Tuesday, December 20, 2011

DUNIA SEMAKIN TUA


DUNIA SEMAKIN TUA
Dewasa ini pelbagai perkara berlaku dalam realiti masyarakat kita yang seolah-olah kita tidak dapat menerima perkara tersebut boleh berlaku. Tidak ku sangka cempedak menjadi nangka. Sungguh terasa malu dan tidak percaya, tetapi itulah realiti yang telah berlaku di hadapan mata kita. Manusia seolah-olah siapakah dia di dunia ini, adakah manusia akan kekal hidup di dunia ini?, tiada Allah yang memerhati tingkah laku kita? Atau kita sudah tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk.

Sebelum ini kita mendengar seorang bapa menjalinkan hubungan dengan anak kandungnya sendiri di Negara Barat, kemudian, kisah yang berlaku di Indonesia. Emak kandung menjalin hubungan suami isteri dengan anak kandung akibat terlalu rindukan suaminya yang telah meninggal dunia. Anaknya kelihatan sangat malu dan terpaksa dengan keadaan tersebut. Dan terbaru, pemuda Melayu berkahwin sesame jenis dengan warga Barat. Cukuplah tiga cerita realiti ini yang menunjukkan nilai peradaban dan budaya ketimuran sudah runtuh dan makin layu. Pemiliknya merasakan nilai peradaban Melayu yang disantuni dengan akhlaq serta penerapan nilai-nilai Agama Islam suci sudah tidak di pakai lagi.

Barat telah berjaya membawa nilai bangsa dan Agama kita jauh ditinggalkan di belakang. Perancagan mereka untuk menjatuhkan Islam sedikit demi sedikit sudah terserlah. Malangnya, kita mengikuti tanpa menyedari strategi jahat mereka. Islam yang suci semakin di abaikan. Rasulullah selama 23 tahun berdakwah untuk memastikan Agama Islam sampai kepada kita dan membawa umatnya ke jalan yang diredhai Allah. Namun, apa yang berlaku sekarang, umat Baginda sudah tidak mengingati seruan Baginda. Jika Baginda masih hidup saat ini, alangkah sedihnya Baginda.

Adakah ini berlaku kerana seruan dakwah daripada ilmuan dan masyarakat yang menyedari perkara ini tidak sampai kepada sasaran dakwah??. Ataukah para pendakwah semakin bersikap sudah letih dan mahu berehat?? Atau para daie sudah mengamalkan sifat ananiyah dalam diri masing-masing??. Masyarakat kita semakin jauh daripada jalan yang lurus, kita yang menyedari hal ini harus segera mengambil langkah memberi peringatan dan inzar tentang janji-janji serta azab Allah. Menghampiri ke hujung dunia ini, dan pintu taubat masih terbuka, ayuh berusaha untuk kembalikan Islam pada tempatnya. Agama yang paling suci di sisi Allah perlu di naikkan semula keizzahannya.
Para daie dan ilmuan, mari kita mengambil langkah segera kerana kita semua akan ditanya apa yang telah lakukan untuk menjaga Agama ini. tugas khakifah yang diamanahkan pada awal penciptaan Nabi Adam lagi harus terus di perjuangkan. Walaupun tugas yang berat, tetapi janji Allah adalah benar untuk hamba-hambaNya yang berusaha sebaiknya. Allah tidak melihat kepada natijah, tetapi usaha itu yang Allah mengiranya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:” sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam semua perkara. Baginda adalah contoh daie terbaik, pemimpin, suami,hakim dan sebagainya. Ambillah sunnah dan sikap-sikap mulia Rasulullah sebagai penguat semangat untuk kita terus menjadi mata rantai perjuangan Baginda untuk pastikan Islam tersebar dengan keindahannya dan membawa umatnya ke jalan yang diredhai Allah.

Dunia semakin tua dan menghampiri penghujung.adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab dakwah?. Adakah kita sudah menyedari akan banyaknya dosa kita?. Rasulullah bersabda yang bermaksud:”sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”. Moga sedikir usaha yang kita lakukan dapat mengembalikan saudara-saudara kita ke sinar Islam yang menjanjikan ketenangan yang bermakna buat umatnya. Berbahgia mereka yang mendapat keampunan Allah dan ganjaran syurga Firdaus yang banyak nikmat buat hamba-hamba Allah yang menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya.

No comments: