Monday, December 29, 2008

Sunday, December 28, 2008

Ar-Ruhul Jadeed

Salam ukhuwah…..

Bermulanya semester baru dengan pelbagai cabaran baru. Semester ini juga kami semua akan menghadapi pilihanraya kampus yang dijangka akan berlaku pada bila- bila sahaja bergantung kepada pihak universiti. Pelbagai persiapan telah dilakukan agar kemenangan menjadi milik masing-masing. Usaha dan persiapan untuk mengisi kemenangan sudah direncanakan. Disamping srategi-strategi yang dirancang , kekuatan rohani tidak diabaikan agar kejayaan yang bakal dicapai seiring dengan acuan Allah. Pelbagai taujihad-taujihad pembangkit semangat dilaung-laungkan agar semangat para mujahidin dan mujahidah terus berkobar-kobar sehingga perang ini berakhir. Bangkitlah wahai para pejuang dan marilah kita sama berusaha melaksanakan apa yang telah kita lafazkan sebelum ini dalam proses pentarbiyahan agar kita tidak di persoalkan apa telah kita janjikan tetapi tidak laksanakan

Firman Allah:

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(as-saff: 2)

Usahlah kita persoalkan kenapa kita perlu terlibat dengan pilihanraya ini dengan mencipta dan merekod pelbagai alasan tetapi marilah kita renungkan dan muhasabah kembali kesan daripada penarikan kita daripada menyertainya. Siapakah yang akan mentadbir dan membawa biah yang baik dan biah solehah di bumi tempat pengajian kita jika bukan kita yang sudah ditarbiyah dan dipilih oleh Allah untuk memikul amanah ini, usah kita menuding jari kepada orang lain tetapi soal lah diri kita apakah yang telah kita perjuangkan dan usahakan untuk mengangkat martabat Islam di dunia ini??...

Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar muhasabah pada diriku dan pemacu semangat baru tentera-tentera Allah agar lebih terarah dan yakin dalam merencanakan sesuatu demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

'' Ya Allah Yang maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon kepadaMu dengan tangan yang penuh dosa ini agar kau ampunkan dosa-dosa kami dan jangan lah kau jadikan dosa-dosa kami itu penghalang kepada kejayaan kami, jika ia jadi penghalang Kau ampunkanlah dosa kami ya Allah, ya Allah kau tetapkan dan tautkanlah hati-hati kami agar terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini, dan kuatkanlah semangat kami agar terus sabar dan tabah dengan pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kami hidup kami dan dalam meneruskan perjuangan martabatkan agamaMu ya Allah, ya Allah kau redhai dan terimalah perjuangan kami ini dan jauhkanlah kami dari berpura-pura dalam melakukan ibadat kepadaMu, jadikan kami dikalangan hamba-hambamu yang taat dan bersihkanlah hati-hati kami daripada sifat-sifat mazmumah serta hiasilah hati-hati kami dengan sifat-sifat mahmudah, ya Allah, jadikanlah kemenangan milik kami jika itu yang terbaik buat kami, dan jika ia tidak baik buat kami maka jauhkanlah sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penentu dan Perancang., ya Allah kabulkanlah permintaan kami , amen ya Rabbal Alamin..''

'' pekerjaan yang kita lakukan dalam jemah Islam inii bukan sukarela tetapi ini adalah menjadi kewajipan dan amalan kita, jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenanagn Islam''( Allahyarham ustz Fadzil Noor).

Marilah kita mengambil semangat sahabat Rasullullah iaitu Handzalah yang begitu bersemangat untuk berjihad untuk Islam, walaupun baru diijabkabulkan tetap menyahut seruan berjihad dan akhirnya beliau syahid. Jika kita, mampukah kita melakukan sedemikian sedangkan sedikit nikmat yang ada sudah kita lupakan siapa yang berikan kepada kita, betapa kerdilnya kita.









Handzalah
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah dengan airmata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu disyurga

Berpisahlah dua jiwa meninggalkan kuntum cinta
Megah di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah


Dengan namamuAllah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah dan berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Di arak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan jihad menjadi pilihan



-di sini ingin saya kongsikan kehebatan salah seorang sahabat Nabi yang tinggi semangat jihadnya demi Islam tercinta, sukar utk kita mencari insan semulia Handzalah di zaman sekarang, biarpun bercakap lantang tapi utk melakukan sehebat Handzalah sungguh sukar sekali. Walaupun baru sahaja diijabkabulkan tetapi dia tetap keluar berperang sebaik sahaja mendapat arahan dari Rasullullah, beliau tidak sempat mandi junub selepas bersama isterinya, di medan perang beliau telah mati syahid. Para malaikat turun utk mandi junub Handzalah dan rohnya diarak ke syurga. Hayati lirik lagu Handzalah ini yang amat memberi impak yang besar pada diri saya agar terus berusaha utk menjadi seperti Handzalah yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam tercinta,,,,,,,fikirkanlah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Ar-Ruhul Jadid…..

Tuesday, December 23, 2008

kisah kasih Uwais al-Qarni

Kisah kasih Uwais Al-Qorni


Dari Asir bin Jabir beliau menyatakan,'' jika para Gabenor Yaman menemui khalifah Umar Al-Khatab, maka khalifah selalu bertanya,'' Apakah di antara kalian ada yang bernama Uwais Bin Amir'', sampai suatu hari beliau bertemu dengan Uwais, beliau bertanya,'' engkau Uwais Bin Amir?,'' Betul'' jawabnya.

Khalifah Umar bertanya,''engkau dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn?'', ''Betul".

Umar bertanya,'' Dulu engkau pernah terkena penyakit belang lalu sembuh akan tetapi masih ada belang di tubuhmu sebesar wang dirham?'', ''betul''.

Umar bertanya lagi,'' Engkau memiliki seorang ibu.''Khalifah Umar mengatakan, ''aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda,'' Uwais Bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn. Dahulu dia terkena penyakit belang, lalu sembuh, akan tetapi masih ada di tubuhnya sebesar wang dirham. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepada ibunya. Seandainya dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohonkan ampun untukmu kepada Allah maka usahakanlah''.


Maka mohonkanlah kepada Allah untukku, Uwais al-Qarni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar al-Khatab. Setelah itu Umar bertanya kepadanya, ''Engkau hendak pergi kemana?'', ''Kuffah'', jawabnya. Beliau bertanya lagi, ''Mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada Gabebor Kuffah agar melayanmu? Uwais al-Qarni menyatakan,'' Berada ditengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenali itu lebih ku sukai''.(HR, Muslim)

: sumber : Majalah I, Nov 2008

wanita berhijab ke arah kesucian diri

Wanita berhijab kearah kesucian diri


Salam ukhuwah…

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:'' sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki kehancuran keatas seorang hamba, Dia akan mencabut darinya perasaan malu''.

Baginda juga bersabda bermaksud:'' Setiap agama mempunyai akhlak dan akhlak agama ini(Islam) adalah malu''.

Daripada hadis yang disebutkan diatas dapat dikatakan bahawa umat kita sekarang sudah hilang sifat malu dalam diri. Dewasa ini kita rasa hidup kita sudah tidak selamat malahan jika keluar dari rumah untuk keluar memberi barang keperluan kerana diluar sana menjanjikan pelbagai masalah, keruntuhan moral,kes- kes jenayah yang menggerunkan kita.

Masalah ini berlaku salah satunya adalah kerana sudah tiada sifat malu. Wanita sudah tidak malu berpakaian tidak menutup aurat, keluar berpegangan tangan dengan lelaki, berzina dan minum arak menjadi tradisi di pesta-pesta hujung minggu.

Saya ingin menarik seketika pandangan golongan wanita diluar sana tentang apa yang berlaku dewasa ini, adakah puncanya daripada wanita atau lelaki atau kedua-keduanya sekali. Jika hendak di bahaskan disini sudah tentu setiap pihak mahu membela diri masing- masing. Walau apapun setiap perlu mmbaiki diri masing-masing agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang akan dibinasakan Allah kerana melanggar perintahNya.

Wanita seharusnya merasa bangga kerana Allah telah mengangkat martabat wanita setingginya dengan meletakkan satu surah dalam Al-Quran(an-nisa'), dan juga penjagaan martabat wanita dengan kewajipan menutup aurat agar terselamat dari gangguan dan bahaya. Sesungguhnya apa yang diperintahkan Allah ada hikmah dan kebaikannya, tetapi saya hairan kenapa masih ada antara kita yang tidak menyedari akan perkara ini atau mungkin sedar tetapi sengaja buat- buat tak tahu, orang ini akan dapat dosa daripada orang yang tidak tahu.

Hijab adalah merupakan tuntutan Agama kerana ia melambangkan kesucian diri dan kesetiaan, dan kita juga dapat lihat bagaimana para sahabat ridhwanullahi alaihim amat menekankan pemakaian hijab dikalangan isteri dan anak-anak perempuan mereka kerana ia adalah asas penting dalam pembentukan akhlak mulia.

Allah telah berfirman dalam surah an-Nur: 30-31 tentang perintah menahan pandangan dan menjaga kemaluan, kemudian ditambah lagi perintah kepada wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak. Tetapi dizaman ini wanita seolah-olah sudah lari dari apa yang disyariatkan dalam al-Quran. Jika kita lihat senario hari ini, para wanita telah merobek suruhan agama dengan menipiskan hijab dan mereka keluar memenuhi jalan-jalan dan taman-taman dalam keadaan bersolek dan berhias-hias. Apa yang kita nampak sekarang sensiviti masyarakat terhadap hukum agama sudah tiada atau hampir-hampir tiada dan pahlawan- pahlawan agama sudah tiada.

Marilah-marilah wanita diluar sana kita kembali kepada ajaran Quran dan sunnah kerana hidup kita tak lama didunia ini. Selagi pintu taubat masih terbuka marilah kita segera serahkan diri pada Pencipta kita. Setiap daripada kita akan mati jua tapi masa dan ketika, dan tempatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kita menjadi fitnah kepada lelaki dan punca mereka masuk ke neraka tetapi sebaliknya jadilah kita sayap kiri perjuangan suami kearah perjuangan Islam. Contohilah Ummahatul Mukminin dalam akhlak dan kehidupan serta perjuangan mereka.
Banggalah kita menjadi wanita yang sentiasa menurut perintah Allah. Dan cukuplah kebanggaan bagi mereka (wanita) seperti yang disifatkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

72. (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.



Hadith-hadith Rasulullah juga banyak yang menggalakkan wanita berhijab maka tidak ada seorang pun yang layak untuk menghalangnya dan mengharamkan sesuatu yang bertentangan dengan syariat mengikut kehendak dan pendapat mereka. Abu Hanifah An-Nukman telah berkata: berhati-hati kamu dalam mengambil sesuatu dalam agama Allah mengikut pendapat mereka dan kamu mestilah mengikut sunnah Rasullullah, maka sesiapa yang menyimpang darinya sesungguhnya dia adalah sesat.

sumber :wanita berhijab kearah kesucian diri(Muhammad Thol'at Al-Harb)