Wednesday, October 27, 2010

MAHASISWA

Salam ukhuwah…

Sedikit perkongsian bersama pembaca diluar di sana. Dewasa ini, masalah graduan mengganggur dan peluang pekerjaan menjadi masalah atau perbincangan utama terutama musim konvekesyen yang yang berjalan di setiap universiti tempatan dan swasta .

Mahasiswa yang bakal graduasi perlu memgetahui atau mengenali diri iaitu kecenderungan masing- masing untuk membina kerjaya di sektor mana, sama ada kerajaan atau swasta. Pada peringkat proses pembelajaran kita di universiti selama 4 atau 5 tahun belum lagi menjanjikan kerja dalam bidang tersebut. Jika minat kita bukan dalam bidang tersebut, seharusnya kita mempunyai perancangan tersendiri apabila tamat pengajian, “konvokesyen bukan penamat tapi adalah permulaan kepada perkembangan diri kita”.

Kebanyakkan mahasiswa – mahasiswi belum mengenali diri dan tidak pasti kecenderungan masing- masing, akhirnya apabila graduasi mereka akan menghadapi masalah untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat mereka. Kadang- kadang terpaksa menghabiskan masa selama 3-4 tahun untuk mencari pekerjaan ynag sesuai dengan diri kita. Ironinya, selepas tamat belajar , kita perlu menjelaskan bayaran pinjaman pengajian tapi hakikatnya pekerjaan belum ada.

Kerajaan juga memikirkan strategi yang terbaik untuk merangka kursus pengajian di universiti dengan menyediakan peluang pekerjaan yang akan di serap sebaik sahaja tamat pengajian. Tetapi sebagai mahasiswa, seharusnya perfikiran jauh, jangan terlalu mengharapkan kerajaan. Sebaiknya kita sendiri yang membuat pekerjaan bukannya mencari pekerjaan. Dalam bidang perniagaan pelbagai pendapat dalam di peroleh jika ada perancangan dan strategi yang baik. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud” 9/10 daripada keuntungan datangnya daripada perniagaan. Orang Melayu cepat berputus- asa dalam perniagaan dan akhirnya masyarakat monopoli bidang perniagaan tersebut.

Dr. Ali Hashim ada menyatakan,untuk berjaya kita bukan hanya perlu anyam tikar sekali tetapi berpuluh kali sehingga anyaman tersebut Nampak halus dan indah. Dimana mahu dapat sagu, jika tidak di pecahkan ruyungnya. Ini bukan persoalan mampu atau tidak mampu, tetapi persoalan mahu atau tidak. Allah juga ada berfirman yang bermaksud: “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Jadi, kita kena berusaha untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Buat renungan mahasiswa sekalian, marilah kita berfikir sejenak, tinggalkan sebentar facebook, hentikan sekejap bermain game, banyakkan solat hajat dan mohon Allah tunjukkan di mana jalan kita atau minat dan kecenderungan kita agar kita menyesal di akhir nanti. Kadang- kadang kita banyak di sibukkan dengan aktiviti seharian, gajet yang pelbagai jenis sehingga terlupa untuk merenungi diri. Muhasabah seketika…


~jiwa sufi, minda haraki~

~b.ed. Islamic Education~

No comments: