salam ukhuwah..
tepat pada jam 8.29 malam semalam, SPR telah mengumumkan keputusan penuh pilihanraya kecil dun Manek Urai. keputusan yang berpihak pada PAS dengan majoriti 65 undi yang di wakili Fauzi Abdullah atau Abe UJi. keputusan ini sekali lagi membuktikan bahawa UMNO di tolak mentah- mentah oleh para pengundi di Manek Urai meskipun pelbagai projek mee segera telah di jalankan di sana. apa yang di lakukan itu sedikit tidak menggugat para pengundi yang lebih mempercayai PAS untuk menjadi wakil mereka di kawasan tersebut.
walaupun begitu, pihak PAS tidak seharusnya merasa selesa dengan kemenangan ini. Apa impian rakyat yang ingin di perjuangkan perlu segera di laksanakan supaya kita Pas dapat membuktikan bahawa kepimpinan adalah kepimpinan yang sebenar. kajian yang lebih terperinci terhadap kemenangan tipis perlu di jalankan agar segala penambaikkan kan segera di laksanakan dengan jayanya.
-B.ed ISED-
- Jiwa sufi Minda Haraki-
No comments:
Post a Comment