Thursday, February 26, 2009

Intelektual Dialog


salam ukhuwah...

pada selasa 24/2/09, Maaruf Club UIAM telah menganjurkan intelektual dialog berkenaan dengan nasib yang menimpa masyarakat dan negara kita sekarang. menyentuh juga isu politik di Perak serta peranan mahasiswa dalam menhadapi masalah ini. ahli panel yang di jemput juga sangat hebat yang mengabungkan pilitician dan academician. perbincangan yang memakan masa hampir 2 jam ini amat menarik sekali. antara ahli panel ialah dato' Fuad Zarkashi( parlimen-BN), Dr hasan Ali( dun-Pas), Cikgu Azmi( presiden Teras). sepanjang diskusi ini, yb Fuad kerap menyentuh dengan politik hati nurani, dimana berpolitik bukan atas dasar inginkan jawatan tetapi ada misi yang ingin di laksanakan. beliau juga menegaskan walaupun berada dalam BN tetapi ada juga banyak perkara yang beliau tidak setuju, contohnya isu PPSMI dan banyak lagi. beliau ada misi lain yang ingin di jalankan.

diskusi ini banyak membuka masyarakat bahawa mahasiswa seharusnya diberi peluang untuk bersuara dan mainkan peranan dalam masalah yang menimpa negara kita. mahasiswa sekarang sudah matang dan bersedia untuk bersama-sama membentuk nilai sebuah negara yang dikenali sebagai Daulah islamiah. pihak sewajarnya perlu menyediakan peluang ini untuk libatkan mahasiswa bukan lagi mencipta ruang dan pelbagai sekatan untuk menghalang evolusi ini bermula. Mahasiswa sepatutnya sedar peranan ini bukan asyik dengan hedonisme yang melalaikan hati dan diri kita.

-jiwa sufi minda haraki-

b.ed ised

No comments: