Monday, January 5, 2009

muhasabah

Salam ukhuwah…

Saudaraku,
Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan
Dan cintailah kehidupan akhirat. Jadikan dirimu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah, dan pengampunan Allah. Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu akan kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu.

Sakitilah nafsumu kerana ia adalah tunggangan syaitan. Jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkanmu. Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang kusyu'.

Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat.
Mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. Tahanlah dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung.

Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dam beramal serta mengalirkan airmata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi..

(Petikan kata-kata:tgk.Hj.Ibrahim b. Mohamad)

Kepada semua hayatilah kata-kata ini sebaiknya kerana ia amat meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang betul-betul hayatinya dan mengambil pengajaran daripadanya. kadang-kadang kita sebagai manusia terlalu leka dan asyik dengan kenikmatan dunia yang Allah kurniakan sebagai ujian kepada kita, tidakkah kita sedar bahawa kita ini tidak mempunyai apa2 di dunia ini. Adanya kita ibarat tiada jika tiadanya Kudrat Allah yang mengadakan kita.kita bergerak kerana Allah yang menggerakkan kaki kita, tangan kita memegang sesuatu adalah kerana Kudrat Allah yang membolehkan kita memegangnya dan pelbagai lagi kurniaan Allah yang tidak dapat kita hitungnya walaupun diberi tinta seluas lautan bahkan ditambahkan lagi, tetapi semuanya tidak mencukupi.Allahu Akbar tiada taranya kita denganNya. Satu peristiwa telah berlaku dalam diriku telah menguatkan lagi buktinya Allahu Akbar.
Marilah kita renungkan kembali dalam diri kita sejauh mana tahap kesyukuran kita
padaNya?tanyalah diri kita ….


Tuhan rahmatmu melangit seluas
Terlalu sedikit ku bersyukur
(haikal- epilog silam)…

Ar-Ruhul Jadeed

No comments: