SALAM UKHUWAH...
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Iklan
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya sudah menjangka perkara tersebut biarpun kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri najib di lihat lebih terbuka dengan slogan 1Malaysianya, rakyat di dahulukan.
"Saya tidak terkejut sama sekali," ulasnya spontan ketika dihubungi Harakahdaily.
Ujarnya lagi, alasan kerajaan mengekalkan ISA kerana didakwa berkesan mencegah kegiatan atau aktiviti subversif yang mengancam keselamatan negara juga tidak boleh disandarkan secara seratus peratus.
Menurutnya, masalah ketenteraman awam yang berlaku dalam negara ini sangat sedikit dan undang undang selain ISA mampu mengatasinya berbanding masalah rasuah dan salah guna kuasa yang sering dilaporkan.
* ini adalah kenyataan yang di dapati dalam harakah daily. untuk maklumat lanjut lawati laman web tersebut.
- harakahdaily-
~jiwa sufi minda haraki~
No comments:
Post a Comment