Tuesday, July 12, 2016

pen berkarat

salam ukhuwah... Lama sungguh blog ini kosong..sepi..pemiliknya dh mula luntur semangat menulis.. memasuki dunia pekerjaan ternyata terlalu sibuk dengan dunianya sehingga otak kita hanya memikirkan tentang kerja apabila tiba waktunya.. pulang kerumah menguruskan rumahtangga dan anak2 yang semakin membesar hari demi hari.. ternyata dunia sebagai pelajar sangat bernilai untuk dinikmati dan dicari segala macam ilmu dan pengalaman yang berguna untuk kegunaan hari ini.. dunia yang semakin mencabar dari segi segala aspek..persediaan yang banyak perlu di bekalkan oleh mahasiswa sebelum bekerja di lapangan pekerjaan. tugasan sebagai yang digalas oleh diri ini sejak 3 tahun yang lalu menuntut komitmen yang sangat banyak. pengorbanan masa, tenaga , dan buah fikiran bukan lagi satu perkara luar biasa. itu adalah lumrah insan yang bergelar pendidik. cita-cita ini yang diimpikan sejak kecil lagi menuntut diri ini untuk menjadi seorang guru yang hebat dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia kepada seluruh masyarakat dunia.. ternyata semua bidang pekerjaan mempunyai kesukaran dan kemanisan yang tersendiri..cari dan nilai lah dimana ia berada dalam setiap saat tugasan kita sebagai seorang pekerjaan tidak kira dalam apa sektor sekalipun. Allah Maha Adil kepada setiap hambaNya..jangan kita sesekali bersangka buruk dengan Allah..ingatkah Allah sentiasa memberikan sesuatu kepada umatnya mengikut tahap kemampuan masing - masing.. sehingga berjumpa dalam sesi akan datang... moga sinar hidayah Islam dalam diri memimpin kita untuk menjadi hamba Allah yang terbaik..

Monday, September 16, 2013

salam ukhuwah... syria... di saat seorang pengikut ahlu sunnah wal jamaah hendak di kambus sehingga ke kepalanya, tentera meminta mereka mengucapkan " la ilaha illa Bayyar", tetapi beliau tetap mengucapkan " la illaha illa Allah", lalu beliau di kambus sehingga syahid.. sudah adanya Bilal b. Rabah yang kembali menegakkan Islam dan ketauhidan mereka demi Islam agama yang Allah redhai..
salam ukhuwah.... alhamdulillah, akhirnya pada hari ini berjaya juga saya untuk update blog ini yang sudah lama bersawang. sudah lama jari ini tidak menaip di sini . banyak benda berlaku dan ingin di rencanakan di sini, namun kekangan masa dan rutin kerja yang agak banyak menyebabkan banyak tertunda. hari ni sudah genap 7 bulan memulakan kerja sebgai guru pendidikan Islam di Kolej Vokasional Langkawi ini. pelbagai suka duka dan pengalaman baru di timba di sini. posting ke sini menyebabkan perpisahan antara suami dan isteri, anak dan juga bapa, namun semua orang kena kuat untuk meneruskan semua ini. mus'ab umair sudah masuk 9 bulan.. sangat aktif ke sana sini, mula panjat semua tempat, kusyen, tangga, katil, pagar. dah mula bertatih setapak dua untuk berjalan..semoga Allah sentiasa memberi kesihatan dan kecerdikan kepada zuriat kami ini in sya Allah. pelajar2 SPM tinggal lagi 2 bulan untuk peperiksaan sebenar. pada percubaan lepas, ramai yang lulus dan ada juga yang gagal pendidikan Islam. masih lagi ada masa untuk berusaha selagi ada kemahuan. kami guru-guru sentiasa bersedia untuk mencurahkan ilmu untuk persediaan pelajar2 semua. Ya Allah, permudahkan lah anak2 didik kami untuk berjaya dalam peperiksaan.

Monday, March 18, 2013

PERMULAAN BARU

salam ukhuwah.. mohon kemaafan kepada semua yang membaca blog ini. lama sangat tidak di kemaskankini blog ini.kemungkinan banyak berpindah dari sana sini dan tidak mempunyai jaringan internet untuk berkongsi bermacam-macam perkara dengan anda semua. alhamdulillah.tanggal 24 November 2012 saya dan suami telah di kurniakan seorang mujahid Mus'ab Umair B. Mohd Zikrulamin. mujahid yang bakal menjadi pewaris perjuangan Islam pada masa hadapan InsyaAllah. mohon doa semua. memiliki cahaya mata ini memyebabkan rutin hidup terpaksa berubah sedikit demi sedikit. dulu seorang, berdua kemudian bertiga. banyak yang telah berubah. peruntukkan masa, pengurusan rumahtangga dan cara hidup juga sudah berubah seiring dengan keperluan dan pertambahan tanggungjawab. moga Allag permudahkan segalanya. Mus'ab tidak banyak ragam sangat setakat ini. suka senyum dan comel. sekarang sudah nk masuk 4 bulan. mula meniarap umur 3 bulan dan sekarang sudah mula nk belajar2 menyusur dan merangkak. suka hisap jari dan membuat macam2 bunyi. terhibur dengan telatah dia. Mus'ab yang terpaksa berjauhan dengan babanya kerana ibunya terpaksa memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah Vokasional Langkawi. mohon doa semua untuk saya dan keluarga bagi meneruskan hidup sebagai hamba Allah yang taat dan soleh solehah.

Sunday, September 23, 2012

salam ukhuwah.... Bahang pilihanraya kampus terutama universiti di Lembah Klang semakin terasa. tempoh berkempen hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. teruskan berusaha selagi ada masa untuk mempromosikan calon masing-masing untuk memastikan kelansungan kepimpinan Islam terus bertapak di Taman Ilmu dan Budi ini. UIAM turut mengalami keadaan yang sama. semua calon dan kumpulan kempen masing -masing berusaha keras untuk memastikan kemenangan calon masing2. pelbagai gambar, poster, handbill, dan sebagaiya di gunakan untuk meraih undi warga UIAM. kepada semua pelajar yang masih boleh mengundi, jangan lupa turun mengundi 25 September ini di computer Lab kuliyyah masing2. pastikan anda membawa kad matrik dan memilih 2 orang calon pilihan anda. buat pilihan yang terbaik untuk kebaikan bersama. pastikan pemimpin yang bakal di pilih mempunyai kepimpinan dan boleh memipin kita semua ke arah kebaikan. jangan lupa turun mengundi..

Tuesday, September 18, 2012

salam ukhuwah.... sudah lama blog ini tidak menuturkan apa-apa. lewat ni, semangat menulis semakin luntur. entah kenapa. sedangkan para orang lain yang sibuk dengan urusan kerja dan ceramah agama serta urusan tadbir negara mampu mengarang pelbagai jenis buku dalam kesibukan yang mereka ada. subhanallah. sungguh masa yang sempit itu menyebabkan kita mampu melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan menjaga waktu tersebut dengan sebaiknya, berbanding mereka yang mempunyai masa yang banyak, hampir tidak pandai untuk menguruskannya. masyaAllah, mohon kekuatan dan panduan.. melewati dunia pekerjaan sebagai pendidik ini menuntut komitmen yang tinggi untuk berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai. sentiasa berfikir cara dan pedagogi yang sesuai untuk mengajar dan mendisiplin mereka ke arah melahirkan khalifah yang terbaik untuk generasi yang akan datang. moga Allah sentiasa permudahkan urusan hambaMu yang kerdil ini. doa sentiasa di pohonkan agar anak-anak didik ini berjaya menjadi hambaMu yang sentiasa taat dan menjaga agamaMu Ya Allah. tambahan pula dengan fasa kandungan yang sudah menjangkau 30 minggu ini turut menuntut kekuatan untuk terus kuat bagi melahirkan mujahid, bakal pewaris perjuangan kedua ibu dan bapanya. pengalaman kehamilan ini membuatkan rasa keinsafan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat ibu yang sanggup bersusah payah mengandungkan kita sehingga melahirkan dengan selamat dan menjaga kita dengan baik. taat kepada ibu adalah menjadi kewajipan utama kita di atas kesusahan yang telah mereka alami selama ni. subhanallah. terima kasih banyak-banyak mak. terima kasih juga biat suami tersayang yang sentiasa menjadi penyokong kuat saat ini, dengan tugas2 kewajipan masing2, namun perlu saling manguatkan. moga bayi yang lahir akan sekuat pejuang Islam yang bakal memimpin dunia insyaAllah. buat adik2 di kampus yang bakal menghadapi pilihanraya kampus pada 25/9 ini, moga Allah permudahkan segala urusan. banyakkan berdoa agar apa yang telah dirancangkan selari dengan perancangan Allah walaupun akan ada halangan yang mengganggu, anggap ia sebagai satu cabaran dalam menegakkan kebenaran. perancangan yang teratur mesti di perhalusi agar perancangan musuh dapat di jatuhkan. betulkan niat kita dan dekatkan diri dengan Allah selalu, moga bantuan Allah sentiasa ada buat kita semua. kebenaran akan tertegak di sebalik kebatilan yang ada. teruskan perjuangan adik2 sekalian. doa kami semua terus mengalir buat antum semua. ~hidup kita untuk agenda Islam, insyaAllah~

