Wednesday, December 16, 2009




muhasabah cinta


wahai pemilik nyawaku


betapa lemah diriku ini


berat ujian dariMu


ku pasrahkan semua padaMu



tuhan.


baru ku sedar inda nikmat sihat itu


tak pandai aku bersyukur


kini ku harapkan cintaMu


kata- kata cinta terucap indah


mengalir berzikir di kidung doa ku


sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku


butir -butir cinta airmataku


teringat semua yang Kau beri padaku


ampuni khilaf dan salah selama ini


ya Illahi,


muhasabah cintaku..


tuhan,


kuatkan aku


lindungi ku dari putus asa


jika ku harus mati


pertemukan aku denganMu

Tuesday, December 8, 2009

Konvensyen bincang dasar bersama Pakatan
Dec 9, 09 12:33pm

Dasar bersama Pakatan Rakyat akan dibincangkan dalam konvensyen pertama gabungan tersebut yang dijadual berlangsung pada 19 Disember ini.Konvensyen yang bertemakan "Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan" itu akan berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Menurut kenyataan sekretariat Pakatan Rakyat hari ini, konvensyen itu akan dihadiri perwakilan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dari seluruh negara."Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga parti akan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya," kata kenyataan itu lagi. Kertas kerja bertajuk 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan dibentangkan oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat di konvensyen tersebut.

"‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga parti dan muafakat Pakatan Rakyat," katanya lagi.Menurut kenyataan itu lagi, konvensyen tersebut juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa

-sumber: malaysiakini

keizzahan ahli agama semakin kurang

salam ukhuwah

Allah berfirman dalam Al-Quran surah As-soff:2, yang bermaksud: "wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata tentang apa yang tidak kamu buat". ayat ini merupakan teguran Allah buat orang beriman tentang sikap kita yang terlalu banyak bercakap tetapi kurang dari segi perlaksanaan. kadang-kadang orang yang paling banyak bercakap adalah orang paling banyak di uji ke atas apa yang telah di perkatakan olehnya.

saya terpanggil untuk menulis tentang masalah ini apabila terbaca dalam surat khabar Metro pada 9.12.2009 tentang seorang yang menyuruh seorang lelaki bogel ketika melakukan rawatan ke atas pesakit tersebut. Imam telah membawa lelaki tersebut ke sebuah hotel bagi melakukan rawatan ke atas penyakit itu, dan mengarahkan untuk berbogel. Imam tersebut bukan merawat tetapi melakukan sebaliknya. lelaki tersebut segera melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian tersebut. Imam tersebut mempunyai seorang isteri yang merupakan ustazah di sebuah sekolah, 3 orang anak serta cucu.

saya sendiri terkejut apabila membaca berita tersebut, seterusnya saya membayangkan bagaimana reaksi atau pandangan masyarakat kuar terhadap golongan agama ini. sedikit sebnyak kepercayaan tersebut akan berkurangan. penyampaian dakwah kepada masyarakat juga semakin tidak di dengari jika perkara ini masih lagi menjadi igauan masyarakat di luar sana.

sebagai golongan yang mempunyai tanggugjawab dalam menyampaikan dakwah ini, seharusnya kita bersama-sama menjaga nama baik Islam itu sendiri. ''hidup kita hanya mulia dengan Islam". berusahalah untuk kembalikan keizzahan Islam. amalan sunat, akhlaq, ilmu perlu sama-masa kita tingkatkan. berpesan-pesan sesama kita atas dasar kebaikan dan kepentingan Islam.

sempena untuk memasuki awal tahun hijrah dan juga masihi ini, mari kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

~jiwa sufi, minda haraki~

Sunday, November 29, 2009

Qurban? pengorbanan?

salam ukhuwah

Tanggal 10 Zulhijjah merupakan tarikh hari Raya Qurban @ hari Raya haji bagi semua umat Islam seluruh dunia. pada hari tersebut, umat Islam di Mekah yang menunaikan ibadah haji sedang berwuquf di Arafah.

Pada tarikh ini juga, kita mengimbas kembali bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup berkorban semata- mata untuk melaksanakan perintah Allah. kisah ini selalu kita dengari apabila tiba sahaja musim haji dan hari Raya Haji.

Saya ingin menarik perhatian semua dengan mengajak diri kita bermuhasabah kembali diri kita ini. sehingga umur kita sekarang, apa yang telah kita korbankan untuk Islam dan mentaati perintah Allah. ini adalah persoalan yang patut kita soal diri kita sebalik merenung pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Ibadah korban yang di laksanakan bukan sekadar adat kebiasaan pada hari raya tersebut, tetapi dengan niat yang ikhlas do atas ibadah korban tersebut, Allah menjanjikan pahala kebaikan buat hambaNya yang ikhlas dan menghayati erto pengorbanan tersebut.

SALAM AIDUL ADHA

~jiwa sufi, minda haraki~