Saturday, June 11, 2011

Rintihan Hamba


salam ukhuwah...

realiti hidup manusia yang tak pernah berubah dan bersungguh -sungguh untuk berubah. apabila melakukan dosa dan noda, bagi sesiapa yang hati masih hidup, akan menyesali perbuatannya dan segera memohon keampuan kepada Allah agar segala dosanya di ampunkan Allah.. tetapi tidak lama selepas itu, dia akan segera melakukan kesalahan yang sama. itulah hakikatnya manusia ini, yang diciptakan dengan segala kelemahan dan kehinaan agar manusia sedar bahawa statusnya hanyalah hamba yang hina.

kita dapat lihat dan perhatikan, manusia masih bongkak dengan apa yang dimilikinya ketika ini, harta, kecantikan, kemasyuran, kesihatan dan sebagainya. manusia terlupa bahawa segalanya hanya pinjaman sementara oleh Pemiliknya. jika Pemiliknya ingin mengambilnya semula, segalanya akan hilang dalam sekelip mata.

indahnya nikmat orang bersyukur. Allah telah berjanji akan menambahkan lagi, bagi manusia yang bersyukur, dan akan mengazab manusia yang kufur. al- Quran yang selalu di baca hanya lah sekadar bacaan harian, tanpa tadabur yang mendalam. para sahabat menangis ketakutan apabila di bacakan al-Quran kepada mereka. tetapi manusia kala ini, hanya sekadar air yang lalu, tidak dihiraukan walau sedikit pun.

Ya Allah, lemahnya kami dalam mendidik hati kami menjadi hambaMu yang bersyukur dan taat kepadaMu. pimpinlah kami untuk sentiasa mendamba cintaMu yang Agung. terimalah cinta kami ini. jadikan kami sentiasa merindui dan mengingatiMu setiap masa.. jauhkanlah kami dari dosa dan noda, sesungguhnya kami takut akan azabMu..

- rintihan hamba-

No comments: