Wednesday, September 29, 2010

MAHASISWA CAKNA......

salam perjuangan...


minggu ini mahasiswa kampus uiam semuanya sibuk melaksanakan tuntutan aktiviti kuliyyah masing-masing seperti assgment, quiz, project, presentation dan sebagainya. kehidupan di kampus mula berubah apabila final exam akam mula menjengah akhir bulan 10 ini.

situasi ini sepatutnya tidak mengalihkan pandangan kita dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita sama ada dalam negara ataupun luar negara. isu mahasiswa UM yang telah bebas daripada hukuman selepas keputusan perbicaraan yang di buat jumaat lepas serta isu mahasiswa UKM yang di adakan selasa lepas. selain itu, isu2 yang berkaitan dengan luar negara, mengenai penempatan baru yahudi di Gaza serta yang terbaru pada hari ini dengan paderi yang mengeluarkan video menyentuh keagamaan dan sensitiviti masyarakat Malaysia.


sebagai mahasiwa, semua masalah dan isu-isu tersebut perlu kita cakna agar kita tidak ketinggalan dengan maklumat yang perkara yang berlaku di sekeliling kita. jadilah kita mahasiswa yang cakna bukan hanya untuk kepentingan diri kita sahaja tetapi untuk memperluaskan pengetahuan dan sebaran maklumat yang jelas tentang sesuatu isu agar kita dapat menyumbang idea kepada saluran yang sepatutnya untuk kebaikan kita bersama. sifat kurang cakna mahasiswa akan menyebabkan mereka mudah di manipulasi oleh- oleh mana-mana pihakyang ingin mengambil kesempatan atas sesuatu perkara yang kita tidak tahu.


hadis Rasulullullah SAW ada menyebut ynag bermaksud: sesiapa yang tidak mengambil tahu akan urusan umatku, maka dia bukanlah dari kalangan ku..... jadi, didiklah diri kita sebaiknya agar selari dengan tarbiyah Ramadhan yang kita dapat sebulan yang lepas. walaupun ramadhan telah pergi, moga roh dan semangatnya terus kental membenam dalam diri kita.


~jiwa sufi, minda haraki~

Saturday, September 11, 2010

syawal yang mulia

salam ukhuwah...

kedatangan syawal pada setiap tahun adalah di nantikan oleh semua umat Islam terutama kanak-kanak yang seolah-olah tidak sabar untuk menyambutnya. bulan untuk meraikan kemenangan bagi semua umat Islam yang menjalani tamrin di bulan ramadhan yang mulia. kehadiran syawal yang mulia itu seharusnya di raikan dengan sebaiknya. elakkan pembaziran yang berlebihan, elakkan hutang yang melampau dan jauhi perkara- perkara yang boleh membawa kepada maksiat dan dosa yang boleh mencemarkan kesuciaan bulan syawal ini.

pelbagai aturan rancangan di televisyen dan radio seharusnya kita bijak untuk memilihnya. kelalaian menghayati syawal yang merupakan bulan untuk memohon kemaafan dan amalan ziarah- menziarahi sebaiknya di hidupkan bermula di bulan syawal yang mulia ini. leka kita dengan rancangan di televisyen kadang-kadang boleh membantutkan amalan untuk bertanya khabar antara saudara -mara sebaliknya bertukar kepada perbincangan tentang gosip artis-atris dan rancangan2 yang di siarkan.

perhatikan dan awasi anak-anak kita agar generasi yang saling hormat-menghormati dapat di suburkan dalam jiwa anak-anak dan generasi akan datang. budaya keakuan yang menebal dalam diri masyarakat hari ini patut kita lontar jauh dari dalam diri generasi mustaqbal.

ayuh bersama-sama hidupkan syawal dengan berpuasa enam hari di bulan syawal yang di janjikan Allah dengan pahala ibarat setahun berpuasa. ia boleh di lakukan secara berterusan selama enam hari atau berselang-seli sehingga berakhirnya syawal ini. bagi yang mampu ayuh kita segera laksanakan dan lipat gandakan pahala kita. moga madrasah ramadhan yang baru kita tinggalkan dapat membawa perubahan besar dalam diri kita insyaAllah untuk menghadapi uijian yang lebih mencabar di bulan-bulan yang lain.

~jiwa sufi, minda haraki~

kasihnya Allah padamu

salam ukhuwah

lumrah manusia yang lemah , setiap yang hidup akan pasti merasai kematiaan, hanya masa dan tempat belum kta ketahui. dalam kesibukan kita menyambut lebaran dan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan ini, hari ini 2 Syawal 1431 h, seorang mahasiswa, mujahid, mujaddid, telah dipanggil mengadap Allah Rabbul Jalil di kediamanya. beliau adalah al-marhum Nik Hafreez b. Ghazali merupakan mahasiswa tahun akhir kuliyyah pendidikan UIAM.

mendengar berita ini amat mengejutkan kami semua terutama warga instedian yang selalu melihat dan bertembung dengannya di insted. pemergiaan beliau merupakan kehilangan yang besar buat kami semua di bumi UIAM. beliau antara orang yang sangat lantang memperjuangkan isu-isu berkaitan mahasiswa selain merupakan bekas pimpinan Maaruf Club dan BEDSA ( society utk pelajar pendidikan).

sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buatnya. moga pemergiaan di rahmati dan menjadi iktibar besar buat kita untuk persiapkan diri kita pula untuk menghadap Allah pada waktu dan tempat yang menjadi rahsia Allah di Lauh MahfuzNya.

al-Fatihah.

Wednesday, September 1, 2010

RAMADHAN>TANGISI PEMERGIAANMU

salam ramadhan...

minggu terakhir fasa ramadhan di UIA bakal meninggalkan kesan yag amat mendalam dalam diri ini. ramadhan kali ini di tempuhi dengan fasa pengajian dan gerak kerja yang berjalan seperti biasa, sehingga kadang2 tidak merasa bahawa sedang dalam bulan ramadhan. baki 7 hari ramadhan kali ini perlu di manfaatkan sebaiknya. peluang berpuasa bersama keluarga di rumah seharusnya di gunakan untuk menambah saham kita yang tak pasti banyak mana nilainya dan penerimaanya oleh Allah Taala.

sama-sama kita manfaatkan bagi ramadhan yang masih ada, jangan sampai kita menyesal di akhir nnt. moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramdhan lepas dan ,madrasah ramadhan kali ini dapat sedikit sebanyak merubah diri kita ke arah yang lebih baik.

~ramadhan sama, natijah berbeza~