Salam ukhuwah…..
Bermulanya semester baru dengan pelbagai cabaran baru. Semester ini juga kami semua akan menghadapi pilihanraya kampus yang dijangka akan berlaku pada bila- bila sahaja bergantung kepada pihak universiti. Pelbagai persiapan telah dilakukan agar kemenangan menjadi milik masing-masing. Usaha dan persiapan untuk mengisi kemenangan sudah direncanakan. Disamping srategi-strategi yang dirancang , kekuatan rohani tidak diabaikan agar kejayaan yang bakal dicapai seiring dengan acuan Allah. Pelbagai taujihad-taujihad pembangkit semangat dilaung-laungkan agar semangat para mujahidin dan mujahidah terus berkobar-kobar sehingga perang ini berakhir. Bangkitlah wahai para pejuang dan marilah kita sama berusaha melaksanakan apa yang telah kita lafazkan sebelum ini dalam proses pentarbiyahan agar kita tidak di persoalkan apa telah kita janjikan tetapi tidak laksanakan
Firman Allah:
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(as-saff: 2)
Usahlah kita persoalkan kenapa kita perlu terlibat dengan pilihanraya ini dengan mencipta dan merekod pelbagai alasan tetapi marilah kita renungkan dan muhasabah kembali kesan daripada penarikan kita daripada menyertainya. Siapakah yang akan mentadbir dan membawa biah yang baik dan biah solehah di bumi tempat pengajian kita jika bukan kita yang sudah ditarbiyah dan dipilih oleh Allah untuk memikul amanah ini, usah kita menuding jari kepada orang lain tetapi soal lah diri kita apakah yang telah kita perjuangkan dan usahakan untuk mengangkat martabat Islam di dunia ini??...
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar muhasabah pada diriku dan pemacu semangat baru tentera-tentera Allah agar lebih terarah dan yakin dalam merencanakan sesuatu demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
'' Ya Allah Yang maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon kepadaMu dengan tangan yang penuh dosa ini agar kau ampunkan dosa-dosa kami dan jangan lah kau jadikan dosa-dosa kami itu penghalang kepada kejayaan kami, jika ia jadi penghalang Kau ampunkanlah dosa kami ya Allah, ya Allah kau tetapkan dan tautkanlah hati-hati kami agar terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini, dan kuatkanlah semangat kami agar terus sabar dan tabah dengan pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kami hidup kami dan dalam meneruskan perjuangan martabatkan agamaMu ya Allah, ya Allah kau redhai dan terimalah perjuangan kami ini dan jauhkanlah kami dari berpura-pura dalam melakukan ibadat kepadaMu, jadikan kami dikalangan hamba-hambamu yang taat dan bersihkanlah hati-hati kami daripada sifat-sifat mazmumah serta hiasilah hati-hati kami dengan sifat-sifat mahmudah, ya Allah, jadikanlah kemenangan milik kami jika itu yang terbaik buat kami, dan jika ia tidak baik buat kami maka jauhkanlah sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penentu dan Perancang., ya Allah kabulkanlah permintaan kami , amen ya Rabbal Alamin..''
'' pekerjaan yang kita lakukan dalam jemah Islam inii bukan sukarela tetapi ini adalah menjadi kewajipan dan amalan kita, jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenanagn Islam''( Allahyarham ustz Fadzil Noor).
Marilah kita mengambil semangat sahabat Rasullullah iaitu Handzalah yang begitu bersemangat untuk berjihad untuk Islam, walaupun baru diijabkabulkan tetap menyahut seruan berjihad dan akhirnya beliau syahid. Jika kita, mampukah kita melakukan sedemikian sedangkan sedikit nikmat yang ada sudah kita lupakan siapa yang berikan kepada kita, betapa kerdilnya kita.
Handzalah
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tak berhenti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah dengan airmata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu disyurga
Berpisahlah dua jiwa meninggalkan kuntum cinta
Megah di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan namamuAllah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah dan berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
Demi Islam ditegakkan
Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Di arak rohnya ke firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan jihad menjadi pilihan
-di sini ingin saya kongsikan kehebatan salah seorang sahabat Nabi yang tinggi semangat jihadnya demi Islam tercinta, sukar utk kita mencari insan semulia Handzalah di zaman sekarang, biarpun bercakap lantang tapi utk melakukan sehebat Handzalah sungguh sukar sekali. Walaupun baru sahaja diijabkabulkan tetapi dia tetap keluar berperang sebaik sahaja mendapat arahan dari Rasullullah, beliau tidak sempat mandi junub selepas bersama isterinya, di medan perang beliau telah mati syahid. Para malaikat turun utk mandi junub Handzalah dan rohnya diarak ke syurga. Hayati lirik lagu Handzalah ini yang amat memberi impak yang besar pada diri saya agar terus berusaha utk menjadi seperti Handzalah yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam tercinta,,,,,,,fikirkanlah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Ar-Ruhul Jadid…..
No comments:
Post a Comment