Tuesday, September 20, 2011

ISA dimansuhkan

salam ukhuwah....

dalam sambutan hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu, perdana Menteri Dato' Najib Tun Razak telah mengumunkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan akan di gantikan dengan 2 akta baru yang akan di umunkan nanti.

sudah berkurun lama akta ini di perjuangan oleh pakatan rakyat dan juga beberapa NGO untuk dimansuhkan kerana tiadanya keadilan dalam meletakkan seseorang termasuk dalam akta ini. diharapkan akta baru yang akan di gubal adalah lebih adil dan teratur bukannya untuk menzalimi rakyat dan juga untuk kepentingan dunia politik mana-mana parti.

penjenamaan, istilah dan kriteria2 yang jelas perlu di perhalusi untuk kebaikan rakyat bukan menzalimi.

Wednesday, September 7, 2011

AHLAN ....






AHLAN WASAHLAN kepada semua intake baru 2011/2012 semester 1. moga kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal.

kepada pelajar-pelajar lama, teruskan bersemangat untuk mencari butir-butir ilmu yang berharga buat kita.

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN KAREEM

salam ukhuwah...

banyak ujian yang terpaksa kita tempuh sepanjang Ramdhan ini. Allah akan memberi ujian kepada orang yang mampu menghadapinya. ujian yang berbentuk kesihatan, perasaan, nafsu dan sebagainya..

bulan Ramadhan inilah madrasah terbaik untuk mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. persiapan kita untuk menghadapi bulan- bulan yang akan datang dengan perisai yang telah kita bina sepanjang Ramadhan ini..

tingkatkan amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini...

Monday, August 1, 2011

salam ukhuwah...

RAMADHAN DUA ZAMAN (Raihan & inteam)


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


~ perbezaan yg jelas antara Ramadhan yg disambut oleh umat pada zaman Rasulullah dengan zaman akhir zaman ini.. bagaimana cara sambutan kita terhadap tetamu agung kita????..

Friday, July 29, 2011

TETAMU YG DI TUNGGU...



salam ukhuwah...

berbaki 2 hari lagi kita akan menyambut tetamu yang sangat di tunggu... Ramadhan Kareem. bulan di janjikan Allah dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, serta anugerah lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. bulan yang banyak menjadi rahsia antara Allah dan hambaNya.
tetapi sejauh mana yang mahu menerima tetamu ini dengan layanan yang istimewa.. mendengar alunan nasyid ramadhan 2 zaman beberapa yang lepas, sungguh menyedarkan diri ini tentang perbezaan kita di akhir zaman dengan umat pada zaman Nabi Muhammad dahulu..

"mereka gembira dengan kedatanganmu,
kami gembira dengan pemergiaanmu,
malam mereka meriah dengan nur al-Quran,
tapi malam kami gelap di dera dosa..

takbir mereka , takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan.
takbir kami, lesu tak bermaya..."

ini antara perbezaan sambutan ramadhan pada zaman dahulu dengan zaman sekarang. ramai yang berpuasa tetapi tidak bersolat, ramai yang berpuasa, tetapi ramai yang dapat hanya lapar dan dahaga... di manakah puasa kita...?????

ayuh kita, membuat persediaan dan sasarkan azam baru utk ramadhan kali ini, yang mungkin ramadhan terakhir buat kita..