Thursday, June 28, 2012

salam ukhuwah. Minggu ke-18 : Mulailah bersenandung sebab janin sudah bisa mendengar pada minggu ini. Ia pun bisa terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram. Bayi sudah bisa melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat. ~ Subhanallah, Maha Kuasa Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, proses kejadian manusia yang indah di dalam rahim ibu membuktikan kekuasaan Allah yang tiada tandingan dengan yang lain. perkembangan janin yang berubah dari minggu ke minggu sehingga tempoh kelahiran adalah satu keajaiban yang tidak mampu di tandingi sesiapa pun. keakraban ibu dan bayi dalam kandungan serta kelemahan serta kepenatan yang dirasai ibu yang mengandung itu, telah mengangkat pengorbanan wanita sehingga syurga di letakkan di bawag kakinya. taat dan berbuat baik kepada ibu anda yang telah banyak berkorban dan bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. merasai pengalaman bakal bergelar ibu ini, membuatkan diri merasai kasih dan cinta kepada ibu yang telah melalui segala kesusahan semasa melahirkan kita. moga anak-anak yang bakal di lahirkan akan menjadi penyejuk mata ibu dan ayah anda.

Thursday, June 21, 2012

salam ukhuwah buat semua. untuk para wamita di luar sana yang ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik dan lemengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri, boleh sertai kami di bengkel WOW : serlahkan aura wanita super. program ini menampilkan speaker yang akan memberi penerangan terperinci mengenai slot2 yang akan di kendalikan. daftar segera sebelum 6.7.2012 ni. yuran hanya RM 50.00 sahaja. maklumat lanjut terdapat pada banner yang akan di attach. ayuh, bersama-sama ajak rakan-rakan wanita anda. jumpa di sana.

Tuesday, April 10, 2012

GURU....


salam ukhuwah...

sudah lama blog ni tidak berupdate. kesibukan yang ada dan kesihatan yang kurang mengizinkan blog ini terisi.

alhamdulillah sudah menghampiri 11 minggu pratikal di salah sebuah sekolah di kawasan Gombak ini. sesi persekolahan yang bermul dari 8pg sehingga 4 petang ini menuntut pelbagai komitmen yang tinggi untuk melakukan yang terbaik kepada para pelajar.

realiti para pelajar yang melalui zaman yang serba moden dan canggih ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan zaman persekolahan pada ketika dahulu. para pelajarnya lebih terbuka dalam berfikir dan mengetahui banyak perkara hasil teknologi yang ada dewasa ini.

ini adalah satu perkembangan yang baik. tetapi yang menjadi kerisauan pada guru adalah pelajar-pelajar sudah mulai luntur adab dan akhlak mulia yang sangat di sanjung tinggi nilai bangsa kita. penerapan adab yang perlu sangat di tekankan kepada para pelajar dewasa ini. adab bercakap, adab belajar, adab dengan guru, adab dengan alam sekitar dan adab dengan orang yang lebih tua.

nilai ini yang telah menurunkan imej dan nama baik agama kita Islam yang indah di pamerkan oleh baginda Rasululullah SAW yang perlu menjadi contoh terbaik kepada umat baginda. ramai yang terpikat dengan Islam pantulan akhlak mulai baginda.

mendidik lah pelajar-pelajar kita untuk mencontohi para Nabi dan Rasul. bimbinglah mereka untuk mendekati al-Quran dan mengamalkan isinya. moga para pewaris dan penerus perjuangan Rasulullah dapat di bentuk dengan baik untuk meminpin dunia dan masyarakat untuk mendekati dan mencintai Allah SWT.

teruskan berusaha....

