Sunday, April 25, 2010

P94 Hulu Selangor


salam ukhuwah...


Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam semalam.

kekalahan yg di terima patut menjadi pembakar semangat kepada semua ahli PR . usaha yg lebih gigih perlu di teruskan untuk merampas semula kerusi tersebut pada PRU yg akan datang. kekurangan yang akan perlu di baiki, kelompangan yang wujud perlu di tampal dengan segera agar persediaan yang rapi dapat menguatkan semangat semua bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan datang. dosa2 yang kita lakukan mugkin penyebabkan kepada kekalahan yang berlaku, muhasabah semula diri masing-masing untuk mencari keredhaaan Allah dalam perjuangan kita.

berjuanglah hingga ke akhirnya

~jiwa sufi, minda haraki~

Friday, April 23, 2010

salam ukhuwah...

"kadang-kadang apa yang kita tidak suka sebenarnya baik untuk kita, kadang-kadang apa yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita".

kita seharusnya belajar menerima sesuatu yg melanda kita dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah. yakin dengan setipa yg berlaku pada kita akan ada hikmah di sebaliknya.

hanya Allah tempat kita mengadu segalanya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYa.