lagi.

Moga iktibar yang ada membawa dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.

Friday, January 21, 2011

penamaan calon N5 Dun Tenang




salam ukhuwah....


penamaan calon pada hari ini meriah dengan ribuan penyokong BN dan juga pakatan rakyat.

Tuesday, January 18, 2011

N5 DUN Tenang





bahang PRK Tenang sudah mulai terasa bahangnya.poster n bendera sudah mulai terlihat bagaikan pesta di Johor ini.perayaan yang bakal memperlihatkan pertembungan yang menarik dan menguji kemampuan parti masing-masing sebagai gambaran sokongan rakyat untuk PRU akan datang.


PAS meletakakan bekas guru sebagai calon pada kali ini.pemilihan calon dalam kalangan pada kali ini dapat memeberi sentuhan baru pada politik negara ini. sokongan yang tidak berbelah bagi, tidak kira siapapun yang akan bertanding asalkan dapat menajlankan tanggungjawab dan meninggikan syiar Islam.

buat rakyat di N5 Tenang, segera lah bangun dari dan usah bertenang lagi. mulakan langkah untuk memilih pemimpin yang selayaknya di tempat anda.

Monday, January 17, 2011

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

Salam....buat shbt2 yang akan ROS s.sem ni.ni ada sedikit perkongsian yg d copy dari sebuah laman web. selamat berROS to all Instedian IIUM.


Rancangan Orientasi Mengajar

horizontal rule

Menu

Konsep

Objektif

Tempoh

Penempatan

Tumpuan

Peranan2

Kehadiran

Pelaksanaan

Borang2

Pencerapan Klinikal

Penilaian Kendiri

Penulisan Jurnal

Pengajaran Berpasangan

Senarai Penempatan

Arahan

horizontal rule

Konsep

ROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Objektif

Melalui ROS guru pelatih dapat:

  1. memahami masyarakat sekolah
  2. menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah
  3. membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah
  4. menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran pembelajaran
  5. merekod pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Tempoh

Tempoh pelaksanaan guru pelatih menjalankan ROS adalah seperti jadual berikut.

Kursus

Tempoh

Semester

Penempatan

Diploma Perguruan Malaysia (DPM)

2 minggu

II

sekolah rendah

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

2 minggu

I

sekolah menengah

Kursus Perguruan Lepas Diploma (KPLD)

2 minggu

I

sekolah rendah

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Penempatan

  1. Guru pelatih akan menjalani ROS di sekolah pilihan sendiri.
  2. ROS hendaklah dijalankan selama 2 minggu sebelum/selepas cuti institut/maktab dan diselaraskan oleh BPG.

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Prosedur Pelaksanaan

  1. BPG akan memaklumkan JPN tentang penempatan guru pelatih untuk tujuan ROS selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh yang ditetapkan.
  2. Maktab memaklumkan pihak sekolah tentang penempatan guru pelatih.
  3. Maktab menyediakan surat pengenalan diri guru pelatih untuk diserahkan kepada pengurus sekolah semasa melapor diri di sekolah.
  4. Maktab menyediakan garis panduan pelaksanaan ROS untuk pensyarah pembimbing dan pihak sekolah.
  5. Maktab menyediakan garis panduan tugasan ROS untuk guru pelatih.
  6. Maktab menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pengurus sekolah.

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Tumpuan Tugasan ROS

Guru pelatih dikehendaki membuat tugasan yang memberi tumpuan kepada tida komponen iaitu:

bullet

Komponen I: Pengurusan

bullet

Komponen II: Prasarana

bullet

Komponen III: Kurikulum

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Peranan-peranan

bullet

Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih

  1. Menghadiri taklimat ROS
  2. Memahami dan menghayati objektif ROS
  3. Menghadiri sesi praROS bersama pensyarah pembimbing
  4. Melaporan diri di sekolah danmembina hubungan bak dengan komuniti sekolah
  5. Berbincang, memerhati dan membantu guru dalam tugas-tugas di bilik darjah
  6. Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum
  7. Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran guru sebagai bahan refleksi
  8. Menyediakan portfolia ROS untuk digunakan secara berterusan
  9. Menyerahkan Borang Tugusan Pemerhatian (Lampiran 1) dan portfolio kepada pensyarah pembimbing
  10. Menggunakan portfolio dan pengalaman di sekolah dalam sesi refleksi di institut/ maktab