Saturday, March 10, 2012

bertukar status



salam ukhuwah ...


melewati hari-hari sebagai zaujah kepada seseorang merupakan satu amanah yang besar tergalas di bahu ini. dan amanah ini akan kekal sehingga Allah menjemput kita atau suami kita untuk bertemuNya.

perbandingan gaya hidup ketika bujang amatlah berbeza, mengambil masa untuk serasi dengan perubahan yang berlaku dengan mendadak dalam hidup kita. doa selalu kepada Allah, kerana Dialah pemilik segala hati-hati untuk di kukuhkan ikatan suci yang terbina sehingga ke syurga.

merasai kemanisan dan kebahagian dalam baitulmuslim yang terbina. ketenangan wujud dari lafaz sakinah pada saat ia di lafazkan. segalanya halal dan mendapat ganjaran pahala dariNya. soroti sunnah Rasulullah SAW dalam melayari perjalanan hidup bersama Ummul Mukminin dengan harmoni dan rukun damai, kerana baginda adalah contoh yang terbaik dalam segala urusan.

moga Allah tetapkan hati-hati kita untuk terus kuat dalam perjalanan dakwah, thabat di jalanNya walau cabaran dan dugaan yang menduga keimanan insan. menjadi sayap kiri perjuangan yang utuh di belakang seorang pejuang yang memburu syahid di jalan Allah. kekuatan dan kesabaran adalah rencah utama untuk ganjaran wanita solehah yang di janjikan Allah.

~bishah amin~

ice breaking

salam ukhuwah...


sudah lama blog ini tidak berupdate. kesibukan yang ada telah menyebabkan pembahagian masa menjadi kelam kabut sedikit. waktu menulis telah terganngu sedikit dengan perubahan jadual hidup dari belajar kepada bekerja.

memulakan tugas sebagai guru sangat mencabar guru baru seperti kami ini. semuanya memerlukan perancangan, teknik2 yang betul agar para pelajar dapat menerima segala arahan yang di buat dan proses pembelajaran berjalan dengan baik.

sungguh tugas mendidik ini sangat mulia. keringat yang guru pernah curahkan kepada kita sebagai pelajar dulu perlu sangat untuk di hargai, kerana pengorbanan yang di buat itu tiada galang gantinya. harapan mereka hanyalah, anak didik mereka mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi orang yang berguna. guru tidak mempunyai apa-apa selain titisan air mata melohat kejayaan anak didiknya.

kadang-kala dibimbangi keikhlasan kita dalam mendidik dewasa ini takut terlalu untuk mendapat nilaian, dengan gaji yang tinggi. ilmu yang di curahkan dengan tulus ikhlas itu adalah ubat mujarab untuk ilmu tersebut menyentuh hati-hati anak didik kita. moga ilmu yang di curahkan dapat di praktikkan dengan baik. harapnya, pahala tersebut berterusan mengalir tatkala guru mengadap Illahi nnt.

~hargai pengorbanan seorang guru~ bishah amin

Sunday, January 1, 2012

MAHASISWA DI KASARI




salam ukhuwah..

tirai 2011 ditutup dengan tragedi hitam yang menimpa mahasiswa negara kita yang berusaha memperjuangkan kebebasan akademik di negara kita. mahasiswa yang berhimpun secara aman di perkarangan UPSI lewat malam semalam untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan tuntutan keadilan buat Adam Adli yang menerima tekanan selepas penurunan bendera Dato Seri Najib dalam demonstrasi menuntut kebebasan (BEBAS) pada 17 Disember 2011 yang lalu.

mahasiswa yang berhimpun secara aman dan melaungkan kata-kata keramat mahasiswa "hidup mahasiswa, mansuhkan AUKU dan We All Adam Adli" telah di kasari setelah enggan bersurai. anggota polis dan FRU yang ditempatkan di perkarangan UPSI itu telah bertindak memukul mahasiswa yang menyebabkan 20 tercedera termasuk Muhammad Safwan Anang, Timbalan Presiden GAMIS yang cedera teruk di kejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. beliau di laporkan telah mengalami patah tulang pipi dan masih menerima rawatan di hospital Slim River.

selain itu, 17 orang mahasiswa turut di tahan sejak awal pagi tersebut dan selepas tuntutan daripada pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik, dan mahasiswa yang telah berhimpun di hadapan balai polis menuntut tahanan mahasiswa di bebaskan tanpa alasan. lewat 4.oo petang tadi, kesemua tahanan telah di bebaskan dan Safwan masih lagi dirawat.

tragedi ini bakal dikenang buat seluruh rakyat tentang tindakan yang kejam buat mahasiswa serta rejim di bawah kepimpinan yang ada sekarang sudah perlu difikirkan untuk dijatuhkan. mahasiswa selaku ahli akademik dan masyarakat lain perlu peka dengan segala yang berlaku dan perlu bertindak untuk menjaga rakyat dan masa depan negara daripada perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

mahasiswa sudah lama bangkit untuk menjadi golongan yang perlu di dengari suara mereka, bukan mahu menutup dan menyekat mereka. suara kebebasan dan keadilan akan di teruskan untuk kebaikan dan masa depan negara kita.

mahasiswa terus bangkit... Allahu Akbar.

Friday, December 30, 2011

muhasabah 2011....


salam ukhuwah..

dosa yang kita lakukan secara tidak sengaja, atau secara sengaja. secara sedar atau tidak. kadang-kadang godaan syaitan dan ketidakutuhan iman dalam diri akan membawa ke jalan maksiat yang tidak kita sedari.. Ya Allah.

kembalikan kan kami dalam rahmat dan redhaMu. jangan biarkan kami hanyut dalam ajakan syaitan yang tak pernah berhenti menggoda anak-anak Adam untuk menjadi penghuni neraka bersama mereka nanti.

sungguh azab Allah sangat pedih dan tidak terbayang kesakitan yang akan di tanggung apabila mati kelak. siapalah kita untuk melanggar perintah Allah ini. setiap apa yang ada pada diri kita, helaan nafas, dengupan jantung, mata,tangan, kaki, semua adalah milikNya. semuanya adalah pinjaman Allah buat kita untuk berbakti kepada Allah sebagai hambaNya yang taat. pertahankan agama Allah sebagai khalifah dan laksanakan segala suruhan Allah.

adakah kita ingin menjadi hamba Allah yang kufur akan segala nikmat yang telah di kurniaan kepada kita???siapakah kita ini. saat dicabut nyawa, maka kembalilah kita kepada Allah. adakah kita mahu kembali dlam keadaan yang kotor penuh dosa setelah Allah kembalikan kita ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih.

marilah kita renung sejenak sebelum berakhirnya tahun 2011 ini. berapa banyak amalan kebaikan yang telah kita lakukan???. berapa banyak dosa yang telah kita lakukan.????
adakah setahun yang berlalu ini telah kita gunakan sebaiknya. masa yang berlalu takkan kembali semula. tetapi masa yang akan datang perlu dirancang dan dimanfaatkan sebaiknya.

Ya Allah, kami bermunajat dihadapanMu dengan tangan dan diri yang bersalut dosa. maka dengan rahmatMU ampunkan dosa kami Ya Allah. sungguh kami hambaMu yang lemah. seringkali bertaubat, tetapi kembali melakukan dosa. peliharan dan pimpinlah kami Ya Allah untuk sentiasa berada di jalan yang benar Ya Allah. tegurlah kami di saat kami lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini Ya Allah. sungguh kami tidak mampu tanpa kekuatan dariMu Ya Allah. ampunkan kami Ya Allah, sungguh Engkaulah Maha Penerima Taubat. kami merindui rahmat dan pandanganMu pada kami. sungguh kami ingin menjadi hambaMu yang taat Ya Allah.

EXAM TIME


salam ukhuwah..

mengharungi minggu-minggu terakhir pengajian pada tahun ini. peperiksaan sudah bermula dan perjuangan untuk menghabiskan pengajian peringkat ijazah ini. sungguh bernilai ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian di bumi taman ilmu dan budi ini. banyak pengalaman menarik yang telah tersemat di sanubari ini. doakan semua kejayaan ini untuk imtihan dunia ini. moga ilmu yang kt dapat boleh di praktikkan untuk manfaat ummah dan agama Islam tercinta. mengejar redha Illahi.

30/12/2011 : QAWAID FIQHIYYA DAN MAQASID SYARIYYAH
: ISLAMIC THEOLOGICAL THOUGHT

3/1/2012: METHOD TEACHING ARABIC 1
4/1/2012: DAKWAH AND LEADERSHIP
5/1/2012: MODERN ISLAMIC LITERATURE

10/1/2012: METHOD TEACHING ISED 2


Moga Allah memberi natijah yang terbaik atas usaha yang telah di lakukan.

maan najah buat semua. mahasiswa maju ke hadapan...

mohon doa semua


salam ukhuwah..

baitulmuslim dan baituldakwah yang bakal dibina oleh kita perlukan kekuatan untuk mencorakkan bentuk serta suasana dalam rumah yang bakal didiami. mendepani tanggungjawab yang baru dan dengan bebanan serta suasana menuntut persediaan dari pelbagai aspek.

jemputan semua sahabat2 serta kenalan dan guru-guru ke majlis kesyukuran baitulmuslim saya norhapishah bt brahan dan pilihan Allah buat sy mujahid mohd Zikrulamin Abd Wahab. pada 21Januari 2012 di rumah sy Kg,Sungai Kedak, mukim Padang Matsirat, 07100. Langkawi. Kedah Darul Aman. doakan Allah memberikan kemudahan dan barakah pada pertemuan jodoh ini untuk meneruskan agenda dakwah. mengejar cinta abdi Allahu Rabbi.

Friday, December 23, 2011

LPF: KAJI SEMULA KEPUTUSAN

Memetik laporan berita sebuah akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 Disember 2011, Lembaga Penapisan Filem(LPF) tidak akan lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan,sebaliknya peranan tersebut diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem. Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Makmood Adam berkata bahawa langkah ini diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam industry perfileman Negara. Beliau berkata lagi, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa tapisan. Ini merupakan kenyataan yang di keluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri berkenaan penapisan filem sebelum ditayangkan.

Dewasa ini, lambakan filem-filem yang pelbagai genre terutama filem seram semakin menjadi genre pilihan pengarah filem di Negara kita ini. Ini adalah kerana sambutan yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat kita terhadap filem tersebut sehingga mencapai tahap box-office. Saya merasakan bahawa, filem merupakan satu belum informasi berbentuk media yang sangat memberi kesan kepada masyarakat. Penerapan atau nilai yang dimuatkan dalam sesebuah filem seharusnya membentuk masyarakat kea rah yang lebih baik.
Penonjolan amalan karut,tahyul serta unsur-unsur yang tidak membawa kepada pendidikan kepada masyarakat perlu dielakkan. Adegan-adegan ranjang, unsur-unsur seks yang berlebihan sepatutnya dielakkan memandangkan masyarakat kita sekarang sudah mengalami krisis moral dan identiti yang sangat tinggi. Adab ketimuran, akhlak-akhlak Islam semakin terhakis dalam masyarakat kita hari demi hari. Pengaruh filem juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini. Media yang merupakan sumber maklumat utama dalam kalangan remaja ini seharusnya menekankan pembinaan sahsiah, penerapan unsur-unsur agama, nilai kemanusia serta akhlak-akhlak mulia perlu menjadi keutamaan. Budaya hedonism yang melingkar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka terus hanyut.
Peranan LPF dalam menapis filem-filem yang lebih baik untuk ditayangkan belum difikirkan semula untuk menjamin filem-filem yang terbaik dan bermanfaat sahaja boleh ditayangkan. Pengarah dan penerbit yang telah diberi kebebasan untuk menapis filem mereka ini mungkin akan kurang berkesan kerana faktor mendapatkan keuntungan dalam sesebuah filem itu yang lebih diutamakan. Perlu ada kementerian khusus yang mengawal selia penayangan filem-filem di Negara kita ini untuk mengelakkan penyebaran budaya-budaya serta unsur-unsur yang boleh memberikan impak negatif kepada masyarakat kita.
Justeru, kementerian yang terlibat perlu memikirkan semula keputusan yang telah dibuat seperti yang tertulis dalam akhbar terbabit untuk kebaikan masyarakat kita. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memikirkan kebaikan rakyatnya. Pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap rakyatnya sepertimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah. Moga akan ada tindakan daripada pihak berwajib berkenaan isu ini.

Norhabishah Brahan.

Tuesday, December 20, 2011

DUNIA SEMAKIN TUA


DUNIA SEMAKIN TUA
Dewasa ini pelbagai perkara berlaku dalam realiti masyarakat kita yang seolah-olah kita tidak dapat menerima perkara tersebut boleh berlaku. Tidak ku sangka cempedak menjadi nangka. Sungguh terasa malu dan tidak percaya, tetapi itulah realiti yang telah berlaku di hadapan mata kita. Manusia seolah-olah siapakah dia di dunia ini, adakah manusia akan kekal hidup di dunia ini?, tiada Allah yang memerhati tingkah laku kita? Atau kita sudah tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk.

Sebelum ini kita mendengar seorang bapa menjalinkan hubungan dengan anak kandungnya sendiri di Negara Barat, kemudian, kisah yang berlaku di Indonesia. Emak kandung menjalin hubungan suami isteri dengan anak kandung akibat terlalu rindukan suaminya yang telah meninggal dunia. Anaknya kelihatan sangat malu dan terpaksa dengan keadaan tersebut. Dan terbaru, pemuda Melayu berkahwin sesame jenis dengan warga Barat. Cukuplah tiga cerita realiti ini yang menunjukkan nilai peradaban dan budaya ketimuran sudah runtuh dan makin layu. Pemiliknya merasakan nilai peradaban Melayu yang disantuni dengan akhlaq serta penerapan nilai-nilai Agama Islam suci sudah tidak di pakai lagi.

Barat telah berjaya membawa nilai bangsa dan Agama kita jauh ditinggalkan di belakang. Perancagan mereka untuk menjatuhkan Islam sedikit demi sedikit sudah terserlah. Malangnya, kita mengikuti tanpa menyedari strategi jahat mereka. Islam yang suci semakin di abaikan. Rasulullah selama 23 tahun berdakwah untuk memastikan Agama Islam sampai kepada kita dan membawa umatnya ke jalan yang diredhai Allah. Namun, apa yang berlaku sekarang, umat Baginda sudah tidak mengingati seruan Baginda. Jika Baginda masih hidup saat ini, alangkah sedihnya Baginda.

Adakah ini berlaku kerana seruan dakwah daripada ilmuan dan masyarakat yang menyedari perkara ini tidak sampai kepada sasaran dakwah??. Ataukah para pendakwah semakin bersikap sudah letih dan mahu berehat?? Atau para daie sudah mengamalkan sifat ananiyah dalam diri masing-masing??. Masyarakat kita semakin jauh daripada jalan yang lurus, kita yang menyedari hal ini harus segera mengambil langkah memberi peringatan dan inzar tentang janji-janji serta azab Allah. Menghampiri ke hujung dunia ini, dan pintu taubat masih terbuka, ayuh berusaha untuk kembalikan Islam pada tempatnya. Agama yang paling suci di sisi Allah perlu di naikkan semula keizzahannya.
Para daie dan ilmuan, mari kita mengambil langkah segera kerana kita semua akan ditanya apa yang telah lakukan untuk menjaga Agama ini. tugas khakifah yang diamanahkan pada awal penciptaan Nabi Adam lagi harus terus di perjuangkan. Walaupun tugas yang berat, tetapi janji Allah adalah benar untuk hamba-hambaNya yang berusaha sebaiknya. Allah tidak melihat kepada natijah, tetapi usaha itu yang Allah mengiranya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:” sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam semua perkara. Baginda adalah contoh daie terbaik, pemimpin, suami,hakim dan sebagainya. Ambillah sunnah dan sikap-sikap mulia Rasulullah sebagai penguat semangat untuk kita terus menjadi mata rantai perjuangan Baginda untuk pastikan Islam tersebar dengan keindahannya dan membawa umatnya ke jalan yang diredhai Allah.

Dunia semakin tua dan menghampiri penghujung.adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab dakwah?. Adakah kita sudah menyedari akan banyaknya dosa kita?. Rasulullah bersabda yang bermaksud:”sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat”. Moga sedikir usaha yang kita lakukan dapat mengembalikan saudara-saudara kita ke sinar Islam yang menjanjikan ketenangan yang bermakna buat umatnya. Berbahgia mereka yang mendapat keampunan Allah dan ganjaran syurga Firdaus yang banyak nikmat buat hamba-hamba Allah yang menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya.

Monday, December 19, 2011

HEBATNYA TAWAKAL

salam ukhuwah..

kala hati dan diri dilanda lemah semangat dan rasa sangat down, maka kembalilah kepadaNya. Dia pemilik segalanya. rintih dan rayulah kekuatan padaNya. dan yakinlah apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

saat kita tidak yakin dengan sesuatu, maka bersangka baiklah dengan Allah yang Maha Berkuasa untuk mentakdirkan sesuatu ke atas kita. Allah tidak melihat kepada natijah apa yang kita lakukan, tetapi sejauh mana usaha yang telah kita laksanakan.

dakwah Islam tidak pernah akan malap dan lemah tanpa bantuan kita, tetapi siapalah kita tanpa menyumbang untuk Islam. agama yang paling suci di sisi Allah. kita mulia adalah kerana Islam.

siapalah kita untuk berpaling dari pemilik Agama yang suci ini. hamba yang sangat hina, diciptakan daripada setitis air mani, yang apabila jatuh ke tanah ayam tak makan, itik pun tak sudu. tetapi Allah telah mengangkat kita ke satu mercu yang lebih hebat daripada malaikat dengan menjadikan kita khalifah di muka bumi ini.

perhatikan pada apa yang terdekat pada anggota badan kita. denyut nadi, helaan nafas, aliran darah, mata yang berfungsi dengan baik, kaki yang mampu berjalan dan banyak lagi. mahukah kedekut atau takabur dengan apa yang telah di kurniakan kepada kita????. sungguh kita hamba yang sangat lemah.

mari kita renungi semula, bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW dalam membawa dakwah Islam ini untuk sampai kepada kita. dengan cercaan, ugutan, hinaan, pulauan dan sebagainya. tetapi kita dengan sedikit dugaan, sudah merasa lemah dan terjatuh. bagaimana hendak meyambung rantai perjuangan Rasulullah jika semangat tidak ada walaupun sedikit. ingatlah, kita umat yang terpilih, jadi laksanakan amanat ini dengan sebaiknya. kerana semua itu akan ditanya diakhirat nanti.

"jangan merasa lemah dan sedih, sesungguhnya kamu adalah golongan tertinggi, jika kamu beriman". "sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar".-antara motivasi dari Kalam Allah, al-Quranul Karim.

Thursday, December 8, 2011

SAHAJA AKU MENCINTAI-MU

Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a

Artis: Du'a feat Ustaz Amal

Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)

Third/ Backup voice: Amad

--------------------------------------------------------------------------

Ku cinta pada-Mu

Lebih dari segala-gala

Mampukah kupertahankan cinta ini

Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik

Dari ucapan terima kasih

Pastikan kuucap setulus hati

Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi

Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik

Dari melodi syukurku

Semestinya kupersembahkan pada-Mu

Tanda cintaku, tanda cintaku...

Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah

Mafi Qalbi ghairullah

Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas

Setiap gerak tangan

Setiap degup jantung

Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna

Tanpa cinta-Mu.

Thursday, November 24, 2011

aduhai mujahidah


Realiti hidup seorang mujahidah yang tak pernah di hidangkan kesusahan. Ada duri dalam kasutnya, ada ular yang bisa mematuk dalam perjalanan, ada hadiah yang menawan yang di tawarkan. Tapi wahai mujahidah, apa yang anda inginkan??? Adakah hilangnya semua kesusahan itu, mendapat keselesaan atau redha Allah yang di dambakan? Hasbunallahu wanik’mal wakil.

Maksud firman Allah : “Janganlah kamu merasa lemah dan sedih, sesungguhnya kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman”. Allah akan menguji manusia untuk mencari antara hambaNya yang paling bertaqwa. Banyak n tingginya ganjaran yang Allah tawarkan buat hambaNya yang bertaqwa. Apalah sedikit ujian jika di bandingkan ujian yang di terima Rasululllah dapar menyebarkan dakwah. Sedikit ujian sudah merasa lemah. Bagaimana hendak menjadi umat Rasulullah yang terbaik ni. Mata rantai perjuangan yang takkan pernah mengalah sehingga nyawa menjemputnya pulang menemui KekasihNya yang Agung.

Teruskan perjuangan menegakkan syariatNya, agar Islam yang di bawa oleh Rasulullah kembali di julang tinngi sebagai Agama yang menjanjikan kebaikan kepada semua umatNya. Agama yang membawa hambanya ke jalan yang Allah redhai.

Binalah kekuatan dalam dirimu dengan alunan Kalam Agung, zikir yang tidak pernah putus, tawakal yang tinggi pada Rabbi KekasihMu, bercinta lah denganNya di sepertiga malam, agar cinta yang tumbuh itu kekal utuh untuk mengharungi segala ujian dalam perjalanan bertemu kekasihMu. Betapa wanginya haruman Jannah yang di janjikan apabila tiba di sana.

Hati-hati dengan ujian dalam perjalanan, bisikan Iblis yang merosak hati dan akalmu untuk menjadi golongan sesat dan balasan azab pedih akan di terima bila tiba di sana nanti. Bersahabat lah dengan golongan yang boleh memimpinmu ke arah jalanNya, jauhlah berkumpul dengan mereka yang menyesatkanmu. Moga sedikit usaha dalam dakwah ini memberi sedikit cahaya penyuluh untuk mencari butiran cinta hiasan bukti kasih dan cintaku pada Kekasih Agung, Rabbul ‘Alamin. Amen. Moga Allah perkenankan.