Friday, July 29, 2011

TETAMU YG DI TUNGGU...



salam ukhuwah...

berbaki 2 hari lagi kita akan menyambut tetamu yang sangat di tunggu... Ramadhan Kareem. bulan di janjikan Allah dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, serta anugerah lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. bulan yang banyak menjadi rahsia antara Allah dan hambaNya.
tetapi sejauh mana yang mahu menerima tetamu ini dengan layanan yang istimewa.. mendengar alunan nasyid ramadhan 2 zaman beberapa yang lepas, sungguh menyedarkan diri ini tentang perbezaan kita di akhir zaman dengan umat pada zaman Nabi Muhammad dahulu..

"mereka gembira dengan kedatanganmu,
kami gembira dengan pemergiaanmu,
malam mereka meriah dengan nur al-Quran,
tapi malam kami gelap di dera dosa..

takbir mereka , takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan.
takbir kami, lesu tak bermaya..."

ini antara perbezaan sambutan ramadhan pada zaman dahulu dengan zaman sekarang. ramai yang berpuasa tetapi tidak bersolat, ramai yang berpuasa, tetapi ramai yang dapat hanya lapar dan dahaga... di manakah puasa kita...?????

ayuh kita, membuat persediaan dan sasarkan azam baru utk ramadhan kali ini, yang mungkin ramadhan terakhir buat kita..

Tuesday, July 19, 2011

sajak asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

http://saifulislam.com/?p=10185

salam ukhuwah,,,,,

rata-rata pemimpin PAS dan orang2 yg hebat dalam gerakan dakwah ini mencoretkan kenangan dan kesedihan atas pmergian mujahidah YB Dr Lo'Lo' Ghazali yg banyak berjaya dalam gerak kerja dan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen Titiwangsa.

mujahidah tetap amanah dalam kerjanya sehingga sentiasa mengambil berat akan rakyat di kawasannya. di hospital masih lagi bertanya tentang perkembangan kawasannya walaupun kuat bertarung dengan kansernya di peringkat akhir. DRMAZA, Ust Hasrizal dan Tuan Guru Presiden serta pimpinan Pas sentiasa menyebut tentng bakti yg di curahkan sepanjang hayatnya dalam perjuangan ini.

kehadiran ribuan orang pada solat jenazah beliau yg diimani sendiri oleh Tuan Guru Presiden sungguh mengharukan. perginya mujahidah ini untuk mengadap ILLAHI dengan tenang. semoga rohnya bersama para syuhadak dan orang-orang soleh. moga akan lahir ribuan mujahidah yg akan menyambung perjuangan beliau InsyaAllah. -Al- Fatihah_

Monday, July 18, 2011




ISTIKHARAH - MESTICA


Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh merendah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Sunday, July 17, 2011

hati yg terpilih....

salam ukhuwah..

tiga hati yang dipilih oleh Allah seperti yang di sebutkan oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah.
1. hati yang keras dalam aqidah- teguh mempertahankan aqidah seperti Nabi Ibrahim, Mashitah, Sumayyah dan ramai lagi.

2. hati yang bersih dalam keyakinan - keyakinan terhadap Islam, halal dan haram sesuatu perkara.

3. hati yang lemah lembut terhadap orang beriman.

~dimanakah hati kita ~????

Saturday, July 16, 2011

diambang Ramadhan..


salam ukhuwah...

hari ini sudah genap 15 Syaaban. malam ni dinamakan nisfu Syaaban. wahai para mukminin ayuh kita pertingkatkan amalan kita. solat malam, puasa, zikir dan al-Quran sebagai persiapan jiwa dan jasad untuk berdepan bulan yang dijanjikan Allah pelbagai rahmat dan kelebihan kepada umat Nabi Muhammad "ramadhan Kareem".

bulan Syaaban yg di gelar juga Bulan Nabi dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. ayuh kita rebut segala peluang ini selagi termampu..insyaAllah

AYYUHAL AHLUL MUNTADA

salam ukhuwah...

alhamdulillah.. Allah telah beri kesempatan kepada kami untuk bertemu orang2 yang hebat dalam prgram mggu lepas. dapat juga mumarasah bahasa Arab yg lama dh tak praktik. dapat juga belajar arab 'ammi dengan sahabat2 dari mesir dan jordan.

perbincangan tentang masa depan gerakan Islam sangat bagus. perkongsian dan percambahan buah fikiran untuk masa depan Islam dirungkai selama seminggu di sini. walaupun tidak dapat mengikuti sepenuhnya perbincangan, tetapi dapat berjumpa dengan orang2 yang hebat ni merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. terima kasih Ya Allah atas peluang ini.

mulianya antara yang hadir dalam program ni sehingga Allah menunjukkan kekuasaanNya dengan menunjukkan lakaran ALLAH pada roti Turki yang dibakar untuk di jamu kepada para tetamu yg hadir. masyaAllah.

semoga roh Islam dan jihad para Nabi akan tetap di jiwa kita..