Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

Susulan PPSMI

Kenyataan Media 8 Julai 2009

Satu kemenangan untuk rakyat dengan PPSMI dimansukhkan mulai 2012, demikian diumumkan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini. Beliau membuat pengumuman jam 2.30 petang 8hb Julai 2009 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Rumusan boleh diambil daripada keputusan ini,

1.Menunjukkkan bahawa pentingnya rakyat mesti bersatu.

2. Pas telah mendahului dalam menentang dasar ini sehingga menyaman kementerian pelajaran. Dalam Muktamar Pas pada 5hb Jun 2009 telah menganugerahkan tokoh bahasa kepada Dato' Ahmad Said, Dr Hassan Ahmad dan Prof Dr. Abdullah Hassan. Menunjukkan bahawa Pas serius dalam isu ini.

3. Menunjukkan bahawa Umno adalah pengkhianat bangsa dan bahasa sendiri.

4.Penglibatan golongan sastrawan seperti Dato' Samad Said dan Dato' Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini.

5. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat. Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil.

6.Tahniah juga kepada semua rakyat yang telah menjayakan himpunan 100 ribu rakyat untuk mansukh PPSMI pada 7 Mac 2009. Sehingga terpaksa menelan gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU.

sumber-harakahdaily.net.

Renungan



kawan,

apalah yang kau kesalkan
kerna Tuhan kau kehilangan kawan
kerna kebenaran di hina
jangan kau ragu dalam keimanan


kadang, kadang kawan jadi lawan
kadang-kadang kawan jadi lawan
apalah di sedihkan hati
setiap insan di dalam kekurangan


jangan sedih, selalu tersisih
bukan kau saja di timpa malang
ingatlah para Rasul mulia
lebih tersiksa menderita


mereka bahgia dalam derita
mereka kaya di dalam papa
mereka memadai dengan Tuhannya
itulah kebahagiaan
di waktu sempit seorang diri
kawan jangan di sedihkan hatimu...


(hijjaz-Kawan)


''b.ed-ised''

''jiwa sufi, minda haraki''.




mere

Friday, June 26, 2009

CINTAILAH ILLAHI




Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara, jadi kita harus membuat pilihan yang tepat untuk memilih cara hidup kita yang selaras dengan Allah. Ada satu ideologi yang ingin sy bawakkan.’’ Semua orang menaiki sebuah kapal yang sangat besar,kemudian mendarat di sebuah pulau untuk menambah bekalan yang hampir habis. Ada di antara mereka yang terus mencari bekalan sebanyak yang mampu sehingga kapal akan belayar semula. Ada yang berjalan- jalan melihat keindahan pulau tersebut sehingga dalam sepuluh minit lagi kapal akan belayar semula, dia cepat- cepat mencari bekalan dan mengambil apa sahaja yang sempat pada ketika itu. Ada yang berjalan- jalan melihat keindahan pulau tersebut tanpa menyedari kapal akan belayar semula, dan akhirnya tidak sempat untuk mengambil apa-apa bekalan pun.’’ Bersama renungkan kita akan menjadi golongan yang mana satu.

Dunia penuh dengan dugaan yang mencabar, kalau kita tidak kuat kita akan menjadi golongan yang ketiga dalam ideologi tersebut. Firman Allah yang bermaksud “ berpeganglah pada tali ALLAH dan jangan berpecah-belah”. Hiburan, keseronokan, harta dan wanita adalah antara perkara-perkara yang dirisaukan akan mengheret kita jauh dariNYA. Jika kita terasa mula menjauh kembali bertaubat padaNya, sesungguhnya ALLAH menerima taubat hambaNYA yang ikhlas untuk berubah. Tapi kadang-kadang kita sebagai manusia, pagi bertaubat tetapi petang kita membuat semula dosa tersebut, kita berjanji tetapi sering memungkirinya. Tetapi Allah tidak pernah tidak mendengar doa hambanya . firman Allah yang bermaksud “ berdoalah kepadaKu nescaya akan KU perkenankan kepadamu”. Ini adalah jaminan Allah pada kita, justeru jangan lupa untuk berdoa setiap masa agar kita kekal dalam hidayah dan nikmat iman dan islam ini, moga sentiasa diingatkan oleh Allah jika kita mula terpesong.
Ini hanyalah sekadar untuk muhasabah bersama, jaga hati kita daripada dosa yang disedari atau tidak, sembunyi atau nyata, kecil atau besar dan jauhkan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah. Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini untuk menjadi hambaMU yang taat padaMU.


” tanpaMU KASIH ku tak berdaya lemah dalam sengsara, hanyut alpa di arus bergelora,”( in-team –
tanpaMU)

~b.ed ised~
~jiwa sufi minda haraki~

Bahasa dan Pendidikan

Salam ukhuwah…

Dasawarsa pilihanraya kecil yang akan berlaku di dun Manek urai ini, pelbagai isu baru yang di canang BN dalam misi mendapatkan kemenangan di sana. Dalam harakah baru2 ini, timbalan Presiden Pas, us. Nasharuddin Mat Isa mengingatkan semua ahli untuk pastikan Manek Urai tidak terlepas ke tangan BN. Keyakinan ini lebih kuat dengan semangat rakyat Kelantan yang di katakan hebat dalam berpolitik. Segala taktik BN sudah dapat di jangka bagi meraih sokongan pengundi Melayu di kawasan tersebut. Sama kita nantikan kehangatn pilihanraya kecil ini…

Belum lagi selesai isu PPSMI yang mendapat bangkangan hebat daripada rakyat serta para pejuang bahasa dan sasterawan negara, timbul lagi isu yang mengumumkan hanya 10 subjek boleh di ambil oleh calon SPM, dan kelulusan bahasa inggeris merupakan syarat kelayakan untuk mendapat sijil SPM.

Sebagai pelajar di bidang pendidikan dan akan mengajar di sekolah nanti, saya berasa terpanggil untuk mengemukan pendapat saya tentang isu ini.sebagai permulaan kenapa isu pendidikan atau undang pendidikan baru sering di utarakan, adakah rang undang2 yang sedia ada sudah tidak releven????bagi saya penekanan kepada 10 subjek dalam spm adalah bagus kerana tumpuan lebih akan di berikan kepada mata pelajaran yang penting dan semua pelajar dapat lulus dengan cemerlang, Cuma yang menjadi persoalan adalah tentang mata pelajaran apa yang di tetapkan untuk calon peperiksaan terbabit. Jangan sampai lebih tumpukan kepada mata pelajaran keduniaan sahaja sebaliknya mata pelajaran agama adalah antara 10 subjek yang wajib di ambil oleh para calon. Kita jangan terlalu memikirkan kepada isu yang timbul dan menyediakan mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, zaman sekarang memerlukan ramai pakar ekonomi maka usul untuk perkenalkan mata pelajaran ekonomi di peringkat rendah akan di bahaskan. Jika dulu , syeikh Muzaffar naik ke angkasa lepas, maka mata pelajaran astronomi akan di perkenalkan. Ini bukan cara untuk kita melahirkan sesuatu pakar berdasarkan kepada keperluan semasa, tetapi tumpuan terhadap sesuatu adalah sangat penting.

Pembentukkan akhlak mulia seseorang pelajar amat penting dalam melahirkan masyarakat yang bebas daripada gejala negatif. Pelajaran agama Islam di peringkat menengah dan rendah perlu di beri nafas baru seiring dengan peredaran masa dan minat pelajar. Kepincangan akhlak dan ceteknya nilai agama meransang pelbagai masalah yang sukar di bendung. Misalan, rancangan yang di paparkan di stesen televisyen lebih tumpukan kepada hiburan semata-mata. Rancangan pendidikan dan nilai agama adalah pada musim dan hari-hari tertentu sahaja, contohnya hari jumaat, hari raya, maulidurrasul dan sebagainya. Ini adalah satu konsep pemahaman kesyumulan Islam yang salah dan perspektif ini harus di ubah dalam minda para pelajar kita.

Tanggungjawab pendidik amat di perlukan agar pelajar tidak belajar sekadar mahu cemerlang dalam peperiksaan dan hafalan semata-mata, tetapi nilai penghayatan kepada setiap mata pelajaran itu yang penting.

Tentang PPSMI yang belum lagi mendapat kata putus daripada Menteri Pelajaran walaupun di desak oleh sasterawan negara, malahan isu baru pula di uarkan. Bilakah masalah ini dapat di selesaikan jika amalkan budaya ‘’gali lubang tutup lubang ini’’. Kesudahannya para pelajar yang akan menanggungnya. Di harap pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini dapat segera selesaikan dengan mendapat nasihat dan perbincangan dengan para pakar dalam bidang ini. Nasib para pelajar bandar dan luar bandar khususnya harus terbela demi masa depan negara kita.

~b.ed ised ~
~jiwa sufi minda haraki~

Saturday, June 20, 2009

SOLAT TIANG AGAMA

Salam ukhuwah…

Solat adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan di tanya di akhirat nanti. Tetapi ramai yang tidak endahkan perintah ini dan menganggap solat boleh di buat sesuka hati dan jika ada masa, sedangkan ia perlu di tunaikan jika sakit sekalipun. Perkara ini amat menyedihkan diri ini kerana semalam ketika di pusat latihan memandu ramai tidak solat termasuk cikgu yang mengajar kami. Bukan untuk bersalah sangka tetapi keadaan ketika itu dapat sy tahu bahawa semua tidak solat. Kami mula latihan dari 3.30ptg sampai 6.30 ptg. Dan selepas tamat latihan kami terpaksa menunggu untuk cop jari dan memakan masa sampai pukul 7.00 ptg, dan adakah sempat untuk sampai rumah dan solat di rumah. Itu adalah persoalan yang sy dan adik bincangkan.

Ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita ketika ini. Solat di anggap perkara remeh sedangkan itu adalah perkara yang membezakan antara Islam dan bukan Islam. Adalah berdosa besar jika kita meninggalkan solat dengan sengaja tanpa sebarang masalah. Jika ada masalah Allah telah beri kemudahan dengan adanya solat sambil duduk, berbaring dan menggunakan gerak mata. Sedangkan kita yang mampu untuk lakukan anggap perkara remeh.

Ini adalah peringatan buat diri sy dan juga saudara seislamku di luar sana. Marilah kita sama-sama mengaja solat kita agar terhindar daripada neraka Allah yang amat menggerunkan itu. Dan juga sama- sama kita mengajak saudara kita yang berada di sekeliling kita yang mungkin tidak tahu atau sengaja meninggalkan solat. Ada banyak faktor wujudnya pelbagai masalah sosial di negara kita, antaranya ialah faktor didikan agama yang tidak di terapkan sejak kecil di peringkat ibu-bapa terhadap anak-anak mereka. Jika mereka tunaikan solat dengan kesedaran dan takutkan Allah, insyaAllah sebarang maksiat dan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat dapat di hindarkan.

‘’SOLAT TIANG AGAMA, SESIAPA MENUNAIKANNYA SESUNGUHNYA DIA MENEGAKKAN AGAMA, SESIAPA YANG TINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MERUNTUHKAN AGAMA’’

~jiwa sufi minda haraki~
~b.ed ISED~