Friday, August 27, 2010


salam ramadhan

indahnya nikmat dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk menikmati dan menghirup ganjaran yang Allah sediakan untuk semua hambaNya di bukan yang mulia ini. menghampiri 10 terakhir ramadhan ini, marilah sama-sama kita muhasabah kembali, bagaimanakah nilai dan penghayatan kita terhadap ramadhan yang telah kita lalui sebanyak 18 hari yang lepas. adakah seperti biasa atau luar biasa, adakah lebih baik atau masih di tahap yang sama. mahukan kita untuk mengakhiri ramadhan kali ini tanpa mendapat keampunan dari Allah SWT.

kuliyah yang diadakan di masjid uia 10 minit selepas solat zohor di masjid amat menyentuh hatiku. penyampaian yang ikhlas barangkali daripada ustz tersebut membuatkan ia sampai terus ke dalam hati ini. penyampaian 3 hari berturut-turut tentang tajuk "qabul" atau penerimaan ibadat kita oleh Allah SWT mengandungi pelbagai nasihat yang berguna kepada semua.

kepentingan penyucian hati dengan taubat nasuha sempena ramadhan ini moga memberi titik utama agar hati kita dapat di perbaiki yang telah terkoyak-rabak sepanjang 11 bulan yang lepas. bulan yang mulia ini, kita seharusnya mengambil kesempatan untuk menjahit kembali yang telah terluka itu dengan siraman taubat nasuha. nasuha itu sendiri datang daripada asal perkatan "nasaha" yang bermaksud jarum jahit. oelh itu taubat nasuha yang kita baca dalam al-Quran itu membawa maksud, lakukan taubat dengan bersungguh-sungguh dengan jarum yang akan memjahit kembali hati kita yang terkoyak. moga ia dapat bercantum dengan baik sekali. jauhkan daripada perkara -perkara buruk yang pernah di lakukan sebelum ini agar menjadi terapi yang baik bagi merawat hati kita yang baru di jahit itu, jika tidak, hati tersebut akan terbuka kembali jahitan tersebut.

ustaz juga ada menyebut beberapa cara untuk kita memerikasa kembali keadaan hati kita sama ada dalam keadaan baik atau tidak. antaranya ialah, apabila mendengar ayat-ayat al-Quran apakan reaksi hati kita, adakah berpaling atau dengan tenang mendengar bacaan tersebut. yang kedua ialah apabila menziarahi jenazah, adakah kita mengambil pengajaran atau sekadar sembang kosong di tempat penkebumian jenazah. dan bagaimanakah hati kita tatkala saudara seislam kita di timpa musibah. jika semua di atas tadi memberi kesan yang negatif, maka pohon lah hati yang baru daripada Allah kerana kita tidak mempunyai hati lagi.

sementara kesempatan yang masih ada ini, marilah kita mengambil peluang sebaiknya untuk membaiki diri, membina perisai dan persipan peperangan untuk berperang dengan 11 bulan yang akan datang untuk menghadapi musuh daripada pelbagai bentuk dan cara.

~RAMADHAN KAREEM~

Saturday, August 21, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

salam ramadhan


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " sesiapa yang tidak meninggalkan dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak berhajat untuknya meninggalkan makan dan minum". _riwayat Muslim.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Dua Zaman

salam ukhuwah....


ramadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa di awal zaman
ramadhan kami malam terbuang
mukmin berdoa di akhir zaman

mereka gembira dengan kedatanganmu
kami gembira dengan pemergiaan mu
malam mereka meriah dengan nur Al-Quran
tapi malam kami gelap berkabung dengkur

mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami memburu nafsu
hati mereka bercahaya di gilap taqwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu x bermaya
lemah tak berdaya
cuma sekadar lapar dan dahaga


ramadhan yang nasib tak serupa

peluang yang sama natijah berbeza

Muhasabah Ramadhan



salam ukhuwah...


hari raya hari kemenangan
hari kesyukuran di pahit kemuliaan
di nikmat dan seni mehnah ILLAHI
ada maksud murni yg lebih hakiki

pada nafsu yg di lentur lapar dahaga
pada fikiran yang di sinar wahyu dan sabda
pada hati bersih di solat terawikh
apakah semuanya telah dimiliki

puasa mengajar erti ketabahan
menghadap ujian berlandaskan iman
puasa perisai yg sangat maknawi
penyingkap hijab antara hamba dan ILLAHI

puasa sempurna mengawal rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya mengawal lapar dan dahaga
lalu di manakah puasa kita
adakah masih di tahap lama

lalu muhasabah di hujung ramadhan
sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
atau kolam jiwa masih tercemar keruh
oleh sembilu dosa duri angkara

ketika bertakbir, bertahmid bertasbih
terasakah kita hamba Illahi
yang hanya mampu mengukir takbir
sedangkan padanya segala janji

Allahuakbar Allahu akbar Allahu akbar

(muhasabah ramadhan - unic)

Tuesday, August 10, 2010

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN KAREEM

salam ukhuwah...

salam ramadhan mubarak kepada semua umat Islam seluruh dunia. alhamdulillah, Allah sempatkan kita untuk sampai ke ramadhan pada tahun ini. moga ramadhan yang kita lalui tetap ramadhan yang sama tetapi moga natijah yang kita dapat adalah berbeza. insan yang terbaik adalah pastikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Justeru, dengan izin Allah untuk terima lagi tetamu yang mulia dan barakah ini dapat kita gunakan sebaiknya untuk membaiki diri dan mengumpul pahala yang di gandakan dalam bulan ini. moga madrasah ramadhan yang bakal kita lalui esok hari bakal merubah kita menjadi insan yang lebih baik.

Terdapat 3 jenis peringkat puasa yang di bahaskan dalam kitah ihya ulumiddin karangan imam besar Al-Ghazali. yang pertama puasa umum yang bermaksud: menahan diri daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa. yang kedua puasa khusus yang bermaksud: menahan mata, telingan, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang membawa kepada dosa. puasa yang ketiga adalah puasa khusus khusus yang bermaksud: puasa yang menahan hati daripada keinginan yang rendah dan fikiran yang jauh daripada Allah.

pilih lah kita hendak berada tahap yang mana. hidupkan siang dengan puasa dan malamnya dengan ibadah. "RAMADAHAN KAREEM KULLU 'AM WA ANTUM AQRABU ILAALLAH".


~jiwa sufi, minda haraki~.

Sunday, August 1, 2010

"QULIL HAQ WALAU KA NA MURRUN"

salam ukhuwah...


pepatah arab ada menyebutkan " berkatalah walaupun pahit". ini membuktikan bahawa setiap perkara yang benar adalah sukar dab perit untuk di nyatakan mahupun di buktikan, tetapi selagi mana ia tidak dapat di tegakkan kezaliman dan kebatilan akan terus bermaharajalela dalam segala hal dan aspek dalam kehidupan kita.

perkara yang benar serta keadilan haruslah di tegakkan dengan segala usaha dan kesedaran yang jitu, sepahit mana, seperit dan sedalam mana luka yang bakal kita dapat moga akan ada ganjaran dariNya. " Allah tidak akan melihat sejauh mana hasil yang akan diperoleh tetapi sejauh mana usaha kita".

pelabagai undang-undang, serta hak-hak masyarakat, agama dan kemanusiaan telah di robek oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta menzahirkan menzahirkan kesalahan yang nyata membelakangi kebenaran yang sepatutnya tertegak.

kukuhkan barisanmu wahai pejuang Islam, wahai jiwa-jiwa yang di beri kesedaran olehNYA. agar kebenaran akan terzahir semula oleh kebatilan. sejauh manapun kebatilan, kebenaran tetap akan terserlah....


~jiwa sufi, minda haraki~