Saturday, March 10, 2012

bertukar status



salam ukhuwah ...


melewati hari-hari sebagai zaujah kepada seseorang merupakan satu amanah yang besar tergalas di bahu ini. dan amanah ini akan kekal sehingga Allah menjemput kita atau suami kita untuk bertemuNya.

perbandingan gaya hidup ketika bujang amatlah berbeza, mengambil masa untuk serasi dengan perubahan yang berlaku dengan mendadak dalam hidup kita. doa selalu kepada Allah, kerana Dialah pemilik segala hati-hati untuk di kukuhkan ikatan suci yang terbina sehingga ke syurga.

merasai kemanisan dan kebahagian dalam baitulmuslim yang terbina. ketenangan wujud dari lafaz sakinah pada saat ia di lafazkan. segalanya halal dan mendapat ganjaran pahala dariNya. soroti sunnah Rasulullah SAW dalam melayari perjalanan hidup bersama Ummul Mukminin dengan harmoni dan rukun damai, kerana baginda adalah contoh yang terbaik dalam segala urusan.

moga Allah tetapkan hati-hati kita untuk terus kuat dalam perjalanan dakwah, thabat di jalanNya walau cabaran dan dugaan yang menduga keimanan insan. menjadi sayap kiri perjuangan yang utuh di belakang seorang pejuang yang memburu syahid di jalan Allah. kekuatan dan kesabaran adalah rencah utama untuk ganjaran wanita solehah yang di janjikan Allah.

~bishah amin~

ice breaking

salam ukhuwah...


sudah lama blog ini tidak berupdate. kesibukan yang ada telah menyebabkan pembahagian masa menjadi kelam kabut sedikit. waktu menulis telah terganngu sedikit dengan perubahan jadual hidup dari belajar kepada bekerja.

memulakan tugas sebagai guru sangat mencabar guru baru seperti kami ini. semuanya memerlukan perancangan, teknik2 yang betul agar para pelajar dapat menerima segala arahan yang di buat dan proses pembelajaran berjalan dengan baik.

sungguh tugas mendidik ini sangat mulia. keringat yang guru pernah curahkan kepada kita sebagai pelajar dulu perlu sangat untuk di hargai, kerana pengorbanan yang di buat itu tiada galang gantinya. harapan mereka hanyalah, anak didik mereka mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi orang yang berguna. guru tidak mempunyai apa-apa selain titisan air mata melohat kejayaan anak didiknya.

kadang-kala dibimbangi keikhlasan kita dalam mendidik dewasa ini takut terlalu untuk mendapat nilaian, dengan gaji yang tinggi. ilmu yang di curahkan dengan tulus ikhlas itu adalah ubat mujarab untuk ilmu tersebut menyentuh hati-hati anak didik kita. moga ilmu yang di curahkan dapat di praktikkan dengan baik. harapnya, pahala tersebut berterusan mengalir tatkala guru mengadap Illahi nnt.

~hargai pengorbanan seorang guru~ bishah amin

Sunday, January 1, 2012

MAHASISWA DI KASARI




salam ukhuwah..

tirai 2011 ditutup dengan tragedi hitam yang menimpa mahasiswa negara kita yang berusaha memperjuangkan kebebasan akademik di negara kita. mahasiswa yang berhimpun secara aman di perkarangan UPSI lewat malam semalam untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan tuntutan keadilan buat Adam Adli yang menerima tekanan selepas penurunan bendera Dato Seri Najib dalam demonstrasi menuntut kebebasan (BEBAS) pada 17 Disember 2011 yang lalu.

mahasiswa yang berhimpun secara aman dan melaungkan kata-kata keramat mahasiswa "hidup mahasiswa, mansuhkan AUKU dan We All Adam Adli" telah di kasari setelah enggan bersurai. anggota polis dan FRU yang ditempatkan di perkarangan UPSI itu telah bertindak memukul mahasiswa yang menyebabkan 20 tercedera termasuk Muhammad Safwan Anang, Timbalan Presiden GAMIS yang cedera teruk di kejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. beliau di laporkan telah mengalami patah tulang pipi dan masih menerima rawatan di hospital Slim River.

selain itu, 17 orang mahasiswa turut di tahan sejak awal pagi tersebut dan selepas tuntutan daripada pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik, dan mahasiswa yang telah berhimpun di hadapan balai polis menuntut tahanan mahasiswa di bebaskan tanpa alasan. lewat 4.oo petang tadi, kesemua tahanan telah di bebaskan dan Safwan masih lagi dirawat.

tragedi ini bakal dikenang buat seluruh rakyat tentang tindakan yang kejam buat mahasiswa serta rejim di bawah kepimpinan yang ada sekarang sudah perlu difikirkan untuk dijatuhkan. mahasiswa selaku ahli akademik dan masyarakat lain perlu peka dengan segala yang berlaku dan perlu bertindak untuk menjaga rakyat dan masa depan negara daripada perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

mahasiswa sudah lama bangkit untuk menjadi golongan yang perlu di dengari suara mereka, bukan mahu menutup dan menyekat mereka. suara kebebasan dan keadilan akan di teruskan untuk kebaikan dan masa depan negara kita.

mahasiswa terus bangkit... Allahu Akbar.

Friday, December 30, 2011

muhasabah 2011....


salam ukhuwah..

dosa yang kita lakukan secara tidak sengaja, atau secara sengaja. secara sedar atau tidak. kadang-kadang godaan syaitan dan ketidakutuhan iman dalam diri akan membawa ke jalan maksiat yang tidak kita sedari.. Ya Allah.

kembalikan kan kami dalam rahmat dan redhaMu. jangan biarkan kami hanyut dalam ajakan syaitan yang tak pernah berhenti menggoda anak-anak Adam untuk menjadi penghuni neraka bersama mereka nanti.

sungguh azab Allah sangat pedih dan tidak terbayang kesakitan yang akan di tanggung apabila mati kelak. siapalah kita untuk melanggar perintah Allah ini. setiap apa yang ada pada diri kita, helaan nafas, dengupan jantung, mata,tangan, kaki, semua adalah milikNya. semuanya adalah pinjaman Allah buat kita untuk berbakti kepada Allah sebagai hambaNya yang taat. pertahankan agama Allah sebagai khalifah dan laksanakan segala suruhan Allah.

adakah kita ingin menjadi hamba Allah yang kufur akan segala nikmat yang telah di kurniaan kepada kita???siapakah kita ini. saat dicabut nyawa, maka kembalilah kita kepada Allah. adakah kita mahu kembali dlam keadaan yang kotor penuh dosa setelah Allah kembalikan kita ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih.

marilah kita renung sejenak sebelum berakhirnya tahun 2011 ini. berapa banyak amalan kebaikan yang telah kita lakukan???. berapa banyak dosa yang telah kita lakukan.????
adakah setahun yang berlalu ini telah kita gunakan sebaiknya. masa yang berlalu takkan kembali semula. tetapi masa yang akan datang perlu dirancang dan dimanfaatkan sebaiknya.

Ya Allah, kami bermunajat dihadapanMu dengan tangan dan diri yang bersalut dosa. maka dengan rahmatMU ampunkan dosa kami Ya Allah. sungguh kami hambaMu yang lemah. seringkali bertaubat, tetapi kembali melakukan dosa. peliharan dan pimpinlah kami Ya Allah untuk sentiasa berada di jalan yang benar Ya Allah. tegurlah kami di saat kami lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini Ya Allah. sungguh kami tidak mampu tanpa kekuatan dariMu Ya Allah. ampunkan kami Ya Allah, sungguh Engkaulah Maha Penerima Taubat. kami merindui rahmat dan pandanganMu pada kami. sungguh kami ingin menjadi hambaMu yang taat Ya Allah.

EXAM TIME


salam ukhuwah..

mengharungi minggu-minggu terakhir pengajian pada tahun ini. peperiksaan sudah bermula dan perjuangan untuk menghabiskan pengajian peringkat ijazah ini. sungguh bernilai ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian di bumi taman ilmu dan budi ini. banyak pengalaman menarik yang telah tersemat di sanubari ini. doakan semua kejayaan ini untuk imtihan dunia ini. moga ilmu yang kt dapat boleh di praktikkan untuk manfaat ummah dan agama Islam tercinta. mengejar redha Illahi.

30/12/2011 : QAWAID FIQHIYYA DAN MAQASID SYARIYYAH
: ISLAMIC THEOLOGICAL THOUGHT

3/1/2012: METHOD TEACHING ARABIC 1
4/1/2012: DAKWAH AND LEADERSHIP
5/1/2012: MODERN ISLAMIC LITERATURE

10/1/2012: METHOD TEACHING ISED 2


Moga Allah memberi natijah yang terbaik atas usaha yang telah di lakukan.

maan najah buat semua. mahasiswa maju ke hadapan...