Saturday, June 11, 2011

Forum "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan"



Yang berikut adalah butiran forum:
Tarikh:
17 Jun 2011, Jumaat, jam 8 malam
Tajuk:Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan
Tempat:KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Penganjur:Civil Rights Committee, KLSCAH

Panelis:
1. Husam Musa - Naib-Presiden PAS
2. Lee Ban Chen - Pengkritik politik, Kolumnis
3. Wong Chin Huat - Penyelidik Politik, Naib-Presiden CRC-KLSCAH

Moderator: Ng Yap Hwa - Ahli Komiti CRC-KLSCAH
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Kemasukan adalah percuma, semua dijemput hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat KLSCAH 03-22746645
salam ukhuwah...

kebenaran akan tertegak akhirnya...

himpunan 2 juta bersih yang akan diadakan 9 Julai ini menjadi kegelisahan pelbagai pihak. tidak kurang juga pelbagai kecaman dan peringatan telah di keluarkan agar orang ramai tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut.

ramai yang berdebar juga ketakutan bagaimanakah keadaan pada hari tersebut. pihak polis dan FRU mungkin sedang membuat persediaan untuk menghadapi hari tersebut. masyarakat umum juga, tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan dan aksi yang akan d perlihatkan oleh pihak yang terlibat dalam himpunan tersebut.

moga kebenaran dan keadilan akan tertegak juga..

Rintihan Hamba


salam ukhuwah...

realiti hidup manusia yang tak pernah berubah dan bersungguh -sungguh untuk berubah. apabila melakukan dosa dan noda, bagi sesiapa yang hati masih hidup, akan menyesali perbuatannya dan segera memohon keampuan kepada Allah agar segala dosanya di ampunkan Allah.. tetapi tidak lama selepas itu, dia akan segera melakukan kesalahan yang sama. itulah hakikatnya manusia ini, yang diciptakan dengan segala kelemahan dan kehinaan agar manusia sedar bahawa statusnya hanyalah hamba yang hina.

kita dapat lihat dan perhatikan, manusia masih bongkak dengan apa yang dimilikinya ketika ini, harta, kecantikan, kemasyuran, kesihatan dan sebagainya. manusia terlupa bahawa segalanya hanya pinjaman sementara oleh Pemiliknya. jika Pemiliknya ingin mengambilnya semula, segalanya akan hilang dalam sekelip mata.

indahnya nikmat orang bersyukur. Allah telah berjanji akan menambahkan lagi, bagi manusia yang bersyukur, dan akan mengazab manusia yang kufur. al- Quran yang selalu di baca hanya lah sekadar bacaan harian, tanpa tadabur yang mendalam. para sahabat menangis ketakutan apabila di bacakan al-Quran kepada mereka. tetapi manusia kala ini, hanya sekadar air yang lalu, tidak dihiraukan walau sedikit pun.

Ya Allah, lemahnya kami dalam mendidik hati kami menjadi hambaMu yang bersyukur dan taat kepadaMu. pimpinlah kami untuk sentiasa mendamba cintaMu yang Agung. terimalah cinta kami ini. jadikan kami sentiasa merindui dan mengingatiMu setiap masa.. jauhkanlah kami dari dosa dan noda, sesungguhnya kami takut akan azabMu..

- rintihan hamba-

Wednesday, June 8, 2011


salam ukhuwah...

Muktamar Tahunan Pas ke 57 baru sahaja berakhir dengan misi baru membina Negara Berkebajikan.. pimpinan baru parti tersebut yang terdiri daripada gabungan pimpinan lama dan baru bakal membuka lembaran baru untuk parti tersebut melangkah lebih jauh untuk menghadapi cabaran PRU13 yang semakin hampir..

semoga segala yg direncana menjadi kenyataan..