Monday, December 27, 2010

Pilihanraya kecil N5 Dun Tenang

penamaan calon: 22/1/2011

mengundi: 30/1/2011


~jalankan tanggungjawab anda sebaiknya~

Thursday, December 23, 2010

siswa diminta banding BN dan Pakatan

Pemimpin Mahasiswa berperanan penting untuk membantu mengembalikan keyakinan di kalangan penuntut universiti supaya menyokong kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya cabaran yang dihadapi kerajaan sekarang adalah mendapatkan sokongan daripada penuntut-penuntut universiti di Malaysia kerana kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang.

"Mahasiswa dan mahasiswi perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dan menilai sendiri pihak manakah yang lebih berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Bicara Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.

Sehubungan itu, beliau menasihati penuntut universiti agar tidak terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan janji-janji yang diberikan oleh mereka kerana ia akan merugikan negara dan rakyat Malaysia, kata Mukhriz.

Selain itu, pihak Miti juga membantu graduan-graduan universiti untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan tetapi mereka dinasihati agar melakukan kaji selidik mengenai pemasaran supaya barangan dan perkhidmatan yang disediakan memenuhi kehendak pasaran semasa, katanya.

Beliau berkata Miti mendapati beberapa usahawan gagal menebusi pasaran antarabangsa kerana tidak melakukan persediaan dan perancangan terperinci mengenai pemasaran dan tidak memenuhi kehendak pasaran semasa.

--Bernama

Sunday, December 19, 2010

update konvensyen PR ke-2

konvensyen Pakatan Rakyat semalam membuka lembaran baru untuk menghadapi PRU 13. penerimaan DAP akan Islam sebagai agama rasmi negara dan masyarakat lain boleh amalkan agama masing- masing.

satu risalah yang menerangkan perancangan yang akan di buat PR jika menawan Putrajaya akan di edarkan kepada masyarakat umum untuk memberikan kepercayaan kepada masyarakat akan kemampuan PR untuk memerintah negara jika mandar itu di berikan pada PRU 13 nanti.

kembalikan demokrasi negara akan disegarkan semuala dengan kempen tandatangan sebanyak 1 juta sebelum di hantar kepada Yang diPertuan Agong untuk kembalikan menghidupkan demokrasi yang mulai malap dalam politik negara.

parti Hindraf memberi kata dua kepada PR untuk memberi laluan kepada mereka bertanding di 15 kerusi parlimen yang di dapati majoriti masyarakat india di situ. jika tidak akan berlaku pertandingan 3 penjuru di situ. perkara ini masih lagi dalam perbincangan PR.
salam.....

mencari titik perubahan dalam diri dalam menghadapi tahun baru hijrah ini satu keperluan yang amat penting. bertambahnya lagi tanggungjawab besar dalam perjuangan hidupku, maka semua perlu bertambah. pembahagian masa, perjuangan ilmu, persiapan menjadi guru yang terbaik buat bakal anak-anak didik, hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya, anak yang menjadi penyejuk mata ibu dan ayah dan sebagainya menuntut pembahagian yang sewajarnya.

diri ini perlu terus kuat kerana kita ada Allah yang sentiasa mendengar doa-doa hambaNYA setiap saat dan ketika. "wahai Tuhan, permudahkan lah segala urusan kami dalam setiap urusan kami".

~rindu syahid di jalanNya~

Friday, December 17, 2010

N5 DUN Tenang


salam...


kesibukan semua jentera membuat persiapan untuk pru ke 13 perlu di tukar semula moodnya kepada satu lagi rentetan pilihanraya kecil kali ke 14 selepas pru 2008 di N5 Dun Tenang.

PRK ini berlaku di sebabkan kematiaan penyandangnya Sulaiman Taha yang kembali ke rahmatullah pada pukul meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes.

pilihanraya ini di jangka berlaku dalam bulan Januari akan datang. maka, satu lagi tumpuan khusus akan di berikan untuk melihat kemampuan parti-parti masing-masing menawan hati rakyat sebelum pru ke 13 yang semakin hampir. kemenangan atau kekalahan pada kali ini akan menjadi kayu pengukur kemampuan masing-masing mengekalkan kerusi masing pada sesi akandatang.

suasana politik Malaysia menampakkan sedikit perubahan walaupun masih ada lagi yang mengambil jalan tengah untuk tidak melibatkan diri dan juga di pengaruhi oleh pelbagai medium serangan propaganda dan sebagainya.

masyarakat yang semakin matang sudah mampu menilai kemampuan parti-parti yang dipercayai untuk membawa suara2 mereka di parlimen dan menjaga kepentingan mereka dengan sebaiknya.

membina perubahan politik negara...

Tuesday, December 14, 2010

petua- petua doa makbul

1. berdoa denan ikhlas kepada Allah

2. memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW,sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah ''Alhamdulillah" dan " wassatu wassalam ala Rasulillah".

3. mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi SAW juga.

4. bersungguh-sungguh ketika berdoa, hadirkan hati dan yakinkan diri pada penerimaan oleh Allah SWT

5. berdoa dengan khusyuk dan rendah diri

6. berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua- dua tangan

7. berdoa dengan sabar menanti untuk di makbulkan Allah.

8. sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.

9. tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.

Monday, December 13, 2010

RINDU SYAHID


berjiwa besar wahai diri kerana di hadapanmu menanti pelbagai onak dan duri yang mungkin akan menyebabkanmu tersasar atau bertindak untuk berpatah balik jika jiwamu serapuh batang lidi yang kering lagi tua.

persiapkan dirimu dengan kekuatan dalaman juga luaran kerana Allah mencintai hambaNya daripada hambaNya yang lemah. kekuatan ruhiyyah adalah senjata yang paling ampuh untuk mendepani musuh dan juga cabaran. begitu juga persediaan fizikal, kemahiran yang pelbagai serta semangat juang yang tinggi adalah gabungan yang ideal membentuk jiwa besar diri menempuh ranjau perjuangan yang hebat ini.

pujuk hatimu untuk terus kuat dan cuba tanggalkan rasa takut dan gentar, kerana Allah telah menjanjikan syurga untukmu mujahid setia. bisikkan ke hatimu bahawa keikhlasan adalah mutiara yang paling berharga pada detik ini. kerana ia akan memancarkan ke seluruh urat nadimu agar redha dan pergantunganmu hanya pada yang Satu, Allahu Rabbi. perjuangan ini tidak bermula dengan dirimu dan tidak juga akan berakhir dengan dirimu, tetapi dirimu adalah mata rantai perjuangan yang akan di sambung oleh generasi yang akan datang. sumbanglah dan serahkanlah dirimu dalam perjuangan ini, supaya menjadi saham yang terbaik bagi menghadapNya nanti.

siapalah dirimu untuk berlagak sombong di hadapanNya, sedangkan dirimu hanyalah hamba yang hina dina. tercipta dari setitis air mani lagi hina yang apabila jatuh ke tanah, ayam tidak sudi mematuknya apatah lagi itik untuk menyudunya. kahikat dirimu akan bernilai jika manifestasi syukur padaNya di terjemahkan dalam apa situasi sekalipun hatta syahid di jalanNya.

contohi para Nabi dan juga sahabat yang mewakafkan diri dan harta mereka di jalanNya, untuk memastikan nur Islam sampai kepada generasi seterusnya dengan acuan dan pancaran terbaik buat kita meneruskan perjuangan tersebut. mehnah dalam perjuangan tidak akan pernah luntur dan pudar, tetapi bagaimana caranya untuk menghadapi cabaran tersebut. Rasulullah SAW, kekasih Allah yang Agung turut diuji dengan pelbagai mehnah, cubaan membunuh, pemulauan, kesakitan, cacian dan cercaan dan pelbagai lagi. keteguhan cinta kepada umat dan Dinnul Allah ini melebihi segalanya dan ia menjadi kekuatan yang tiada taranya berdepan pelbagai ujian dan mehnah. semuanya akan menjadi manis apabila syurga menjadi tawaran kepada para mujahid dan mujahidah.

duhai jiwa, besarlah semangatmu, runtuhkan dan tanggalkan titik-titik kelemahan dan ketakutan, kerna ia akan mnyebabkan dirimu lemah dan tidak berdaya...

Monday, November 29, 2010

Sukan Asia Guangzhou 2010



tahniah buat kotinjen Malaysia yang telah mencapai sasaran dengan 9 pingat emas, 18 perak dan 14 Gangsa melangkau pencapaian di Doha, Qatar sukan asia yang lepas. sasaran telah tercapai namun kilauan perak tersebut sepatutnya mencapai emas hanya dengan beberapa kutipan sahaja yang melebihi pemenang pingat emas.

dalam acara badminton beregu lelaki Tan Boon Heong/Koo Kein Keat tidak berjaya untuk mengekalkan pingat emas yang di menangi 4 tahun yg lepas dengan kekalahan 2-1 kepada pasukan indonesia. Dato' Lee Chong wei juga gagal lagi apabila kalah 2-1 juga kepada jaguh dunia Lin Dan yg bangga beraksi di bumi sendiri.

skuad terjun negara juga menunjukkan peningkatan dengan pertambahan pingat perak dan gangsa dan berjaya mengekori di belakang juara China malaupun masih belum mampu menyaingi mereka. Bryn Nikson Lomas, Yong Mung Yee dan Pndelela Riong membawa cabaran negara dalam cabaran tersebut di harap dapat meningkatkan lagi pencapaian dalam sukan olimpik di London 2012 ini.

Azizulhasni Awang telah membuka lembaran baru dalam catatannya dengan menang emas pertama buat dirinya menewaskan target Josiah Ng dengan mengekori di belakang Azizul dengan perak buatnya. pencapaian ini membuktkan apa sahaja boleh berlaku dalam arena sukan ini jika ada kesungguhan dan usaha yang berterusan.

skuad olahraga gagal menyumbang sebarang pada kali ini perlu membuat sesuatu untuk kejohanan yang akan datang. Siti Zubaidah Adabi, Sarah perlu ditingkatkan pendedahan bagi meraih sesuatu buat negara pada temasya yg akan datang.

skuad sepak takraw sekali lagi gagal memecahkan kempunan negara untuk mendapatkan emas dalam acara tersebut apabila di rejam hebat oleh musuh tradisi Thailand yg meleburkan impian tersebut. Negera seperti Mynmar, Korea selatan dan juga China juga menunjukkan prestasi yang baik dalam acara tersebut. tindakan segera perlu di ambil agar sukan yang berasal dari negara kita ini, akan di kuasai oleh negara-negara lain yang di geruni kita nanti.

skuad hoki juga berjaya mencuri tumpuan dengan mara ke peringkat akhir saingan dengan berhadapan dengan Pakistan setelah menundukkan India dengan 4-3. namun impian membawa emas ke sepuluh buat negara gagal apabila gawang negara di bolos 2 kali tanpa serangan balas sehingga masa tamat. namun kejayaan ke peringkat akhir sudah menunjukkan tanda skuad negara tidak boleh di pandang enteng. mereka muncul di perlawanan akhir dengan imej berbotak.

keseluruhannya prestasi kontinjen negara semakin meningkat, tetapi perlu di tingkatkan lagi. penjagaan aurat pemain negara yang rata-ratanya muslim perlu di jaga sebaiknya oleh ketua2 yang juga Muslim. skuad Iran berjaya menunjukkan prestasi yang baik walaupun dengan mengenakan jilbab. sebagai Muslim walau apa bidang yang di ceburi tetapi perintah Allah tidak boleh di abaikan begitu sahaja. ada rahmat Allah di situ. dengan itu juga , keindahan Islam dapat di tonjolkan dengan baik.

tidak di nafikan bidang sukan berhadapan dengan pendedahan aurat yang begitu ketara terutama sukan terjun, gimnastik, olahraga dan bola sepak pantai, sehingga ada pengadil dari Iran yang mengatakan "terganggu" dengan pemandangan di acara bola tampar pantai. seharusnya tindakan perlu di ambil oleh mereka yang bertanggungjawab.

~komentar dari peminat sukan~

perjuangan mesti di teruskan

salam ukhuwah.....

setelah bercuti selama 2 minggu di rumah. perjuangan perlu di teruskan walaupun dalam keadaan susah atau senang. " keluarlah berjuang walau dalam keadaan susah dan senang". kalau diikut hati memang tidak mahu kepada perkara yang susah dan bergelut dengan ujian. tetapi didiklah hati untuk ikhlas, kerana di sana ada ganjaran dariNya jika kita ikhlas berjuang untuk agama Allah.

perjuangan Rasulullulah lebih sukar daripada kita. kita bukanlah pemula dan juga pengakhir jalan ini tetapi kita adalah mata rantai perjuangan untuk di sambungkan kepada generasi seterusnya.

moga usaha yang kecil ini, dilihat olehNya. amiin

Sunday, November 7, 2010



salam ukhuwah....

pembawakan album baru saujana dalam album kali ini menampakkan banyak perubahan dan n lebih matang. penyampaian lagu- lagu yang lebih menyentuh ketuhanan secara terus- menerus. moga bait- bait lirik dapat di hayati dengan baik. moga cara dakwah ini sampai kepada mad'u dengan baik sekali. ..sokong industri nasyid kita.

KHABAR DARI LANGIT
(Album : Saujana)

Kau melangkah tanpa henti
Acapnya engkau berlari
Tak memandang kanan kiri

Laut luas kau renangi
Gunung tinggi engkau daki
Tak endah apa di sisi

Lahar dunia tak terasa panasnya
Emas di hujung gapai
Tak kira apa korbannya
Kejar…

Turunlah walau sejuta
Khabar dari neraka
Atau digentarkan seksa
Dari yang Mengenggam Nyawamu

Pabila waktu telah pun terhenti
Tak kan kau dengar
Walaupun cuma nafas yang terhela
Semua indera telah dibelenggu
Terik mentari mencairkan
Segenap isi tubuh yang hina
Bencana itu makin depan mata
Tidak kau mampu
Larikan dirimu dari sengsara
Azab-Nya

Tetap juga kau berlari
Dan melangkah tanpa henti
Bagai hidup tak kan mati

Murka-Nya tak kau peduli
Walaupun bergegar bumi
Ranapkan segenap isi

Biar gegak gempita guruh di langit
Tak kau hirau
Asalkan petirnya tak memanahmu
Lebur…

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Isman Nadim
Muzik : Trabye
Gitar : Trabye
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Thursday, November 4, 2010

Muhasabah penggerak haraki

KEPUTUSAN RASMI PRK GALAS DAN BATU SAPI

berikut merupakan keputusan rasmi yang telah diumumkan selepas berlansungnya pilihanraya kecil di Dun Galas dan Batu Sapi pada hari ini. kedua- duanya memihak kepada BN. jika ini pilihan rakyat yang tepat untuk masa depan mereka, maka yang lain perlu menerima dengan sebaiknya.

muhasabahlah diri kita, niat kita, cara gerak kita dan sebagainya, takut- takut ia merupakan salah satu penyumbanga kepada kekalahan tersebut. menang dan kalah adat pertandingan, tetapi kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku sebagai pengajaran masa akan datang...

jangan luntur semangatmu wahai pejuang, kerana perjuangan kita belum selesai. kita berjuang bukan kerana manusia tetapi kerana Allah yang Esa. yakin lah dengan janjiNya yang tidak pernah lupa akan hambaNya yang sabar...kukuhkan saff kita untuk bertempur semula..

BATU SAPI

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi. Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.

GALAS

kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi. PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi. Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini. (sumber: malaysiakini).

~jiwa sufi, minda haraki~

Tuesday, November 2, 2010

"Amanah"

salam ukhuwah...

esok 4hb November merupakan tarikh pembuangan undi di Dun Galas dan Batu Sapi.

semuanya yang layak mengundi di harap dapat turun untuk menjalankan tanggungjawab anda. kepimpinan negara di tanah anda.

"berikan amanah kepada ahlinya". jangan anda tersilap membuat pemilihan. masa depan negara di tangan anda.

membangun bersama Islam....

Monday, November 1, 2010

AL-FATIHAH....


salam ukhuwah.....

keriuhan malam yang di baluti nota dan buku untuk final exam di kejutkan dengan mesej yang meruntun jiwa. sahabatku tercinta wan nur maizatul akmal telah kehilangan ayahandanya yang tercinta lewat malam tadi..al-fatihah..

kehilangan orang tersayang suatu yang amat menyakitkan, tetapi kita kena redha dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan kepada setiap hambanya." setiap yang hidup pasti merasai mati, cuma waktu dan masa belum kita ketahui. dan kita semua perlulah bersedia. mungkin masa kita juga sudah tidak lama lagi.

moga sahabatku terus kuat untuk menghadapi ujian ini. kentalkan semangatmu seperti kukuhnya Gunung Jerai yang gagah terukir di puncak bayu. perjalanan yang masih jauh ini marilah kita isikan dengan persiapan bekalan, agar mencukupi untuk perjalanan yang masih jauh . jangan kita biarkan diri kita kelaparan, kehausan di pertengahan jalan hingga tersungkur di persimpangan..

Allah tempat kami berlindung dan memohon kekuatan..

Sunday, October 31, 2010

wildan


SEANDAINYA

Andainya masa
Bisa ku putar kembali
Akan ku ubah segala yang terjadi
Keterlanjuran…kealpaan
Adalah kesilapan yang disengajakan

Kesenangan yang dikurniakan
Membuat aku kebingungan
Dalam memilih haluan
Jalan yang terang
Aku kerisauan…

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Berserah segalanya kepada Yang Esa
Moga diampunkan segala dosa
Agar sejahtera selama-lamanya

Mustahil bagiku mengubah masa lalu
Kini hanya mampu insafi yang berlaku
Kenangan yang lalu pengajaran buatku
Ku serahkan diri ini kepada Yang Satu

Setiap liku kehidupan yang ku lalui
Ku panjatkan keampunan kepada Ilahi
Semoga keinsafan ini kekal abadi
Hingga akhir hayat ku ini

Aku sedar ku kan pergi
Aku redha takdir Ilahi
Moga di sana ku temui
Kebahgian sejati


LAGU/ LIRIK: QAMAR DANIEL
PENERBIT: AMIEN & WILDAN
JURUADUN : FUSSY PRODG
PENYUSUN VOKAL: AMIEN & WILDAN
MUZIK: MAZLY
HAKCIPTA: WILDAN PRODUCTION


Thursday, October 28, 2010

STUDY3X


salam ukhuwah.....


teruskan study kepada yang akan exam terdekat ni. jadikan akademik yang cemerlang kebaikan untuk kita gerak kerja Islam. mudahkan kita untuk bergerak lebih jauh. insyaAllah..


Ya Allah, Yassir umurana....

hasil kerja .....cckn 3131




alhamdulillah, berjaya juga di siapkan...

Wednesday, October 27, 2010

IKHLAS ...


Imam Al Banna berkata:

“Ikhlas adalah asas kejayaan dan seluruh urusan adalah di tangan Allah SWT. Orang-orang Islam terdahulu tidak menang kecuali dengan kekuatan Iman, kebersihan roh dan keikhlasan hati mereka. Di atas aqidah dan kesungguhan mereka, segala yang mereka lakukan adalah demi Islam sehingga sebatilah aqidah dan diri mereka. Akhirnya mereka adalah fikrah dan fikrah adalah mereka.”



Satu lagi saranan Al Imam Hasan Al Banna:

“Jika ada di kalangan kamu sesiapa yang sakit jiwanya dan ada hajat-hajat tersembunyi, pisahkanlah dia dari kumpulan kamu kerana dia akan menjadi pendinding di antara kamu dan rahmat Allah, dan di antara kamu dan kemenangan.”

Terdapat seorang ‘ulama bernama Abu Bakr al Aqthali yang telah membentuk satu badan da’wah semasa zaman ‘Abbasiyyah, 500 selepas hijrah. Beliau telah meletakkan syarat pada pengikutnya di mana mereka hanya mendapat hasil dari kerja-kerja mereka sahaja. Yakni tidak boleh menerima apa-apa sedeqah atau hadiah. Telah diberitakan apabila yang mempunyai niat tidak ikhlas tetapi mahu berjuang bersamanya, orang itu akan disuruh pulang. Katanya:

“Jika sebuah tentera meminta pertolongan dari mereka yang tidak bersih, tentera itu tidak akan menang.”

MAHASISWA

Salam ukhuwah…

Sedikit perkongsian bersama pembaca diluar di sana. Dewasa ini, masalah graduan mengganggur dan peluang pekerjaan menjadi masalah atau perbincangan utama terutama musim konvekesyen yang yang berjalan di setiap universiti tempatan dan swasta .

Mahasiswa yang bakal graduasi perlu memgetahui atau mengenali diri iaitu kecenderungan masing- masing untuk membina kerjaya di sektor mana, sama ada kerajaan atau swasta. Pada peringkat proses pembelajaran kita di universiti selama 4 atau 5 tahun belum lagi menjanjikan kerja dalam bidang tersebut. Jika minat kita bukan dalam bidang tersebut, seharusnya kita mempunyai perancangan tersendiri apabila tamat pengajian, “konvokesyen bukan penamat tapi adalah permulaan kepada perkembangan diri kita”.

Kebanyakkan mahasiswa – mahasiswi belum mengenali diri dan tidak pasti kecenderungan masing- masing, akhirnya apabila graduasi mereka akan menghadapi masalah untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat mereka. Kadang- kadang terpaksa menghabiskan masa selama 3-4 tahun untuk mencari pekerjaan ynag sesuai dengan diri kita. Ironinya, selepas tamat belajar , kita perlu menjelaskan bayaran pinjaman pengajian tapi hakikatnya pekerjaan belum ada.

Kerajaan juga memikirkan strategi yang terbaik untuk merangka kursus pengajian di universiti dengan menyediakan peluang pekerjaan yang akan di serap sebaik sahaja tamat pengajian. Tetapi sebagai mahasiswa, seharusnya perfikiran jauh, jangan terlalu mengharapkan kerajaan. Sebaiknya kita sendiri yang membuat pekerjaan bukannya mencari pekerjaan. Dalam bidang perniagaan pelbagai pendapat dalam di peroleh jika ada perancangan dan strategi yang baik. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud” 9/10 daripada keuntungan datangnya daripada perniagaan. Orang Melayu cepat berputus- asa dalam perniagaan dan akhirnya masyarakat monopoli bidang perniagaan tersebut.

Dr. Ali Hashim ada menyatakan,untuk berjaya kita bukan hanya perlu anyam tikar sekali tetapi berpuluh kali sehingga anyaman tersebut Nampak halus dan indah. Dimana mahu dapat sagu, jika tidak di pecahkan ruyungnya. Ini bukan persoalan mampu atau tidak mampu, tetapi persoalan mahu atau tidak. Allah juga ada berfirman yang bermaksud: “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Jadi, kita kena berusaha untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Buat renungan mahasiswa sekalian, marilah kita berfikir sejenak, tinggalkan sebentar facebook, hentikan sekejap bermain game, banyakkan solat hajat dan mohon Allah tunjukkan di mana jalan kita atau minat dan kecenderungan kita agar kita menyesal di akhir nanti. Kadang- kadang kita banyak di sibukkan dengan aktiviti seharian, gajet yang pelbagai jenis sehingga terlupa untuk merenungi diri. Muhasabah seketika…


~jiwa sufi, minda haraki~

~b.ed. Islamic Education~

ETP: waspada masa depan negara...

ini adalah antara intipati berita di Malaysiakini...sila dapatkan maklumat lanjut. semua masyarakat perlu concern isu ini..masa depan remaja dan anak- anak kita akan lebih terancam dengan pelbagai masalah akan timbul. mudharat akan lebih banyak daripada faedah..

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.


sumber: malaysiakini... dapatkan maklumat lanjut.

Tuesday, October 26, 2010

....???


salam ukhuwah....

serabut, pening, gusar, keliru, marah, sabar.. dan pelbagai lagi perasaa tak tergambar dengan tulisan. sukarnya meniti hidup di akhir-akhir sem ni. teringat mak n ayah kat umah. rasa macam nak balik ja. tinggal seketika masalah yang berlegar di sekeliling ku. susahnya nak puaskan hati semua orang. nak jaga hati semua orang agar tenang dan berbaik- baik sesama kita. tapi sebaliknya berlaku...

sesekali rasa berputus asa dan mahu lari jauh dari tempat ini. mencari ketenangan dan tenteramkan hati yang kecamuk ini. tapi kenangkan perjuangan Rasulullah yang menghadapi ujian yang lebih hebat dari diri ini, sy seolah-olah malu untuk berjumpa baginda. takut sy menjadi seorang umatnya yang x kental hadapi ujian. sedangkan Rasulullah, seorang utusan Allah berhadapan tuduhan, dan ugutan bunuh oleh musyrikin Mekah, tetapi baginda tetap teguh dan yakin dengan dakwah yang di bawa sehingga sampai kepada kita nikmat Islam itu. terima kasih Ya Rasulullah. Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa 'ala aalihi wa Sahbihi wassalam.

Ya Allah, hamba ini pohon kekuatan dariMu, moga diri ini terus kuat untuk membawa syiar Islam di bumiMu ini. berikan daku kekuatan dan semangat yang kental agar x mudah jatuh dengan sedikit ujian. teguhkan semngat hambaMu ini hingga ke akhir hayatku. suburkan kembali butir-butir ukuhuwah kami yang mulai gugur. hubungkan kembali tali persaudaraan kami ya Allah.. moga najah kami dunia dan akhirat..

Saturday, October 23, 2010

Exam MOde



salam ukhuwah....


salam imtihan buat sahabat2 semua. moga usaha kita mendapatkan hasil yang terbaik. selepas usaha, bertawakal kepada Allah..

30/10: ilmu bayan

3/11: Bahasa Melayu lanjutan

4/11: EAP

7/11: Fiqh Usrah wa Mu'amalat

8/11: General Linguistis

11/11: Nahu 3


~ doakan kejayaan kita semua...

Friday, October 22, 2010

Discover the Beauty of Islam


salam ukhuwah....

sedikit perkongsian dari untuk anda semua.

"alah bisa tegal biasa". pepatah ini kerap kali kita dengari dan terbaca di mana- mana sahaja. yang membawa maksud, sesuatu benda yang baru dan sukar akan menjadi mudah apabila seringkali kita lakukan. perumpamaan ini boleh juga kita kaitkan dengan situasi yang berada di sekeliling. kebatilan apabila kerap kali di paparkan dan dilakukan akan menjadi kebiasaan dan sukar untuk di ubah walaupun hakikatnya adalah kesalahan yang nyata.

baru-baru ini, kita di dedahkan dengan satu festival pakaian Islam yang dikatakan akan mempamerkan pakaian Islam, tetapi hakikatnya di sebaliknya. penggunaan nama Islam seolah-olah untuk megaburi mata masyarakat sahaja. para model memperagakan pakaian yang tidak menunjukkan identiti seorang Islam. penggunaan satu tulisan arab "muhammad" yang di terbalikkan pada baju seorang model yang tidak menutup aurat itu, menunjukkan satu imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri. Allah telah berfirman dalam surah annur ayat 31 yang bermaksud:"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya. dan janganlah menampakkan perhiasannya melainkan yang biasa nampak. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.."

siapa yang perlu naikkan 'izzah Islam itu melainkan kita sebagai umat Muhammad. jangan kebiasaan yang telah di paparkan menyebabkan kebenaran yang sepatutnya di laungkan terbantut di situ sahaja. salah tetap salah walau sebesar mana jawatan yang kita pegang. golongan yang faham agama dan 'arif dalam bidang ini seharusnya mengambil langkah sewajarnya. setiap apa yang kita lakukan akan di nilai oleh Allah walaupun hanya sekadar usaha yang kecil.

Islam telah mengariskan syariat yang indah untuk umatnya yang terselit pelbagai kelebihan di sebaliknya. mengapa kita hendak memilih cara yang lain yang jauh dari ajaran Islam. takutlah kita akan azabNya yang pedih. taubatlah kita sentiasa, kerana manusia tidak pernah lepas daripada melakukan dosa. perjalanan kita masih jauh, jangan kita mudah tertipu dengan dunia yang akan melambatkan perjalanan kita, sampai tertinggal dalam pelayaran akibat mengutip nikmat yang sementara di dalamnya.

Discover the beauty of Islam.