Sunday, September 23, 2012

salam ukhuwah.... Bahang pilihanraya kampus terutama universiti di Lembah Klang semakin terasa. tempoh berkempen hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. teruskan berusaha selagi ada masa untuk mempromosikan calon masing-masing untuk memastikan kelansungan kepimpinan Islam terus bertapak di Taman Ilmu dan Budi ini. UIAM turut mengalami keadaan yang sama. semua calon dan kumpulan kempen masing -masing berusaha keras untuk memastikan kemenangan calon masing2. pelbagai gambar, poster, handbill, dan sebagaiya di gunakan untuk meraih undi warga UIAM. kepada semua pelajar yang masih boleh mengundi, jangan lupa turun mengundi 25 September ini di computer Lab kuliyyah masing2. pastikan anda membawa kad matrik dan memilih 2 orang calon pilihan anda. buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan bersama. pastikan pemimpin yang bakal di pilih mempunyai kepimpinan dan boleh memipin kita semua ke arah kebaikan. jangan lupa turun mengundi..

Tuesday, September 18, 2012

salam ukhuwah.... sudah lama blog ini tidak menuturkan apa-apa. lewat ni, semangat menulis semakin luntur. entah kenapa. sedangkan para orang lain yang sibuk dengan urusan kerja dan ceramah agama serta urusan tadbir negara mampu mengarang pelbagai jenis buku dalam kesibukan yang mereka ada. subhanallah. sungguh masa yang sempit itu menyebabkan kita mampu melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan menjaga waktu tersebut dengan sebaiknya, berbanding mereka yang mempunyai masa yang banyak, hampir tidak pandai untuk menguruskannya. masyaAllah, mohon kekuatan dan panduan.. melewati dunia pekerjaan sebagai pendidik ini menuntut komitmen yang tinggi untuk berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai. sentiasa berfikir cara dan pedagogi yang sesuai untuk mengajar dan mendisiplin mereka ke arah melahirkan khalifah yang terbaik untuk generasi yang akan datang. moga Allah sentiasa permudahkan urusan hambaMu yang kerdil ini. doa sentiasa di pohonkan agar anak-anak didik ini berjaya menjadi hambaMu yang sentiasa taat dan menjaga agamaMu Ya Allah. tambahan pula dengan fasa kandungan yang sudah menjangkau 30 minggu ini turut menuntut kekuatan untuk terus kuat bagi melahirkan mujahid, bakal pewaris perjuangan kedua ibu dan bapanya. pengalaman kehamilan ini membuatkan rasa keinsafan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat ibu yang sanggup bersusah payah mengandungkan kita sehingga melahirkan dengan selamat dan menjaga kita dengan baik. taat kepada ibu adalah menjadi kewajipan utama kita di atas kesusahan yang telah mereka alami selama ni. subhanallah. terima kasih banyak-banyak mak. terima kasih juga biat suami tersayang yang sentiasa menjadi penyokong kuat saat ini, dengan tugas2 kewajipan masing2, namun perlu saling manguatkan. moga bayi yang lahir akan sekuat pejuang Islam yang bakal memimpin dunia insyaAllah. buat adik2 di kampus yang bakal menghadapi pilihanraya kampus pada 25/9 ini, moga Allah permudahkan segala urusan. banyakkan berdoa agar apa yang telah dirancangkan selari dengan perancangan Allah walaupun akan ada halangan yang mengganggu, anggap ia sebagai satu cabaran dalam menegakkan kebenaran. perancangan yang teratur mesti di perhalusi agar perancangan musuh dapat di jatuhkan. betulkan niat kita dan dekatkan diri dengan Allah selalu, moga bantuan Allah sentiasa ada buat kita semua. kebenaran akan tertegak di sebalik kebatilan yang ada. teruskan perjuangan adik2 sekalian. doa kami semua terus mengalir buat antum semua. ~hidup kita untuk agenda Islam, insyaAllah~

Thursday, June 28, 2012

salam ukhuwah. Minggu ke-18 : Mulailah bersenandung sebab janin sudah bisa mendengar pada minggu ini. Ia pun bisa terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram. Bayi sudah bisa melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat. ~ Subhanallah, Maha Kuasa Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, proses kejadian manusia yang indah di dalam rahim ibu membuktikan kekuasaan Allah yang tiada tandingan dengan yang lain. perkembangan janin yang berubah dari minggu ke minggu sehingga tempoh kelahiran adalah satu keajaiban yang tidak mampu di tandingi sesiapa pun. keakraban ibu dan bayi dalam kandungan serta kelemahan serta kepenatan yang dirasai ibu yang mengandung itu, telah mengangkat pengorbanan wanita sehingga syurga di letakkan di bawag kakinya. taat dan berbuat baik kepada ibu anda yang telah banyak berkorban dan bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. merasai pengalaman bakal bergelar ibu ini, membuatkan diri merasai kasih dan cinta kepada ibu yang telah melalui segala kesusahan semasa melahirkan kita. moga anak-anak yang bakal di lahirkan akan menjadi penyejuk mata ibu dan ayah anda.

Thursday, June 21, 2012

salam ukhuwah buat semua. untuk para wamita di luar sana yang ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik dan lemengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri, boleh sertai kami di bengkel WOW : serlahkan aura wanita super. program ini menampilkan speaker yang akan memberi penerangan terperinci mengenai slot2 yang akan di kendalikan. daftar segera sebelum 6.7.2012 ni. yuran hanya RM 50.00 sahaja. maklumat lanjut terdapat pada banner yang akan di attach. ayuh, bersama-sama ajak rakan-rakan wanita anda. jumpa di sana.

Tuesday, April 10, 2012

GURU....


salam ukhuwah...

sudah lama blog ni tidak berupdate. kesibukan yang ada dan kesihatan yang kurang mengizinkan blog ini terisi.

alhamdulillah sudah menghampiri 11 minggu pratikal di salah sebuah sekolah di kawasan Gombak ini. sesi persekolahan yang bermul dari 8pg sehingga 4 petang ini menuntut pelbagai komitmen yang tinggi untuk melakukan yang terbaik kepada para pelajar.

realiti para pelajar yang melalui zaman yang serba moden dan canggih ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan zaman persekolahan pada ketika dahulu. para pelajarnya lebih terbuka dalam berfikir dan mengetahui banyak perkara hasil teknologi yang ada dewasa ini.

ini adalah satu perkembangan yang baik. tetapi yang menjadi kerisauan pada guru adalah pelajar-pelajar sudah mulai luntur adab dan akhlak mulia yang sangat di sanjung tinggi nilai bangsa kita. penerapan adab yang perlu sangat di tekankan kepada para pelajar dewasa ini. adab bercakap, adab belajar, adab dengan guru, adab dengan alam sekitar dan adab dengan orang yang lebih tua.

nilai ini yang telah menurunkan imej dan nama baik agama kita Islam yang indah di pamerkan oleh baginda Rasululullah SAW yang perlu menjadi contoh terbaik kepada umat baginda. ramai yang terpikat dengan Islam pantulan akhlak mulai baginda.

mendidik lah pelajar-pelajar kita untuk mencontohi para Nabi dan Rasul. bimbinglah mereka untuk mendekati al-Quran dan mengamalkan isinya. moga para pewaris dan penerus perjuangan Rasulullah dapat di bentuk dengan baik untuk meminpin dunia dan masyarakat untuk mendekati dan mencintai Allah SWT.

teruskan berusaha....

Saturday, March 10, 2012

bertukar status



salam ukhuwah ...


melewati hari-hari sebagai zaujah kepada seseorang merupakan satu amanah yang besar tergalas di bahu ini. dan amanah ini akan kekal sehingga Allah menjemput kita atau suami kita untuk bertemuNya.

perbandingan gaya hidup ketika bujang amatlah berbeza, mengambil masa untuk serasi dengan perubahan yang berlaku dengan mendadak dalam hidup kita. doa selalu kepada Allah, kerana Dialah pemilik segala hati-hati untuk di kukuhkan ikatan suci yang terbina sehingga ke syurga.

merasai kemanisan dan kebahagian dalam baitulmuslim yang terbina. ketenangan wujud dari lafaz sakinah pada saat ia di lafazkan. segalanya halal dan mendapat ganjaran pahala dariNya. soroti sunnah Rasulullah SAW dalam melayari perjalanan hidup bersama Ummul Mukminin dengan harmoni dan rukun damai, kerana baginda adalah contoh yang terbaik dalam segala urusan.

moga Allah tetapkan hati-hati kita untuk terus kuat dalam perjalanan dakwah, thabat di jalanNya walau cabaran dan dugaan yang menduga keimanan insan. menjadi sayap kiri perjuangan yang utuh di belakang seorang pejuang yang memburu syahid di jalan Allah. kekuatan dan kesabaran adalah rencah utama untuk ganjaran wanita solehah yang di janjikan Allah.

