Saturday, June 20, 2009

POLITIK DAN REMAJA

Bismillahirahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.

Politik adalah dunia yang mencabar minda, integriti,ketrampilan, amanah, profesionalism dan sebagai dalam usaha untuk mengekalkan demokrasi yang bersih dalam sistem politik negara kita Malaysia. Dewasa ini, penglibatan remaja dan belia dalam bidang ini semakin berkurangan dan mereka lebih cenderung dengan budaya hedonisme yang banyak disediakan oleh pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan amanah pemimpinnya.

Para remaja seharusnya bersama-sama dalam politik untuk memastikan apa yang di perjuangkan untuk kebaikan rakyat berlaku dengan adil dan saksama serta menepati janji. Jika berlaku penyelewengan dan penipuan, remaja seharusnya sedar akan tangungjawab mereka untuk kembalikan hak rakyat tersebut.

Sejarah telah membuktikan para remaja dan mahasiswa adalah merupakan suara terbesar dalam memperjuangkan hak rakyat. Contohnya peristiwa Baling 1974, di mana telah membuktikan golongan mahasiswa dan remaja ini mampu untuk menyumbang kepada masyarakat umumnya. Selepas bantahan yang di jalankan, kerajaan telah mula mengambil tindakan pantas terhadap nasib petani dan rakyat terutama di kawasan luar bandar. Segala isu yang berlaku dalam negara mahupun luar negara sentiasa di pantau oleh golongan mahasiswa dan remaja ini. Jika ada sebarang perlakuan atau majlis yang melanggar undang-undang hak asasi manusia, Islam, nilai masyarakat, maka tindakan segera dan bantahan akan di segerakan oleh golongan ini. Contohnya, isu keganasan di Afghanistan, tindakam kejam Israel di Shabra dan Shatila, bantahan konsert sudirman 1985, bantah serangan terhadap Libya 1986. Bantahan konsert Headwind di Universiti Malaya 1987 dan banyak lagi. Semua di jalankan atas dasar kesedaran yang tinggi terhadap Islam dan nilai kemasyarakat .

Seharusnya ini semua menjadi pembakar semangat kepada para mahasiswa dan remaja di luar sana agar Islam dan bangsa kita tidak di gadaikan begitu mudah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kebangkitan golongan nmahasiswa dan remaja ini amat di perlukan agar masalah yang berlaku dapat segera di atasi jika semua masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agama kita.

Masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dapat dibendung jika kesedaran ini sampai kepada mereka. Golongan barat cuba memberikan hiburan dan sebabainya agar kita leka dan mudah bagi mereka untuk hancurkan Islam. Sanggupkah kita menjadi golongan yang membantu ke arah kehancuran Islam bersama kita renung dan fikirkan.

‘’jangan biarkan waktu berlalu tanpa berjuang untuk kemenangan Islam’’
Apakah nilai diri kita??
Segala puji bagi Allah , Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.
Sebagai seorang manusia kita harus bijak menilai kemampuan diri dan menilai potensi diri yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Setiap insan di ciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing , kita yang harus menjaga dan menggunakannya dengan bijaksana agar semuanya terdorong ke arah kebaikan.
Setiap yang ada pada diri kita adalah amanah yang perlu di jaga sebaiknya. Anggota badan, pemikiran,nilai diri dan sebagainya, semuanya akan di nilai di akhirat nanti. Tetapi kadangkala kita terlupa yang sebenarnya kita ini hanya pinjaman dari Allah yang memberikan kita peluang untuk melihat dunia ini dan menjalankan amanah dengan sebaiknya sebagai khalifah Allah.
Amanah adalah sesuatu yang berat untuk di laksanakan. Dalam sirah ada menyatakan ketika imam Al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya, apakah perkara berat di dunia? Mereka menjawab dengan pelbagai jawapan seperti gajah, batu, dan sebagainya. Tetapi jawapan yang paling tepat adalah amanah, ia adalah satu perkara yang memerlukan keikhlasan dan kejujuran yang tinggi untuk laksanakannya.
Sebagai manusia kita tidak boleh untuk meminta sesuatu amanah untuk dilaksanakan, kerana mungkin ada orang yang tidak setuju, dan tiadanya persetujuan akan menyebabkan orang yang memegang amanah itu akan mendapat kecelakaan. Pada zaman Rasullulah, ada seorang sahabat yang bernama Abu Zar Al- Ghiffari telah meminta jawatan kepada Rasulullah dan menyatakan beliau layak memegang jawatan tersebut, tetapi Rasulullah melarangnya. Setiap keputusan yang di buat mestilah mendapat persetujuan semua pihak.
Seperti yang kita sedia maklum. Ramai pemimpin di zaman ini yang telah melakukan penyelewengan dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin ini.tanggungjawab sebagai pemimpin sangat berat. Ini kerana semua perkara yang berlaku kepada masyarakat jika baik, akan mendapat ganjaran daripada Allah, tetapi jika masyarakat atau rakyat melakukan kemungkaran, pemimpin yang akan menanggung azabnya jika tidak mencegahnya.
Apakah nilai diri kita sebagai pemimpin jika tidak menjalankan amanah dengan sebaiknya. Politik wang, rasuah, penipuan, pelanggaran undang-undang dan sebagainya menyebabkan pemimpin telah mengkhianati amanah yang telah di pegang. Perkara ini akan memberikan kesan kepada masyarakat dan rakyat umumnya. Contohnya , pembinaan jambatan memerlukan belanja sebanyak 1 juta dan itu yang di peruntukkan kepada pemimpin yang berkaitan, tetapi kerana tiada sifat amanah dalam diri pemimpin itu telah menyebabkan beliau menggunakan separuh daripada wang itu dan hanya memberikan RM 500.00 ribu untuk peruntukkan terbabit. Ini menyebabkan projek tersebut tidak dapat di jalankan kerana tidak cukup bajet dan seterusnya rakyat terpaksa menggunakan jalan sungai kerana tiada jambatan. Ini antara contoh penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin kita dewasa ini.
Marilah sama-sama kita muhasabah kembali tentang amanah yang kita pegang. Adakah kita menjalankan dengan sebaiknya atau telah menyalahgunakannya. Amanah akan di tanya di akhirat nanti. Dimanakah nilai diri kita jika amanah yang diberi tidak di jalankan sebaiknya? Sama-sama kita renungkan….
‘’Islam ajar kita, apabila manusia selalu diawasi oleh Raqib dan Atid, walaupun ada ibu-bapa,guru,ustaz, polis, ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi. Mari kita sama-sama besar-besarkan kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Sememangnya ialah, sekalipun polis tiada,Allah tetap ada, Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita’’- Tuan Guru Dato’ Nik Abul Aziz Nik Mat-

Monday, June 1, 2009

Renungan (BILAL BIN RABAH)

SUARA MUAZIN TERDENGAR
MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA

DIRIMU HANYALAH SAHAYA
SHAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA

ALUNAN AZANMU TERHENTI
HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI

KAU BILAL BIN RABAH
CEKAL DAN TABAH
DI PANGGANG DI GURUN YANG PANAS

BIARPUN DIRIMU DI DERA DI SIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT
ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH

DI BALIK KULITMU YANG HITAM
TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZAN BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA.

(all-one- bilal bin rabah)

~bersama renungkan perjuangan dan semangat Bilal dalam perjuangankan syahadahnya~

Tuesday, May 19, 2009

Penanti

salam ukhuwah..
23 Mei ini adalah tarikh penaman calon bagi pilihanraya kecil Dun Penanti lantaran perletakkan jawatan Fairus. selain itu SPR juga telah meletakkan 31 Mei sebagai tarikh pembuangan undi. tetapi pilihanraya ini seolah-olah kurang mendapat sambutan dan kehangatannya belum terasa. mugkin ini kerana BN belum ada keputusan untuk menghantar calon atau tidak.

pilihanraya ini sekali lagi, akan menguji kemampuan PM baru yang menerajui UMNO. dengan slogan one malaysia adakah beliau mampu untuk merebut kembali kemenangan dan kembalikan maruah umno yang kian hambar.

sama-sama kita nantikan..

`b.ed ised`
jiwa sifi minda haraki'

krisis Perak

salam ukhuwah..

bumi Perak darul Ridzuan masih belum lagi mendapat ketenangan lantaran perebutan kuasa yang berlaku bermula 5 Februari lalu. keputusan mahkamah pada 11 Mei lali di jangka bakal menyelesaikan masalah ini, tetapi malang 12 Mei , krisis masih berlanjutan. kenajikan rakyat Perak terabai lantaran pucuk pimpinan tidak berkembang dan bergaduh untuk naikkan pucuk masing2.

pelbagai pihak dari pihak BN dan pakatan rakyat mencadangkan agar penbubaran Dun Perak diumumkan bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan. keputusan rakyat adalah yang terbaik bagi mengembalikan demokrasi negara yang murni. politik hati nurani yang di canangkan Tim, menteri Pendidikam Dato' Puad Zarkashi patut di kembalikan. hentikan politik kotor ini agar maruah negara dapat di kembalikan.

marilah sama-sam kira usahakan agar krisis ini mendapat jalan penyelesaian yang sewajarnya demi rakyat yang menderita.

`b.ed ised~
`jiwa sufi minda haraki`