Sunday, January 1, 2012

MAHASISWA DI KASARI




salam ukhuwah..

tirai 2011 ditutup dengan tragedi hitam yang menimpa mahasiswa negara kita yang berusaha memperjuangkan kebebasan akademik di negara kita. mahasiswa yang berhimpun secara aman di perkarangan UPSI lewat malam semalam untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan tuntutan keadilan buat Adam Adli yang menerima tekanan selepas penurunan bendera Dato Seri Najib dalam demonstrasi menuntut kebebasan (BEBAS) pada 17 Disember 2011 yang lalu.

mahasiswa yang berhimpun secara aman dan melaungkan kata-kata keramat mahasiswa "hidup mahasiswa, mansuhkan AUKU dan We All Adam Adli" telah di kasari setelah enggan bersurai. anggota polis dan FRU yang ditempatkan di perkarangan UPSI itu telah bertindak memukul mahasiswa yang menyebabkan 20 tercedera termasuk Muhammad Safwan Anang, Timbalan Presiden GAMIS yang cedera teruk di kejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. beliau di laporkan telah mengalami patah tulang pipi dan masih menerima rawatan di hospital Slim River.

selain itu, 17 orang mahasiswa turut di tahan sejak awal pagi tersebut dan selepas tuntutan daripada pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik, dan mahasiswa yang telah berhimpun di hadapan balai polis menuntut tahanan mahasiswa di bebaskan tanpa alasan. lewat 4.oo petang tadi, kesemua tahanan telah di bebaskan dan Safwan masih lagi dirawat.

tragedi ini bakal dikenang buat seluruh rakyat tentang tindakan yang kejam buat mahasiswa serta rejim di bawah kepimpinan yang ada sekarang sudah perlu difikirkan untuk dijatuhkan. mahasiswa selaku ahli akademik dan masyarakat lain perlu peka dengan segala yang berlaku dan perlu bertindak untuk menjaga rakyat dan masa depan negara daripada perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

mahasiswa sudah lama bangkit untuk menjadi golongan yang perlu di dengari suara mereka, bukan mahu menutup dan menyekat mereka. suara kebebasan dan keadilan akan di teruskan untuk kebaikan dan masa depan negara kita.

mahasiswa terus bangkit... Allahu Akbar.

No comments: