Monday, April 6, 2009

PR Kecil


Salam ukhuwah..

Bahang pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai makin terasa. semua parti, calon dan para penyokong berusaha untuk melancarkan kempen habis- habisan sebelum tamat masa berkempen pada malam ini.

Pada hari ini Tun Mahathir turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau bagi memenangkan calon BN. semalam dalam radio sibuk membincangkan tentang perkembangan dan trasformasi yang akan berlaku terhadap prk kali ini, adakah akan menyamai prk di Kuala Terengganu dan Permatamg Pauh atau sebaliknya. sama- sama kita nantikan keputusan dan pemilihan rakyat terhadap calon-calon yang bertanding.

Pas meramalkan calonnya di Bukit Gantang memenangi kerusi di situ sebanyak 60 peratus dengan mendapat sokongan daripada pengundi cina berjumlah 15,000. umno pula yakin dengan kedatangan tun Mahathir akan menarik lebih ramai pengundi tetapi pihak pas menafikan demikian kerana berkeyakinan pengundi Melayu yang mengundi Roslan Saharum sebelum ini akan terus menyokong calon Pas.

Ajk Umno bahagian Bukit Gantang Mohd Saadin Yusof meyatakan bahawa ramai pengundi Cina akan mengundi calon mereka pada esok hari dan Pas tidak akan mendapat apa-apa pun.

semua kan terjawab pada esok hari. kepada para pengundi buat lah pilihan yang tepat dalm menentukan siapa pemimpin kita. pilihla pemimpin yang dapat membawa kebaikan dan dapat berjuang untuk kita semua. sama-sama kita panjatkan doa agar kebenaran akan terbukti dan berpihak kepada yang benar...

- jiwa sufi minda haraki-

Wednesday, March 18, 2009

salam ukhuwah...

sudah lama tak wat posting baru dalam blog ni. di akhir sem ni waktu agak terhad bagi diriku. hari ini ingin ku bawa isu mengenai pemilihan pimpinan baru UMNO yang di jadual kan pada minggu hadapan.

pada hari ini Mohd Ali Rustam di nafikan hak untuk bertanding dalan pemilihan tersebut kerana terlibat dengan politik wang .keputusan ini amat menyedihkan terutamanya penyokong2 beliau dari Melaka. selain itu, Khairy Jamaludin juga di dapati bersalah tetapi hanya di beri amaran dan di benarkan bertanding.

Apa yang dapat nyatakan di sini ialah ,pemimpin yang ingin di pilih untuk menerajui pimpinan parti UMNO adalah terlibat dengan politik wang dan juga rasuah. Ini mujurlah sempat di ketahui sebelum di lantik menjadi timbalan presiden parti terbabit. jika sudah di lantik alamatnya '' nasi sudah menjadi bubur''.

seharusnya kita mestilah memilih orang yang betul2 dapat membawa perubahan pada diri, masyarakat, agama dan megara. bukan sekadar menggunakan wang semata-mata. seharusnya kajian yang lebih teliti perlu di jalankan kepada semua pimpinan agar masalah ini dapat di bendung.

sama-sama kita fikirkan apa yang akan jadi pada negara kita di masa akan datang.

>jiwa sufi , minda haraki<

b.ed ised

Tuesday, March 3, 2009

PPSMI




salam ukhuwah..
pada 7 Mac ini akan diadakn perhimpunan 100.000 di Istana Negara bagi membantah perlaksanaan PPSMI yang berlaku sejak 3 tahun lalu yang tidak memberi sebarang manfaat kepada para pelajar kita, malah memberi bebanan yang berat kepada mereka utk memahami sesuatu pelajaran. keberjayaan program ini yang digemburkan bukan lah satu kebenaran. ini kerana pihak atasan boleh melakukan apa sahaja untuk pastikan program ini berjaya untuk mengaburi mata rakyat. kesedaran yang tinggi di pihak ibu bapa dan guru-guru wajar sekali, agar sama dapat turun beramai bagai memansuhkan PPSMI ini. nasib anak-anak bangsa kita perlu di pertahankan untuk menjamin kesinambungan perjuangan Islam di masa akan datang.




- JIWA SUFI MINDA HARAKI-


b.ed ised.

Thursday, February 26, 2009

Intelektual Dialog


salam ukhuwah...

pada selasa 24/2/09, Maaruf Club UIAM telah menganjurkan intelektual dialog berkenaan dengan nasib yang menimpa masyarakat dan negara kita sekarang. menyentuh juga isu politik di Perak serta peranan mahasiswa dalam menhadapi masalah ini. ahli panel yang di jemput juga sangat hebat yang mengabungkan pilitician dan academician. perbincangan yang memakan masa hampir 2 jam ini amat menarik sekali. antara ahli panel ialah dato' Fuad Zarkashi( parlimen-BN), Dr hasan Ali( dun-Pas), Cikgu Azmi( presiden Teras). sepanjang diskusi ini, yb Fuad kerap menyentuh dengan politik hati nurani, dimana berpolitik bukan atas dasar inginkan jawatan tetapi ada misi yang ingin di laksanakan. beliau juga menegaskan walaupun berada dalam BN tetapi ada juga banyak perkara yang beliau tidak setuju, contohnya isu PPSMI dan banyak lagi. beliau ada misi lain yang ingin di jalankan.

diskusi ini banyak membuka masyarakat bahawa mahasiswa seharusnya diberi peluang untuk bersuara dan mainkan peranan dalam masalah yang menimpa negara kita. mahasiswa sekarang sudah matang dan bersedia untuk bersama-sama membentuk nilai sebuah negara yang dikenali sebagai Daulah islamiah. pihak sewajarnya perlu menyediakan peluang ini untuk libatkan mahasiswa bukan lagi mencipta ruang dan pelbagai sekatan untuk menghalang evolusi ini bermula. Mahasiswa sepatutnya sedar peranan ini bukan asyik dengan hedonisme yang melalaikan hati dan diri kita.

-jiwa sufi minda haraki-

b.ed ised

Saturday, February 7, 2009

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN




Abu Bakar r.a. berkata.
'' sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu,dunia di sebelah belakangmu, dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu, sedangkan Allah di atasmu, sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu kearah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, anggota tubuhmu mengajakmu melaksanakan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmannya..'' Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya''.

Siapa yang penuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu, maka hilang akal dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan''.


Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Sumber: 1001 kisah teladan: Harzimi Ibrahim.