Salam....buat shbt2 yang akan ROS s.sem ni.ni ada sedikit perkongsian yg d copy dari sebuah laman web. selamat berROS to all Instedian IIUM.
Rancangan Orientasi Mengajar
Borang2 | ||||
ROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Melalui ROS guru pelatih dapat:
- memahami masyarakat sekolah
- menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah
- membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah
- menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran pembelajaran
- merekod pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif
Tempoh pelaksanaan guru pelatih menjalankan ROS adalah seperti jadual berikut.
Kursus | Tempoh | Semester | Penempatan |
Diploma Perguruan Malaysia (DPM) | 2 minggu | II | sekolah rendah |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | 2 minggu | I | sekolah menengah |
Kursus Perguruan Lepas Diploma (KPLD) | 2 minggu | I | sekolah rendah |
- Guru pelatih akan menjalani ROS di sekolah pilihan sendiri.
- ROS hendaklah dijalankan selama 2 minggu sebelum/selepas cuti institut/maktab dan diselaraskan oleh BPG.
- BPG akan memaklumkan JPN tentang penempatan guru pelatih untuk tujuan ROS selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Maktab memaklumkan pihak sekolah tentang penempatan guru pelatih.
- Maktab menyediakan surat pengenalan diri guru pelatih untuk diserahkan kepada pengurus sekolah semasa melapor diri di sekolah.
- Maktab menyediakan garis panduan pelaksanaan ROS untuk pensyarah pembimbing dan pihak sekolah.
- Maktab menyediakan garis panduan tugasan ROS untuk guru pelatih.
- Maktab menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pengurus sekolah.
Guru pelatih dikehendaki membuat tugasan yang memberi tumpuan kepada tida komponen iaitu:
| Komponen I: Pengurusan |
| Komponen II: Prasarana |
| Komponen III: Kurikulum |
| Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih
|
| Peranan dan Tanggungjawab Pihak Sekolah
|
| Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing
|
- TEMPOH PROGRAM RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH
Rancangan Orientasi Sekolah untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia Ambilan Julai 1998 akan berlangsung selama 2 minggu dari 22 Februari hingga 5 Mac 1999.
- PENEMPATAN
Guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang berdekatan dengan kampung masing-masing seperti yang disenaraikan dalam Lampiran "A". Sebarang perubahan adalah tidak sah kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Praktikum Maktab.
- STATUS GURU PELATIH
Semasa menjalani ROS, status guru pelatih kekal sebagai "Guru Pelatih". Mereka menjadi pembantu kepada guru terlatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah.
- DI BAWAH ARAHAN GURU BESAR
- Dalam tempoh ROS, guru-guru pelatih adalah sepenuhnya di bawah arahan Guru Besar sekolah berkenaan. Dengan hal yang demikian, guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah segala peraturan yang terdapat di sekolah-sekolah berkenaan.
- Guru –guru pelatih mestilah menganggap dirinya sebagai kakitangan sekolah dan bertanggungjawab atas segala tindakan yang dilakukan dalam tempoh ROS.
- TARIKH MELAPOR DIRI
Semua guru pelatih hendaklah melaporkan diri kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditempatkan pada hari Isnin 22 Februari 1999.
- ASPEK-ASPEK YANG DIFOKUSKAN
Semasa menjalani ROS, guru pelatih adalah berperanan sebagai guru pembantu yang menekankan aspek-aspek:
- Interaksi dan komunikasi
- Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
- Pengurusan bilik darjah
- Perancangan dan pengajaran
- Amalan refleksi
- Sikap dan sahsiah
- JURNAL
Setiap guru pelatih dikehendaki menyediakan buku jurnal yang mencatatkan masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah mengatasinya sepanjang ROS.
- PORTFOLIO
- Semua pelatih dikehendaki menyediakan satu portfolio yang mengandungi butiran-butiran seperti kurikulum vitae, penyata peribadi serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan latihan mengajar.
- Portfolio berkenaan akan digunakan untuk perbincangan dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing, serta renungan.
- Portfolio yang sama digunakan untuk Praktikum Fasa I dan Fasa II kelak.
- KEHADIRAN DAN CUTI
- Kehadiran dalam ROS mestilah 100%. Dalam tempoh ROS guru-guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan) mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan maktab.
- Guru-guru pelatih yang tidak hadir melebihi 10% tempoh ROS dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS, melainkan kes-kes yang dipertimbangkan oleh Lembaga Peperiksaan Pusat.
- Guru pelatih yang bersalin semasa ROS dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS.
- TINGKAH LAKU GURU PELATIH
Guru-guru pelatih harus sedar bahawa mereka sentiasa berada di dalam pengawasan masyarakat, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah. Adalah mustahak guru pelatih berhati-hati dan menampakkan sahsiah yang boleh dijadikan teladan. Satu perbuatan yang melanggar tatasusila profesion perguruan amatlah dipandang berat oleh semua pihak dan boleh mendatangkan akibat yang buruk dan menjejaskan kejayaan guru pelatih. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius.
- Pakaian dan Tatatertib
Pakaian mestilah bersih dan kemas. Patuhi peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah mengenainya. Rambut harus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Tatatertib Ikhtisas
Guru-guru pelatih harus menunjukkan sifat bertanggungjawab, suka menolong, rajin, bermotivasi dengan tugas yang diberikan. Tatasusila perguruan hendaklah sentiasa dipatuhi.
- PERBUATAN MENDERA MURID
Adalah menjadi kesalahan yang besar kepada guru pelatih yang menghukum atau mendera murid-murid lebih-lebih lagi dengan cara memukul atau merotan. Sila rujuk masalah murid-murid yang berkenaan kepada pihak sekolah. Guru-guru pelatih juga tidak dibenarkan membawa murid-murid selolah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis dari pihak Guru Besar.
- MASALAH-MASALAH SEMASA ROS
Sekiranya guru-guru pelatih menghadapi sebarang masalah semasa ROS dan tidak dapat mengatasinya sendiri, sila rujuk masalah itu kepada pihak sekolah atau maktab.
- HARI TERAKHIR MENJELANG ROS
Menjelang tamatnya ROS, guru-guru pelatih hendaklah mengembalikan segala buku, alatan bantu mengajar dan barang-barang yang dipinjamkan dari pihak sekolah.
Jagalah nama baik sendiri sebagai bakal pendidik dan nama baik Maktab Perguruan Sandakan sepanjang masa.
Sekian, Selamat Menjalani Program Rancangan Orientasi Sekolah.
No comments:
Post a Comment