~bishah amin~

ice breaking

salam ukhuwah...


sudah lama blog ini tidak berupdate. kesibukan yang ada telah menyebabkan pembahagian masa menjadi kelam kabut sedikit. waktu menulis telah terganngu sedikit dengan perubahan jadual hidup dari belajar kepada bekerja.

memulakan tugas sebagai guru sangat mencabar guru baru seperti kami ini. semuanya memerlukan perancangan, teknik2 yang betul agar para pelajar dapat menerima segala arahan yang di buat dan proses pembelajaran berjalan dengan baik.

sungguh tugas mendidik ini sangat mulia. keringat yang guru pernah curahkan kepada kita sebagai pelajar dulu perlu sangat untuk di hargai, kerana pengorbanan yang di buat itu tiada galang gantinya. harapan mereka hanyalah, anak didik mereka mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi orang yang berguna. guru tidak mempunyai apa-apa selain titisan air mata melohat kejayaan anak didiknya.

kadang-kala dibimbangi keikhlasan kita dalam mendidik dewasa ini takut terlalu untuk mendapat nilaian, dengan gaji yang tinggi. ilmu yang di curahkan dengan tulus ikhlas itu adalah ubat mujarab untuk ilmu tersebut menyentuh hati-hati anak didik kita. moga ilmu yang di curahkan dapat di praktikkan dengan baik. harapnya, pahala tersebut berterusan mengalir tatkala guru mengadap Illahi nnt.

~hargai pengorbanan seorang guru~ bishah amin

Sunday, January 1, 2012

MAHASISWA DI KASARI




salam ukhuwah..

tirai 2011 ditutup dengan tragedi hitam yang menimpa mahasiswa negara kita yang berusaha memperjuangkan kebebasan akademik di negara kita. mahasiswa yang berhimpun secara aman di perkarangan UPSI lewat malam semalam untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan tuntutan keadilan buat Adam Adli yang menerima tekanan selepas penurunan bendera Dato Seri Najib dalam demonstrasi menuntut kebebasan (BEBAS) pada 17 Disember 2011 yang lalu.

mahasiswa yang berhimpun secara aman dan melaungkan kata-kata keramat mahasiswa "hidup mahasiswa, mansuhkan AUKU dan We All Adam Adli" telah di kasari setelah enggan bersurai. anggota polis dan FRU yang ditempatkan di perkarangan UPSI itu telah bertindak memukul mahasiswa yang menyebabkan 20 tercedera termasuk Muhammad Safwan Anang, Timbalan Presiden GAMIS yang cedera teruk di kejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. beliau di laporkan telah mengalami patah tulang pipi dan masih menerima rawatan di hospital Slim River.

selain itu, 17 orang mahasiswa turut di tahan sejak awal pagi tersebut dan selepas tuntutan daripada pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik, dan mahasiswa yang telah berhimpun di hadapan balai polis menuntut tahanan mahasiswa di bebaskan tanpa alasan. lewat 4.oo petang tadi, kesemua tahanan telah di bebaskan dan Safwan masih lagi dirawat.

tragedi ini bakal dikenang buat seluruh rakyat tentang tindakan yang kejam buat mahasiswa serta rejim di bawah kepimpinan yang ada sekarang sudah perlu difikirkan untuk dijatuhkan. mahasiswa selaku ahli akademik dan masyarakat lain perlu peka dengan segala yang berlaku dan perlu bertindak untuk menjaga rakyat dan masa depan negara daripada perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

mahasiswa sudah lama bangkit untuk menjadi golongan yang perlu di dengari suara mereka, bukan mahu menutup dan menyekat mereka. suara kebebasan dan keadilan akan di teruskan untuk kebaikan dan masa depan negara kita.

mahasiswa terus bangkit... Allahu Akbar.