firman Allah:" katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat TuhanMu, sungguh habislah lautan laut itu sebelum habis kalimat Tuhan di tulis meskipun Kami datangkan sebanyak itu lautan yang sama sebagai tambahan tintanya" (al-kahfi:109)
Sunday, September 23, 2012
salam ukhuwah....
Bahang pilihanraya kampus terutama universiti di Lembah Klang semakin terasa. tempoh berkempen hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. teruskan berusaha selagi ada masa untuk mempromosikan calon masing-masing untuk memastikan kelansungan kepimpinan Islam terus bertapak di Taman Ilmu dan Budi ini.
UIAM turut mengalami keadaan yang sama. semua calon dan kumpulan kempen masing -masing berusaha keras untuk memastikan kemenangan calon masing2. pelbagai gambar, poster, handbill, dan sebagaiya di gunakan untuk meraih undi warga UIAM.
kepada semua pelajar yang masih boleh mengundi, jangan lupa turun mengundi 25 September ini di computer Lab kuliyyah masing2. pastikan anda membawa kad matrik dan memilih 2 orang calon pilihan anda. buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan bersama. pastikan pemimpin yang bakal di pilih mempunyai kepimpinan dan boleh memipin kita semua ke arah kebaikan.
jangan lupa turun mengundi..
Tuesday, September 18, 2012
salam ukhuwah....
sudah lama blog ini tidak menuturkan apa-apa. lewat ni, semangat menulis semakin luntur. entah kenapa. sedangkan para orang lain yang sibuk dengan urusan kerja dan ceramah agama serta urusan tadbir negara mampu mengarang pelbagai jenis buku dalam kesibukan yang mereka ada. subhanallah. sungguh masa yang sempit itu menyebabkan kita mampu melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan menjaga waktu tersebut dengan sebaiknya, berbanding mereka yang mempunyai masa yang banyak, hampir tidak pandai untuk menguruskannya. masyaAllah, mohon kekuatan dan panduan..
melewati dunia pekerjaan sebagai pendidik ini menuntut komitmen yang tinggi untuk berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai. sentiasa berfikir cara dan pedagogi yang sesuai untuk mengajar dan mendisiplin mereka ke arah melahirkan khalifah yang terbaik untuk generasi yang akan datang. moga Allah sentiasa permudahkan urusan hambaMu yang kerdil ini. doa sentiasa di pohonkan agar anak-anak didik ini berjaya menjadi hambaMu yang sentiasa taat dan menjaga agamaMu Ya Allah.
tambahan pula dengan fasa kandungan yang sudah menjangkau 30 minggu ini turut menuntut kekuatan untuk terus kuat bagi melahirkan mujahid, bakal pewaris perjuangan kedua ibu dan bapanya. pengalaman kehamilan ini membuatkan rasa keinsafan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat ibu yang sanggup bersusah payah mengandungkan kita sehingga melahirkan dengan selamat dan menjaga kita dengan baik. taat kepada ibu adalah menjadi kewajipan utama kita di atas kesusahan yang telah mereka alami selama ni. subhanallah. terima kasih banyak-banyak mak. terima kasih juga biat suami tersayang yang sentiasa menjadi penyokong kuat saat ini, dengan tugas2 kewajipan masing2, namun perlu saling manguatkan. moga bayi yang lahir akan sekuat pejuang Islam yang bakal memimpin dunia insyaAllah.
buat adik2 di kampus yang bakal menghadapi pilihanraya kampus pada 25/9 ini, moga Allah permudahkan segala urusan. banyakkan berdoa agar apa yang telah dirancangkan selari dengan perancangan Allah walaupun akan ada halangan yang mengganggu, anggap ia sebagai satu cabaran dalam menegakkan kebenaran. perancangan yang teratur mesti di perhalusi agar perancangan musuh dapat di jatuhkan. betulkan niat kita dan dekatkan diri dengan Allah selalu, moga bantuan Allah sentiasa ada buat kita semua. kebenaran akan tertegak di sebalik kebatilan yang ada. teruskan perjuangan adik2 sekalian. doa kami semua terus mengalir buat antum semua.
~hidup kita untuk agenda Islam, insyaAllah~
Thursday, June 28, 2012
salam ukhuwah.
Minggu ke-18 :
Mulailah bersenandung sebab janin sudah bisa mendengar pada minggu ini. Ia pun bisa terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram.
Bayi sudah bisa melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.
~ Subhanallah, Maha Kuasa Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, proses kejadian manusia yang indah di dalam rahim ibu membuktikan kekuasaan Allah yang tiada tandingan dengan yang lain. perkembangan janin yang berubah dari minggu ke minggu sehingga tempoh kelahiran adalah satu keajaiban yang tidak mampu di tandingi sesiapa pun.
keakraban ibu dan bayi dalam kandungan serta kelemahan serta kepenatan yang dirasai ibu yang mengandung itu, telah mengangkat pengorbanan wanita sehingga syurga di letakkan di bawag kakinya. taat dan berbuat baik kepada ibu anda yang telah banyak berkorban dan bersusah payah mengandung dan melahirkan kita.
merasai pengalaman bakal bergelar ibu ini, membuatkan diri merasai kasih dan cinta kepada ibu yang telah melalui segala kesusahan semasa melahirkan kita. moga anak-anak yang bakal di lahirkan akan menjadi penyejuk mata ibu dan ayah anda.
Thursday, June 21, 2012
salam ukhuwah buat semua.
untuk para wamita di luar sana yang ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik dan lemengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri, boleh sertai kami di bengkel WOW
: serlahkan aura wanita super. program ini menampilkan speaker yang akan memberi penerangan terperinci mengenai slot2 yang akan di kendalikan. daftar segera sebelum 6.7.2012 ni. yuran hanya RM 50.00 sahaja. maklumat lanjut terdapat pada banner yang akan di attach.
ayuh, bersama-sama ajak rakan-rakan wanita anda. jumpa di sana.
Tuesday, April 10, 2012
GURU....

salam ukhuwah...
sudah lama blog ni tidak berupdate. kesibukan yang ada dan kesihatan yang kurang mengizinkan blog ini terisi.
alhamdulillah sudah menghampiri 11 minggu pratikal di salah sebuah sekolah di kawasan Gombak ini. sesi persekolahan yang bermul dari 8pg sehingga 4 petang ini menuntut pelbagai komitmen yang tinggi untuk melakukan yang terbaik kepada para pelajar.
realiti para pelajar yang melalui zaman yang serba moden dan canggih ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan zaman persekolahan pada ketika dahulu. para pelajarnya lebih terbuka dalam berfikir dan mengetahui banyak perkara hasil teknologi yang ada dewasa ini.
ini adalah satu perkembangan yang baik. tetapi yang menjadi kerisauan pada guru adalah pelajar-pelajar sudah mulai luntur adab dan akhlak mulia yang sangat di sanjung tinggi nilai bangsa kita. penerapan adab yang perlu sangat di tekankan kepada para pelajar dewasa ini. adab bercakap, adab belajar, adab dengan guru, adab dengan alam sekitar dan adab dengan orang yang lebih tua.
nilai ini yang telah menurunkan imej dan nama baik agama kita Islam yang indah di pamerkan oleh baginda Rasululullah SAW yang perlu menjadi contoh terbaik kepada umat baginda. ramai yang terpikat dengan Islam pantulan akhlak mulai baginda.
mendidik lah pelajar-pelajar kita untuk mencontohi para Nabi dan Rasul. bimbinglah mereka untuk mendekati al-Quran dan mengamalkan isinya. moga para pewaris dan penerus perjuangan Rasulullah dapat di bentuk dengan baik untuk meminpin dunia dan masyarakat untuk mendekati dan mencintai Allah SWT.
teruskan berusaha....
Subscribe to:
Posts (Atom)
