Wanita berhijab kearah kesucian diri
Salam ukhuwah…
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:'' sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki kehancuran keatas seorang hamba, Dia akan mencabut darinya perasaan malu''.
Baginda juga bersabda bermaksud:'' Setiap agama mempunyai akhlak dan akhlak agama ini(Islam) adalah malu''.
Daripada hadis yang disebutkan diatas dapat dikatakan bahawa umat kita sekarang sudah hilang sifat malu dalam diri. Dewasa ini kita rasa hidup kita sudah tidak selamat malahan jika keluar dari rumah untuk keluar memberi barang keperluan kerana diluar sana menjanjikan pelbagai masalah, keruntuhan moral,kes- kes jenayah yang menggerunkan kita.
Masalah ini berlaku salah satunya adalah kerana sudah tiada sifat malu. Wanita sudah tidak malu berpakaian tidak menutup aurat, keluar berpegangan tangan dengan lelaki, berzina dan minum arak menjadi tradisi di pesta-pesta hujung minggu.
Saya ingin menarik seketika pandangan golongan wanita diluar sana tentang apa yang berlaku dewasa ini, adakah puncanya daripada wanita atau lelaki atau kedua-keduanya sekali. Jika hendak di bahaskan disini sudah tentu setiap pihak mahu membela diri masing- masing. Walau apapun setiap perlu mmbaiki diri masing-masing agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang akan dibinasakan Allah kerana melanggar perintahNya.
Wanita seharusnya merasa bangga kerana Allah telah mengangkat martabat wanita setingginya dengan meletakkan satu surah dalam Al-Quran(an-nisa'), dan juga penjagaan martabat wanita dengan kewajipan menutup aurat agar terselamat dari gangguan dan bahaya. Sesungguhnya apa yang diperintahkan Allah ada hikmah dan kebaikannya, tetapi saya hairan kenapa masih ada antara kita yang tidak menyedari akan perkara ini atau mungkin sedar tetapi sengaja buat- buat tak tahu, orang ini akan dapat dosa daripada orang yang tidak tahu.
Hijab adalah merupakan tuntutan Agama kerana ia melambangkan kesucian diri dan kesetiaan, dan kita juga dapat lihat bagaimana para sahabat ridhwanullahi alaihim amat menekankan pemakaian hijab dikalangan isteri dan anak-anak perempuan mereka kerana ia adalah asas penting dalam pembentukan akhlak mulia.
Allah telah berfirman dalam surah an-Nur: 30-31 tentang perintah menahan pandangan dan menjaga kemaluan, kemudian ditambah lagi perintah kepada wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak. Tetapi dizaman ini wanita seolah-olah sudah lari dari apa yang disyariatkan dalam al-Quran. Jika kita lihat senario hari ini, para wanita telah merobek suruhan agama dengan menipiskan hijab dan mereka keluar memenuhi jalan-jalan dan taman-taman dalam keadaan bersolek dan berhias-hias. Apa yang kita nampak sekarang sensiviti masyarakat terhadap hukum agama sudah tiada atau hampir-hampir tiada dan pahlawan- pahlawan agama sudah tiada.
Marilah-marilah wanita diluar sana kita kembali kepada ajaran Quran dan sunnah kerana hidup kita tak lama didunia ini. Selagi pintu taubat masih terbuka marilah kita segera serahkan diri pada Pencipta kita. Setiap daripada kita akan mati jua tapi masa dan ketika, dan tempatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kita menjadi fitnah kepada lelaki dan punca mereka masuk ke neraka tetapi sebaliknya jadilah kita sayap kiri perjuangan suami kearah perjuangan Islam. Contohilah Ummahatul Mukminin dalam akhlak dan kehidupan serta perjuangan mereka.
Banggalah kita menjadi wanita yang sentiasa menurut perintah Allah. Dan cukuplah kebanggaan bagi mereka (wanita) seperti yang disifatkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
72. (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.
Hadith-hadith Rasulullah juga banyak yang menggalakkan wanita berhijab maka tidak ada seorang pun yang layak untuk menghalangnya dan mengharamkan sesuatu yang bertentangan dengan syariat mengikut kehendak dan pendapat mereka. Abu Hanifah An-Nukman telah berkata: berhati-hati kamu dalam mengambil sesuatu dalam agama Allah mengikut pendapat mereka dan kamu mestilah mengikut sunnah Rasullullah, maka sesiapa yang menyimpang darinya sesungguhnya dia adalah sesat.
sumber :wanita berhijab kearah kesucian diri(Muhammad Thol'at Al-Harb)
No comments:
Post a Comment