Saturday, June 20, 2009

SOLAT TIANG AGAMA

Salam ukhuwah…

Solat adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan di tanya di akhirat nanti. Tetapi ramai yang tidak endahkan perintah ini dan menganggap solat boleh di buat sesuka hati dan jika ada masa, sedangkan ia perlu di tunaikan jika sakit sekalipun. Perkara ini amat menyedihkan diri ini kerana semalam ketika di pusat latihan memandu ramai tidak solat termasuk cikgu yang mengajar kami. Bukan untuk bersalah sangka tetapi keadaan ketika itu dapat sy tahu bahawa semua tidak solat. Kami mula latihan dari 3.30ptg sampai 6.30 ptg. Dan selepas tamat latihan kami terpaksa menunggu untuk cop jari dan memakan masa sampai pukul 7.00 ptg, dan adakah sempat untuk sampai rumah dan solat di rumah. Itu adalah persoalan yang sy dan adik bincangkan.

Ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita ketika ini. Solat di anggap perkara remeh sedangkan itu adalah perkara yang membezakan antara Islam dan bukan Islam. Adalah berdosa besar jika kita meninggalkan solat dengan sengaja tanpa sebarang masalah. Jika ada masalah Allah telah beri kemudahan dengan adanya solat sambil duduk, berbaring dan menggunakan gerak mata. Sedangkan kita yang mampu untuk lakukan anggap perkara remeh.

Ini adalah peringatan buat diri sy dan juga saudara seislamku di luar sana. Marilah kita sama-sama mengaja solat kita agar terhindar daripada neraka Allah yang amat menggerunkan itu. Dan juga sama- sama kita mengajak saudara kita yang berada di sekeliling kita yang mungkin tidak tahu atau sengaja meninggalkan solat. Ada banyak faktor wujudnya pelbagai masalah sosial di negara kita, antaranya ialah faktor didikan agama yang tidak di terapkan sejak kecil di peringkat ibu-bapa terhadap anak-anak mereka. Jika mereka tunaikan solat dengan kesedaran dan takutkan Allah, insyaAllah sebarang maksiat dan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat dapat di hindarkan.

‘’SOLAT TIANG AGAMA, SESIAPA MENUNAIKANNYA SESUNGUHNYA DIA MENEGAKKAN AGAMA, SESIAPA YANG TINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MERUNTUHKAN AGAMA’’

~jiwa sufi minda haraki~
~b.ed ISED~

No comments: