Tuesday, January 19, 2010



salam perjuangan


hari ini 19.1.2010.


kepada jundullah sekalian, masa berkempen tinggal lagi 2 hari. ayuh kita sama pacu kuda-

kuda dan teguhkan pasak-pasak kita untuk melangkah pada hari election 21.1.2010 ni..

saatnya semakin hampir, pertolongan Allah amat kita harapkan. kuatkan ibadah kita, jaga kesihatan untuk turut melangkah bersama pejuang2 yang lain..


~bersama menjana kemenangan Islam~



~jiwa sufi, minda haraki~

Wednesday, January 13, 2010



Fasa Perang Sudah Membara!!!!!!!!!!!!!!


pada 14.12010 bermula 8.30pg-1030pg, penamaan calon untuk pilihanraya kampus UIAM telah di adakan. para calon masing-masing bersedia dengan berpakaian yang segak dan karismatik. kumpulan kawan-kawan yang turun memberi sokongan kepada calon masing-masing kelihatan sangat ramai. Nominator dan sekonder masing-masing bersedia untuk menyerahkan borang bersama-sama calon bermula sejak awal pagi lagi.


proses tersebut berlaku dengan aman tanpa sebarang permasalahan. pihak lawan masing-masing mengintai calon-calon yang akan menjadi saingan pada pilihanraya sebenar 21.1.2010 ini. bermula pada petang ini, sesi kempen untuk calon masing-masing akan bermula. saingat sengit dapat di lihat di kuliyyah KICT dan IRKHS denan barisan calon yang agak ramai berbanding tahun-tahun lepas. berbeza pula dengan AIKOL yang sebelum ni membariskan calon-calon berkaliber tetapi agak suram pada kali ini dengan hanya dua calon mewakili kuliyyah tersebut. kemenangan tanpa bertanding dalam genggaman jika tiada sebarang notis atau provokasi dari pentadbiran.


kepada semua mahasiswa UIAM, ayuh bersama-sama bangkitkan semangat demokrasi di kampus ini denagn menggunakan peluang ini sebaiknya sebelum melangkah ke medan sebenar nanti.


semarakkan perjuangan kita dengan manguatkan ibadat dan pergantungan kita pada Allah. minta pertolongan dengan Allah dengan sabar dan melakukan solat. insyaAllah bantuanNya akan kita dapat. sirru 'ala barkatillah..


~jiwa sufi minda haraki~

Wednesday, January 6, 2010




salam ukhuwah.........



Bahang pilihanraya kampus mula mengegar di bumi UIAM ni. Ayuh wahai Jundullah Allah segera persiapkan diri ruhiyyah dan jasadiah untuk meneruskan jihad menegakkan agama Allah di taman ilmu dan budi ini.


Pihak lawan sudah mula menampakkan taring dengan propaganda yang di keluarkan. perangkaan strategi hebat perlu di atur sebaiknya. ayuh, wahai para sahabat, medan jihad sudah terbuka menanti para mujahid mengorak langkah , mendamba janji-janji Allah.


~jiwa sufi, minda haraki~