Kembali Ke Menu

bullet

Peranan dan Tanggungjawab Pihak Sekolah

  1. Menubuhkan jawatankuasa praktikum/ROS peringkat sekolah
  2. Mengenal pasti dan melantik guru yang terlatih yang berpengalaman untuk membimbing guru pelatih
  3. Bekerjasama dengan pihak maktab dalam menjayakan program ROS
  4. Membantu guru pelatih menyesuaikan diridalam masyarakat sekolah
  5. Membantu guru pelatih untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan
  6. Mengawasi disiplin dan kehadiran guru pelatih sepanjang tempoh ROS dan melengkapkan Borang Rumusan Kehadiran ROS (Lampiran 3)
  7. Melapor secara bertulis dari semasa ke semasa sebarang kes masalah disiplin guru pelatih ke institut/maktab
  8. Memberi peluang kepada guru pelatih membuat pemerhatian pengajaran guru pelatih yang berpengalaman
  9. Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada guru pelatih
  10. Menyerahkan Borang Rumusan Kehadiran ROS (Lampiran 3) dan dokumen lain yang berkenaan kepada pihak maktab

Kembali Ke Menu

bullet

Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing

  1. Menjelaskan kepada guru pelatih tentang konsep, objektif dan tugasan ROS
  2. Menyemak Tugasan Pemerhatian ROS dan portfolio guru pelatih
  3. Menyemak portfolio guru pelatih dan dokumen lain yang berkaitan
  4. Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam portfolio untuk perbincangan di institut/ maktab
  5. Membuat rumusan mengenai portfolio guru pelatih dalam Borang Rumusan ROS (Lampiran 4) berdasarkan kepada kriteria penilaian penyediaan portfolio ROS
  6. Tidak perlu membuat lawatan kecuali terdapat kes-kes tertentu

Kembali Ke Menu

horizontal rule

Kehadiran

  1. Kehadiran dalam ROS adalah 100 peratus
  2. Jika sekiranya guru pelatih tidak dapat memenuhi syarat kehadiran 100 % disebabkan oleh kes-kes tertentu, guru pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh ROS sebelum menjalani Praktikum Fasa I.

Kembali Ke Menu

horizontal rule

ARAHAN UNTUK PELATIH

  1. TEMPOH PROGRAM RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH

Rancangan Orientasi Sekolah untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia Ambilan Julai 1998 akan berlangsung selama 2 minggu dari 22 Februari hingga 5 Mac 1999.

  1. PENEMPATAN

Guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang berdekatan dengan kampung masing-masing seperti yang disenaraikan dalam Lampiran "A". Sebarang perubahan adalah tidak sah kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Praktikum Maktab.

  1. STATUS GURU PELATIH

Semasa menjalani ROS, status guru pelatih kekal sebagai "Guru Pelatih". Mereka menjadi pembantu kepada guru terlatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah.

  1. DI BAWAH ARAHAN GURU BESAR
    1. Dalam tempoh ROS, guru-guru pelatih adalah sepenuhnya di bawah arahan Guru Besar sekolah berkenaan. Dengan hal yang demikian, guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah segala peraturan yang terdapat di sekolah-sekolah berkenaan.
    2. Guru –guru pelatih mestilah menganggap dirinya sebagai kakitangan sekolah dan bertanggungjawab atas segala tindakan yang dilakukan dalam tempoh ROS.
  2. TARIKH MELAPOR DIRI

Semua guru pelatih hendaklah melaporkan diri kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditempatkan pada hari Isnin 22 Februari 1999.

