Tuesday, December 20, 2011

DUNIA SEMAKIN TUA


DUNIA SEMAKIN TUA
Dewasa ini pelbagai perkara berlaku dalam realiti masyarakat kita yang seolah-olah kita tidak dapat menerima perkara tersebut boleh berlaku. Tidak ku sangka cempedak menjadi nangka. Sungguh terasa malu dan tidak percaya, tetapi itulah realiti yang telah berlaku di hadapan mata kita. Manusia seolah-olah siapakah dia di dunia ini, adakah manusia akan kekal hidup di dunia ini?, tiada Allah yang memerhati tingkah laku kita? Atau kita sudah tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk.

Sebelum ini kita mendengar seorang bapa menjalinkan hubungan dengan anak kandungnya sendiri di Negara Barat, kemudian, kisah yang berlaku di Indonesia. Emak kandung menjalin hubungan suami isteri dengan anak kandung akibat terlalu rindukan suaminya yang telah meninggal dunia. Anaknya kelihatan sangat malu dan terpaksa dengan keadaan tersebut. Dan terbaru, pemuda Melayu berkahwin sesame jenis dengan warga Barat. Cukuplah tiga cerita realiti ini yang menunjukkan nilai peradaban dan budaya ketimuran sudah runtuh dan makin layu. Pemiliknya merasakan nilai peradaban Melayu yang disantuni dengan akhlaq serta penerapan nilai-nilai Agama Islam suci sudah tidak di pakai lagi.

Barat telah berjaya membawa nilai bangsa dan Agama kita jauh ditinggalkan di belakang. Perancagan mereka untuk menjatuhkan Islam sedikit demi sedikit sudah terserlah. Malangnya, kita mengikuti tanpa menyedari strategi jahat mereka. Islam yang suci semakin di abaikan. Rasulullah selama 23 tahun berdakwah untuk memastikan Agama Islam sampai kepada kita dan membawa umatnya ke jalan yang diredhai Allah. Namun, apa yang berlaku sekarang, umat Baginda sudah tidak mengingati seruan Baginda. Jika Baginda masih hidup saat ini, alangkah sedihnya Baginda.

Adakah ini berlaku kerana seruan dakwah daripada ilmuan dan masyarakat yang menyedari perkara ini tidak sampai kepada sasaran dakwah??. Ataukah para pendakwah semakin bersikap sudah letih dan mahu berehat?? Atau para daie sudah mengamalkan sifat ananiyah dalam diri masing-masing??. Masyarakat kita semakin jauh daripada jalan yang lurus, kita yang menyedari hal ini harus segera mengambil langkah memberi peringatan dan inzar tentang janji-janji serta azab Allah. Menghampiri ke hujung dunia ini, dan pintu taubat masih terbuka, ayuh berusaha untuk kembalikan Islam pada tempatnya. Agama yang paling suci di sisi Allah perlu di naikkan semula keizzahannya.
Para daie dan ilmuan, mari kita mengambil langkah segera kerana kita semua akan ditanya apa yang telah lakukan untuk menjaga Agama ini. tugas khakifah yang diamanahkan pada awal penciptaan Nabi Adam lagi harus terus di perjuangkan. Walaupun tugas yang berat, tetapi janji Allah adalah benar untuk hamba-hambaNya yang berusaha sebaiknya. Allah tidak melihat kepada natijah, tetapi usaha itu yang Allah mengiranya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:” sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam semua perkara. Baginda adalah contoh daie terbaik, pemimpin, suami,hakim dan sebagainya. Ambillah sunnah dan sikap-sikap mulia Rasulullah sebagai penguat semangat untuk kita terus menjadi mata rantai perjuangan Baginda untuk pastikan Islam tersebar dengan keindahannya dan membawa umatnya ke jalan yang diredhai Allah.

Dunia semakin tua dan menghampiri penghujung.adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab dakwah?. Adakah kita sudah menyedari akan banyaknya dosa kita?. Rasulullah bersabda yang bermaksud:”sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”. Moga sedikir usaha yang kita lakukan dapat mengembalikan saudara-saudara kita ke sinar Islam yang menjanjikan ketenangan yang bermakna buat umatnya. Berbahgia mereka yang mendapat keampunan Allah dan ganjaran syurga Firdaus yang banyak nikmat buat hamba-hamba Allah yang menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya.

Monday, December 19, 2011

HEBATNYA TAWAKAL

salam ukhuwah..

kala hati dan diri dilanda lemah semangat dan rasa sangat down, maka kembalilah kepadaNya. Dia pemilik segalanya. rintih dan rayulah kekuatan padaNya. dan yakinlah apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

saat kita tidak yakin dengan sesuatu, maka bersangka baiklah dengan Allah yang Maha Berkuasa untuk mentakdirkan sesuatu ke atas kita. Allah tidak melihat kepada natijah apa yang kita lakukan, tetapi sejauh mana usaha yang telah kita laksanakan.

dakwah Islam tidak pernah akan malap dan lemah tanpa bantuan kita, tetapi siapalah kita tanpa menyumbang untuk Islam. agama yang paling suci di sisi Allah. kita mulia adalah kerana Islam.

siapalah kita untuk berpaling dari pemilik Agama yang suci ini. hamba yang sangat hina, diciptakan daripada setitis air mani, yang apabila jatuh ke tanah ayam tak makan, itik pun tak sudu. tetapi Allah telah mengangkat kita ke satu mercu yang lebih hebat daripada malaikat dengan menjadikan kita khalifah di muka bumi ini.

perhatikan pada apa yang terdekat pada anggota badan kita. denyut nadi, helaan nafas, aliran darah, mata yang berfungsi dengan baik, kaki yang mampu berjalan dan banyak lagi. mahukah kedekut atau takabur dengan apa yang telah di kurniakan kepada kita????. sungguh kita hamba yang sangat lemah.

mari kita renungi semula, bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW dalam membawa dakwah Islam ini untuk sampai kepada kita. dengan cercaan, ugutan, hinaan, pulauan dan sebagainya. tetapi kita dengan sedikit dugaan, sudah merasa lemah dan terjatuh. bagaimana hendak meyambung rantai perjuangan Rasulullah jika semangat tidak ada walaupun sedikit. ingatlah, kita umat yang terpilih, jadi laksanakan amanat ini dengan sebaiknya. kerana semua itu akan ditanya diakhirat nanti.

"jangan merasa lemah dan sedih, sesungguhnya kamu adalah golongan tertinggi, jika kamu beriman". "sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar".-antara motivasi dari Kalam Allah, al-Quranul Karim.

Thursday, December 8, 2011

SAHAJA AKU MENCINTAI-MU

Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a

Artis: Du'a feat Ustaz Amal

Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)

Third/ Backup voice: Amad

--------------------------------------------------------------------------

Ku cinta pada-Mu

Lebih dari segala-gala

Mampukah kupertahankan cinta ini

Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik

Dari ucapan terima kasih

Pastikan kuucap setulus hati

Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi

Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik

Dari melodi syukurku

Semestinya kupersembahkan pada-Mu

Tanda cintaku, tanda cintaku...

Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah

Mafi Qalbi ghairullah

Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas

Setiap gerak tangan

Setiap degup jantung

Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna

Tanpa cinta-Mu.

Thursday, November 24, 2011

aduhai mujahidah


Realiti hidup seorang mujahidah yang tak pernah di hidangkan kesusahan. Ada duri dalam kasutnya, ada ular yang bisa mematuk dalam perjalanan, ada hadiah yang menawan yang di tawarkan. Tapi wahai mujahidah, apa yang anda inginkan??? Adakah hilangnya semua kesusahan itu, mendapat keselesaan atau redha Allah yang di dambakan? Hasbunallahu wanik’mal wakil.

Maksud firman Allah : “Janganlah kamu merasa lemah dan sedih, sesungguhnya kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman”. Allah akan menguji manusia untuk mencari antara hambaNya yang paling bertaqwa. Banyak n tingginya ganjaran yang Allah tawarkan buat hambaNya yang bertaqwa. Apalah sedikit ujian jika di bandingkan ujian yang di terima Rasululllah dapar menyebarkan dakwah. Sedikit ujian sudah merasa lemah. Bagaimana hendak menjadi umat Rasulullah yang terbaik ni. Mata rantai perjuangan yang takkan pernah mengalah sehingga nyawa menjemputnya pulang menemui KekasihNya yang Agung.

Teruskan perjuangan menegakkan syariatNya, agar Islam yang di bawa oleh Rasulullah kembali di julang tinngi sebagai Agama yang menjanjikan kebaikan kepada semua umatNya. Agama yang membawa hambanya ke jalan yang Allah redhai.

Binalah kekuatan dalam dirimu dengan alunan Kalam Agung, zikir yang tidak pernah putus, tawakal yang tinggi pada Rabbi KekasihMu, bercinta lah denganNya di sepertiga malam, agar cinta yang tumbuh itu kekal utuh untuk mengharungi segala ujian dalam perjalanan bertemu kekasihMu. Betapa wanginya haruman Jannah yang di janjikan apabila tiba di sana.

Hati-hati dengan ujian dalam perjalanan, bisikan Iblis yang merosak hati dan akalmu untuk menjadi golongan sesat dan balasan azab pedih akan di terima bila tiba di sana nanti. Bersahabat lah dengan golongan yang boleh memimpinmu ke arah jalanNya, jauhlah berkumpul dengan mereka yang menyesatkanmu. Moga sedikit usaha dalam dakwah ini memberi sedikit cahaya penyuluh untuk mencari butiran cinta hiasan bukti kasih dan cintaku pada Kekasih Agung, Rabbul ‘Alamin. Amen. Moga Allah perkenankan.

Monday, November 21, 2011

nilai intelektualisme semakin terhakis

salam ukhuwah..

mahasiswa yang di latih untuk membina jati diri yang kuat dan berpotensi serta mahir dalam bidang masing-masing telah di salah fungsikan peranannya dalam beberap perkara yang melibatkan tangan atau kuasa luar dalam pentadbiran universiti.

universiti yang merupakan tempat percambahan ilmu telah mainkan fungsinya sesuka hati berdasarkan keperluan atau tujuan tertentu. dalam melaksanakn sesuatu mestilah berlandaskan niat yang baik. Allah menilai sesuatu amalan kita dengan niat kita. jika baik niat kita, maka pahala yang kita akan dapat. jika buruk niatnya, maka dosa lah yang kita akan dapat.

segala tindakan dan lintasan niat kita adalah dalam pandangan dan pemerhatian Allah. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sama ada tersembunyi ataupun nyata. ilmu dan intelektual adalah nilai yang penting dalam kehidupan manusia, penerapan nilai ini dalam diri mahasiswa dan pelajar dapat membentuk masyarakat yang mengenali apa yang baik dan tidak baik, menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan serta takutkan akan azab dan balasan Allah atas amalan buruk kita.

jadilah hamba yang beramanah dalam menjalankan sesuatu amanah, kerana ia akan di tanya di akhirat kelak. jauhkan daripada rasuah dan ketidaktelusan dalam menjalankan amanah. integriti dan keadilan adalah elemen yang penting perlu ada dalam individu Muslima terutamanya dalam menjalankan amanah yang telah di berikan kepada kita. takutlah kita kepada azab Allah yang sangat pedih. kembalikan hak-hak rakyat atau orang bawah pemerintahan kita kerana itulah keadilan yang perlu di tegakkan. jauhkan daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar dalam menjalankan amanah kita.

~ amanah lah kita dalam menjalankan tanggungjawab.