Monday, December 29, 2008

Sunday, December 28, 2008

Ar-Ruhul Jadeed

Salam ukhuwah…..

Bermulanya semester baru dengan pelbagai cabaran baru. Semester ini juga kami semua akan menghadapi pilihanraya kampus yang dijangka akan berlaku pada bila- bila sahaja bergantung kepada pihak universiti. Pelbagai persiapan telah dilakukan agar kemenangan menjadi milik masing-masing. Usaha dan persiapan untuk mengisi kemenangan sudah direncanakan. Disamping srategi-strategi yang dirancang , kekuatan rohani tidak diabaikan agar kejayaan yang bakal dicapai seiring dengan acuan Allah. Pelbagai taujihad-taujihad pembangkit semangat dilaung-laungkan agar semangat para mujahidin dan mujahidah terus berkobar-kobar sehingga perang ini berakhir. Bangkitlah wahai para pejuang dan marilah kita sama berusaha melaksanakan apa yang telah kita lafazkan sebelum ini dalam proses pentarbiyahan agar kita tidak di persoalkan apa telah kita janjikan tetapi tidak laksanakan

Firman Allah:

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(as-saff: 2)

Usahlah kita persoalkan kenapa kita perlu terlibat dengan pilihanraya ini dengan mencipta dan merekod pelbagai alasan tetapi marilah kita renungkan dan muhasabah kembali kesan daripada penarikan kita daripada menyertainya. Siapakah yang akan mentadbir dan membawa biah yang baik dan biah solehah di bumi tempat pengajian kita jika bukan kita yang sudah ditarbiyah dan dipilih oleh Allah untuk memikul amanah ini, usah kita menuding jari kepada orang lain tetapi soal lah diri kita apakah yang telah kita perjuangkan dan usahakan untuk mengangkat martabat Islam di dunia ini??...

Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar muhasabah pada diriku dan pemacu semangat baru tentera-tentera Allah agar lebih terarah dan yakin dalam merencanakan sesuatu demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

'' Ya Allah Yang maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon kepadaMu dengan tangan yang penuh dosa ini agar kau ampunkan dosa-dosa kami dan jangan lah kau jadikan dosa-dosa kami itu penghalang kepada kejayaan kami, jika ia jadi penghalang Kau ampunkanlah dosa kami ya Allah, ya Allah kau tetapkan dan tautkanlah hati-hati kami agar terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini, dan kuatkanlah semangat kami agar terus sabar dan tabah dengan pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kami hidup kami dan dalam meneruskan perjuangan martabatkan agamaMu ya Allah, ya Allah kau redhai dan terimalah perjuangan kami ini dan jauhkanlah kami dari berpura-pura dalam melakukan ibadat kepadaMu, jadikan kami dikalangan hamba-hambamu yang taat dan bersihkanlah hati-hati kami daripada sifat-sifat mazmumah serta hiasilah hati-hati kami dengan sifat-sifat mahmudah, ya Allah, jadikanlah kemenangan milik kami jika itu yang terbaik buat kami, dan jika ia tidak baik buat kami maka jauhkanlah sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penentu dan Perancang., ya Allah kabulkanlah permintaan kami , amen ya Rabbal Alamin..''

'' pekerjaan yang kita lakukan dalam jemah Islam inii bukan sukarela tetapi ini adalah menjadi kewajipan dan amalan kita, jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenanagn Islam''( Allahyarham ustz Fadzil Noor).

Marilah kita mengambil semangat sahabat Rasullullah iaitu Handzalah yang begitu bersemangat untuk berjihad untuk Islam, walaupun baru diijabkabulkan tetap menyahut seruan berjihad dan akhirnya beliau syahid. Jika kita, mampukah kita melakukan sedemikian sedangkan sedikit nikmat yang ada sudah kita lupakan siapa yang berikan kepada kita, betapa kerdilnya kita.









Handzalah
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah dengan airmata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu disyurga

Berpisahlah dua jiwa meninggalkan kuntum cinta
Megah di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah


Dengan namamuAllah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah dan berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Di arak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan jihad menjadi pilihan



-di sini ingin saya kongsikan kehebatan salah seorang sahabat Nabi yang tinggi semangat jihadnya demi Islam tercinta, sukar utk kita mencari insan semulia Handzalah di zaman sekarang, biarpun bercakap lantang tapi utk melakukan sehebat Handzalah sungguh sukar sekali. Walaupun baru sahaja diijabkabulkan tetapi dia tetap keluar berperang sebaik sahaja mendapat arahan dari Rasullullah, beliau tidak sempat mandi junub selepas bersama isterinya, di medan perang beliau telah mati syahid. Para malaikat turun utk mandi junub Handzalah dan rohnya diarak ke syurga. Hayati lirik lagu Handzalah ini yang amat memberi impak yang besar pada diri saya agar terus berusaha utk menjadi seperti Handzalah yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam tercinta,,,,,,,fikirkanlah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Ar-Ruhul Jadid…..

Tuesday, December 23, 2008

kisah kasih Uwais al-Qarni

Kisah kasih Uwais Al-Qorni


Dari Asir bin Jabir beliau menyatakan,'' jika para Gabenor Yaman menemui khalifah Umar Al-Khatab, maka khalifah selalu bertanya,'' Apakah di antara kalian ada yang bernama Uwais Bin Amir'', sampai suatu hari beliau bertemu dengan Uwais, beliau bertanya,'' engkau Uwais Bin Amir?,'' Betul'' jawabnya.

Khalifah Umar bertanya,''engkau dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn?'', ''Betul".

Umar bertanya,'' Dulu engkau pernah terkena penyakit belang lalu sembuh akan tetapi masih ada belang di tubuhmu sebesar wang dirham?'', ''betul''.

Umar bertanya lagi,'' Engkau memiliki seorang ibu.''Khalifah Umar mengatakan, ''aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda,'' Uwais Bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn. Dahulu dia terkena penyakit belang, lalu sembuh, akan tetapi masih ada di tubuhnya sebesar wang dirham. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepada ibunya. Seandainya dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohonkan ampun untukmu kepada Allah maka usahakanlah''.


Maka mohonkanlah kepada Allah untukku, Uwais al-Qarni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar al-Khatab. Setelah itu Umar bertanya kepadanya, ''Engkau hendak pergi kemana?'', ''Kuffah'', jawabnya. Beliau bertanya lagi, ''Mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada Gabebor Kuffah agar melayanmu? Uwais al-Qarni menyatakan,'' Berada ditengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenali itu lebih ku sukai''.(HR, Muslim)

: sumber : Majalah I, Nov 2008

wanita berhijab ke arah kesucian diri

Wanita berhijab kearah kesucian diri


Salam ukhuwah…

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:'' sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki kehancuran keatas seorang hamba, Dia akan mencabut darinya perasaan malu''.

Baginda juga bersabda bermaksud:'' Setiap agama mempunyai akhlak dan akhlak agama ini(Islam) adalah malu''.

Daripada hadis yang disebutkan diatas dapat dikatakan bahawa umat kita sekarang sudah hilang sifat malu dalam diri. Dewasa ini kita rasa hidup kita sudah tidak selamat malahan jika keluar dari rumah untuk keluar memberi barang keperluan kerana diluar sana menjanjikan pelbagai masalah, keruntuhan moral,kes- kes jenayah yang menggerunkan kita.

Masalah ini berlaku salah satunya adalah kerana sudah tiada sifat malu. Wanita sudah tidak malu berpakaian tidak menutup aurat, keluar berpegangan tangan dengan lelaki, berzina dan minum arak menjadi tradisi di pesta-pesta hujung minggu.

Saya ingin menarik seketika pandangan golongan wanita diluar sana tentang apa yang berlaku dewasa ini, adakah puncanya daripada wanita atau lelaki atau kedua-keduanya sekali. Jika hendak di bahaskan disini sudah tentu setiap pihak mahu membela diri masing- masing. Walau apapun setiap perlu mmbaiki diri masing-masing agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang akan dibinasakan Allah kerana melanggar perintahNya.

Wanita seharusnya merasa bangga kerana Allah telah mengangkat martabat wanita setingginya dengan meletakkan satu surah dalam Al-Quran(an-nisa'), dan juga penjagaan martabat wanita dengan kewajipan menutup aurat agar terselamat dari gangguan dan bahaya. Sesungguhnya apa yang diperintahkan Allah ada hikmah dan kebaikannya, tetapi saya hairan kenapa masih ada antara kita yang tidak menyedari akan perkara ini atau mungkin sedar tetapi sengaja buat- buat tak tahu, orang ini akan dapat dosa daripada orang yang tidak tahu.

Hijab adalah merupakan tuntutan Agama kerana ia melambangkan kesucian diri dan kesetiaan, dan kita juga dapat lihat bagaimana para sahabat ridhwanullahi alaihim amat menekankan pemakaian hijab dikalangan isteri dan anak-anak perempuan mereka kerana ia adalah asas penting dalam pembentukan akhlak mulia.

Allah telah berfirman dalam surah an-Nur: 30-31 tentang perintah menahan pandangan dan menjaga kemaluan, kemudian ditambah lagi perintah kepada wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak. Tetapi dizaman ini wanita seolah-olah sudah lari dari apa yang disyariatkan dalam al-Quran. Jika kita lihat senario hari ini, para wanita telah merobek suruhan agama dengan menipiskan hijab dan mereka keluar memenuhi jalan-jalan dan taman-taman dalam keadaan bersolek dan berhias-hias. Apa yang kita nampak sekarang sensiviti masyarakat terhadap hukum agama sudah tiada atau hampir-hampir tiada dan pahlawan- pahlawan agama sudah tiada.

Marilah-marilah wanita diluar sana kita kembali kepada ajaran Quran dan sunnah kerana hidup kita tak lama didunia ini. Selagi pintu taubat masih terbuka marilah kita segera serahkan diri pada Pencipta kita. Setiap daripada kita akan mati jua tapi masa dan ketika, dan tempatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kita menjadi fitnah kepada lelaki dan punca mereka masuk ke neraka tetapi sebaliknya jadilah kita sayap kiri perjuangan suami kearah perjuangan Islam. Contohilah Ummahatul Mukminin dalam akhlak dan kehidupan serta perjuangan mereka.
Banggalah kita menjadi wanita yang sentiasa menurut perintah Allah. Dan cukuplah kebanggaan bagi mereka (wanita) seperti yang disifatkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

72. (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.



Hadith-hadith Rasulullah juga banyak yang menggalakkan wanita berhijab maka tidak ada seorang pun yang layak untuk menghalangnya dan mengharamkan sesuatu yang bertentangan dengan syariat mengikut kehendak dan pendapat mereka. Abu Hanifah An-Nukman telah berkata: berhati-hati kamu dalam mengambil sesuatu dalam agama Allah mengikut pendapat mereka dan kamu mestilah mengikut sunnah Rasullullah, maka sesiapa yang menyimpang darinya sesungguhnya dia adalah sesat.

sumber :wanita berhijab kearah kesucian diri(Muhammad Thol'at Al-Harb)

Friday, October 24, 2008

Dilema wanita

Salam muhibbah kepada semua wanita diluar sana.

bukan tujuanku untuk diskriminasi gender disini tapi suatu pegajaran dan muhasabah pada diri yg kerdil dan hina ini.
pada ari khamis lepas ana dan sahabat seperjuangan wt liqa' wada' kat masjid .best dpt jumpa semua rindu sangat coz kelas ana x sama ngan sahabat2 lain. ana ngn k.mazni ja budak edu.hehe(ni intro baru)

Disana terjumpa seorang sister international students dia kata nk tidur masjid gak, dia pesan supaya jgn bising coz nnt ustz yg jaga masjid mai dan x bg tidur kt situ.lepas ucapan dr raisah km pn tidur awai nnt nk bgn plak.ana rs seronok sngat lama dh x tidur awal coz mggu lps byk projek kn antr asyik tidor lmbt ja.kwn -kwn kt klas kata lama-lama mata kita jd ikan mati la merah ja.huhu.tp penderitaan itu dh berakhir.

Esoknya, lepas solat subuh dan baca mathurat, sister semalam dtg lagi dan bg tazkirah pasal kita kena ikut sunnah Rasullullah. tapi dalam banyak2 tazkirah yang dibagi ada satu 2 yang amat menyentuh hati.dia ada menceritakan tentang roommate dia yang agak sosial. dia tak suka sangat balik bilik, tapi dia kata kita jangan lupa kan kawan kita nie, kita kena doakan dia semoga Allah bagi hidayah padanya.dia berkata sy selalu doakan rommate sy tiap2 hari. oleh kerana keikhlasan hatinya itu Allah telah tetapkan roommatenya itu telah dibuang pengajiaan.dia menceritakan sambil menitiskan airmata.ana turut sedih dengar cerita dia.
Dia kata lagi kita kena kuat dan duduk kumpul ramai2 dan berfikir cara yang terbaik untuk islahkan diri dan ajak orang lain.Dia kata dia rasa sangat bahagia hari tu coz dapat meluahkan apa didalam hatinya dan memberitahu kami apa yang dia tahu tentang Islam. satu lagi ia kata sapa yang kata seronok duduk didunia sekarang , orang itu kena muhasabah kembali diri kerana dunia sekarang dalam keadaan yang amat membimbangkan, terutamanya wanita zaman sekarang tidak menjaga nama dan darjat yang diangkat oleh Allah pada wanita.
Ramai wanita sekarang hidup dalam kemaksiatan, menjadi fitnah kepada lelaki dan sumber kepada maksiat yang melanda dewasa ini. Malahan,ramai students yang masih belajar sudah pandai menjual diri dan sudah beberapa kali menggugurkan anak. perkara amat menyesakkan hati dan menserabutkan kepala yang memikirkannya. bukan x da kerja nak pikir benda ini. tapi ia merupakan tanggungjawab kita sebagai Islam untuk mencegahnya.

bait-bait lagu hijjaz ini amat menyentuh hati ana.sama-samalah kita renungkan.





lihatlah panorama dunia wanita bagai hilang rasa malunya,

maruah yang menjadi maharnya tergadai sia bagai tiada berharga,

dimanakah budinya, dimanakah akhlaknya,

sunnguh pilu dan sayu mengenangkannya,

santun tiada lagi nafsu memimpin hati,

kehormatan diri tidak dipeduli,



oh wanita , kembali menginsafi kepada asal fitrah kejadiaanmu,

diciptakn untuk dihormati sentiasa diredhai Tuhan Pencipta,

kembali kepadaNya, juga pada RasulNya,

pasti dihadirkan Taufik dan hidayahNya...... wanita



kembalilah kearah kemuliaan contohi peribadi ummul mukminin,

Rasullullah dijadikan suami tertawan kerna keluhuran pekerti,

bukan kerana harta, bukan kerana nama,

tapi kerana budi yang disanjungi....kembalilah.

wanita perhiasan dunia,

bagai kilau permata diantara kaca,

sayangnya makin pudar cahaya,

hingga tiada beza diantaranya.

Tuesday, August 12, 2008

muhasabah an-nafs

sekian lama hidup di persinggahan
teraba-raba tanpa tujuan
akal dan budi seakan tak berfungsi
kemanakah diri
apa diturut kehendak yang meronta
menyiksa badan membakar jiwa
syaitan dan nafsu meracun dalam diri
renungkanlah ini
kita sekadar di persinggahan
pasti kembali pada yang menciptakan
ombak dan badai lumrah kehidpan insani
jangan mengalah jangan berputus asa
insaflah semua dariNya jua
jangan biarkan diri terkorban dengan dunia
pada Illahi bantuanNya menanti
iman dan taqwa yang sejati
itulah bekalan diri
doa senjata mereka yang beriman
Tuhan mencipta Maha Penyayang
mohon petunjuk mohonla bantuan
hanya pada Tuhan
(zahran-hanya dipersinggahan)

Thursday, July 31, 2008

Tokoh perjuangan:hassan albanna

Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasawww.iLuvislam.comDitulis semula oleh: Shahnom*
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.
Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.
Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.
Ayah Hassan Al Banna
Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.
Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin
Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.
Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..
Menubuhkan lkhwan Muslim
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.
Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.
Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.
Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.
lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.
Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.
Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.
Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.
Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.
Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.
Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.
Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,
Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.
Sumber: Majalah I, April 2003
* Shahnom merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Berdakwah melalui penulisan di blog peribadi. Bagi mereka yang berminat menjadi penulis jemputan iLuvislam, boleh berikan biodata anda ke spica_gen[at]yahoo[dot]com atau ImKoyube

peribadi seorang daie

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang;
“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Luqman: 17)
Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.
Cabaran Luaran
Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar;
“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)
Jika tiada kemantapan ilmu dan keteguhan iman di dada, pasti kita terpaling sedikit. Dan biarpun kita terpaling hanya sedikit, tetapi balasannya cukup besar.
“Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Al-Israa’: 74-75)
Renungilah kisah penawaran pihak kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.;Kaum Quraisy tidak akan menghalangi pekerjaan Rasul. Islam boleh hidup terus. Malah mereka akan bersedia turut bersama-sama beribadah secara Islam pula, asal orang-orang Islam mahu turut pula, memuja dewa-dewa yang mereka puja. Boleh berganti-ganti setahun ke mari, setahun ke sana.
“Dan apabila ada unsur-unsur kebaikan yang engkau bawa, maka kami akan bersama-sama dengan engkau menjalankannya; dan kami akan ambil bahagian kami daripadanya. Dan jika ada unsur-unsur kebaikan yang ada pada kami, bersama-sama pulalah engkau menjalankannya; dan engkau ambillah bahagianmu daripadanya.”
Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Berlindung aku dengan Allah, jangan sampai aku menysirikkan Dia dengan dengan lainnya.”
Kaum Quraisy pun mengurangkan isi tawaran mereka:“Kalau begitu, engkau terimalah sebahagian sahaja dari tuhan-tuhan kami, kami akan akui kebenaranmu; dan kami sembah Tuhanmu.”
Dengan cepat dan tegas Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan dengan firman Allah S.W.T.
“Katakanlah: Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (Al-Kaafiruun: 1-6)
Dan cubaan itu akan terus datang dalam pelbagai bentuk. Kadang kala berupa siksaan dan penderitaan. Inilah hakikat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.
Bertanya Sa’ad bin Abi Waqqas: “Di antara manusia, siapakah yang mendapat seberat-berat ujian, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Para Nabi, kemudian orang-orang yang sama seperti mereka; lalu orang-orang yang sama dengan mereka itu pula.”
Cabaran Dalaman
Seorang da’ie itu, disebabkan oleh jiwa perjuangan dan idealisme murninya, adalah seorang yang tidak biasa dengan soal-soal mencari nafkah, seorang yang tidak dapat masuk ke dalam sistem kepegawaian yang biasa, seorang yang tidak boleh melalui birokrasi mencengkam, seorang yang tidak boleh terikat dengan apa-apa kepentingan kerana lidahnya lancar menuturkan kata-kata yang kadang-kala tajam dan pedas. Lalu timbul masalah bila masyarakat masih kurang memahami dan masih rendah taraf ekonominya; siapa yang akan membiayai kerja-kerja dakwah? Siapa yang akan membiayai kehidupan para pendakwah?Apatah lagi bila sudah berkeluarga, cabarannya semakin meningkat. Adakah hendak diutamakan kehidupan pasangan dan anak-anak? Ataupun perjuangan yang harganya adalah kehidupan sederhana dan kadang-kala melarat? Kerana itulah Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada isteri-isterinya:
“...Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi sesiapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 28-29)
Sebab itulah, seorang da’ie itu harus memastikan dua perkara:
1. membina pengaruh dan memastikan pengaruh yang diperolehi itu tetap bersih daripada unsur-unsur yang tidak sihat, dan jangan sampai penghormatan sampai ke tahap ta’sub dan memuja-muja.
2. da’ie itu sendiri jangan hanyut dalam populariti dan pengaruh yang diperolehi sehingga dia lupa daratan dan menyimpang dari tujuan dakwah yang sebenarnya.
Sumber Kekuatan
Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.
“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'(Al-Israa’: 78-80)
Usahlah kita gentar dan gusar lagi andai kita sudah dekat dengan Allah S.W.T. kerana Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang dibisikkan oleh Ilahi kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.
“...Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” (Thaahaa: 46)