  1. ASPEK-ASPEK YANG DIFOKUSKAN

Semasa menjalani ROS, guru pelatih adalah berperanan sebagai guru pembantu yang menekankan aspek-aspek:

    1. Interaksi dan komunikasi
    2. Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
    3. Pengurusan bilik darjah
    4. Perancangan dan pengajaran
    5. Amalan refleksi
    6. Sikap dan sahsiah
  1. JURNAL

Setiap guru pelatih dikehendaki menyediakan buku jurnal yang mencatatkan masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah mengatasinya sepanjang ROS.

  1. PORTFOLIO
    1. Semua pelatih dikehendaki menyediakan satu portfolio yang mengandungi butiran-butiran seperti kurikulum vitae, penyata peribadi serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan latihan mengajar.
    2. Portfolio berkenaan akan digunakan untuk perbincangan dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing, serta renungan.
    3. Portfolio yang sama digunakan untuk Praktikum Fasa I dan Fasa II kelak.
  2. KEHADIRAN DAN CUTI
    1. Kehadiran dalam ROS mestilah 100%. Dalam tempoh ROS guru-guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan) mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan maktab.
    2. Guru-guru pelatih yang tidak hadir melebihi 10% tempoh ROS dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS, melainkan kes-kes yang dipertimbangkan oleh Lembaga Peperiksaan Pusat.
    3. Guru pelatih yang bersalin semasa ROS dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS.
  3. TINGKAH LAKU GURU PELATIH

Guru-guru pelatih harus sedar bahawa mereka sentiasa berada di dalam pengawasan masyarakat, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah. Adalah mustahak guru pelatih berhati-hati dan menampakkan sahsiah yang boleh dijadikan teladan. Satu perbuatan yang melanggar tatasusila profesion perguruan amatlah dipandang berat oleh semua pihak dan boleh mendatangkan akibat yang buruk dan menjejaskan kejayaan guru pelatih. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius.

    1. Pakaian dan Tatatertib

Pakaian mestilah bersih dan kemas. Patuhi peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah mengenainya. Rambut harus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

    1. Tatatertib Ikhtisas

Guru-guru pelatih harus menunjukkan sifat bertanggungjawab, suka menolong, rajin, bermotivasi dengan tugas yang diberikan. Tatasusila perguruan hendaklah sentiasa dipatuhi.

  1. PERBUATAN MENDERA MURID

Adalah menjadi kesalahan yang besar kepada guru pelatih yang menghukum atau mendera murid-murid lebih-lebih lagi dengan cara memukul atau merotan. Sila rujuk masalah murid-murid yang berkenaan kepada pihak sekolah. Guru-guru pelatih juga tidak dibenarkan membawa murid-murid selolah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis dari pihak Guru Besar.

  1. MASALAH-MASALAH SEMASA ROS

Sekiranya guru-guru pelatih menghadapi sebarang masalah semasa ROS dan tidak dapat mengatasinya sendiri, sila rujuk masalah itu kepada pihak sekolah atau maktab.

  1. HARI TERAKHIR MENJELANG ROS

Menjelang tamatnya ROS, guru-guru pelatih hendaklah mengembalikan segala buku, alatan bantu mengajar dan barang-barang yang dipinjamkan dari pihak sekolah.

Jagalah nama baik sendiri sebagai bakal pendidik dan nama baik Maktab Perguruan Sandakan sepanjang masa.

Sekian, Selamat Menjalani Program Rancangan Orientasi Sekolah.

sukarnya praktik Islam di zaman ini....

Nilai Islam sukar di praktikan di zaman ini.

Sukar untuk di buat perbandingan tentang kelebihan atau keburukan kemewahan atau perubahan cara hidup yang berlaku dewasa ini. sama ada ia membawa banyak keburukan atau kebaikan. Cara hidup yang terlalu ananiyah, keperluan melebihi kemampuan serta keadaan sekeliling yang banyak membentuk jati diri serta pemikiran setipa individu sehingga sukar membezakan yang hak dan batil.

Peranan wanita atau ibu sewaktu zaman dahulu lebih kepada situasi tertutup, dengan tidak boleh melibatkan diri di kawasan yang ramai lelaki, terjaga dirinya sejak perawan lagi dengan di latih dengan budi pekerti mulia, penjagaan aurat, penekanan ilmu-ilmu agama yang tinggi dan sebagainya selayak sebagai anak. Meningkat dewasa, di beri penjagaan yang lebih lagi oleh para ibu-bapa sehingga tercipa ungkapan “membesarkan lembu sekandang lebih mudah daripada membesarkan anak perempuan”. Betapa penjagaan rapi terhadap wanita amat di tekankan.

Tetapi, masa berubah dengan cepat. Nilai tersebut sudah mulai luntur dalam diri setipa masyarakat dan juga ibu- bapa masa kini di sebabkan keadaan yang menekan di sekitar inci kehidupan mereka. Anak-anak perempuan di biarkan keluar bersama kawan-kawan sehingga lewat malam dengan alasan belajar berkumpulan dan tanpa pengetahuan ibu-bapa mereka, mereka sebenarnya terlibat dengan pergaulan bebas, melepak dan sebagainya. Penekanan ilmu kepada anak-anak sekadar menghantar ke sekolah dan serahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada para guru.

Para ibu terpaksa bekerja di pejabat, atau pelbagai lagi institusi yang juga menuntut komitmen sebagai pekerja dengan lambakan kerja yang perlu di siapkan tambahan pula jika memegang jawatan yang besar di tempat kerja masing-masing. Pulang ke rumah, tanggungjawab sebagai ibu, isteri perlu juga dilaksanakan. Keadaan keletihan terpaksa di tahan dengan melaksanakan kerja-kerja rumah dan persiapan untuk esok hari. Melayan para suami sudah tidak mampu lagi apabla kepenatan melata di seluruh batang tubuh mereka.

Keindahan hidup harmoni dan amalam keluarga sakinah dengan solat berjemaah, tazkirah bersama keluarga, makan bersama anak-anak, memerhatikan kerja rumah anak-anak dan sebagainya sudah tidak mampu di jalankan lagi. Keadaan hidup yang menuntut pengorbanan setinggi itu oleh seorang wanita yang berkerjaya. Kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat menuntut pengorbanan isteri untuk turut sama turun padang bagi memastikan keperluan setiap inci ahli kelurga dapat di penuhi.

Para wanita mengalai dilema yang sangat kritikan megenai persoalan ini sama ada berhenti kerja atau terpaksa menanggung kepenatan berganda dengan tanggungjawab yang menuntut perlaksaan tersendiri. Kementerian pembangunan wanita dan keluarga telah mengambil beberapa langkah untuk membela nasib wanita dengan situasi yang mereka hadapi ini dengan memgemukan beberapa polisi untuk menjamin masa depan wanita. Antaranya adalah pemberiaan wang saraan kepada wanita yang telah kematian suaminya walaupun telah berkahwin lagi, tiada double-standard terhadap perlantikan atau kenaikan pangkat walaupun para wanita mengambil cuti tanpa gaji dan tidak bekerja penuh dan sebagainya.

Yang paling penting, adakah dengan keadaan sebegini akan berterusan dengan nilai agama dalam insititusi kekeluargaab semakin luntur, hubungan suami isteri semakin renggang serta menuntut perceraian yang memberi impak besar kepada anak-anak. Masalah ini tidak akan selesai jika tidak kembali kepada ajaran yang benar serta mengamalkannya dalam kehidupan. Islam adalah cara hidup yang sesuai Allah turunkan buat umat manusia, tetapi tidak di amalkan. Akibatnya , lihat keadaan sekeliling kita, pelbagai perkara di luar batasa pemkikiran kita telah berlaku. Moga kita semua dapat sedikit iktibar daripada nukilan ini. hidup kita hanya mulia dengan Islam.