Tuesday, October 12, 2010

KELIRU



salam ukhuwah....


pembendungan budaya hedonisme di negara kita semakin berleluasa dan tiada tindakan yang menampakkan kesungguhan untuk mengurangkan budaya ini terutama kepada remaja kita yang semakin meningkat dewasa. pendedahan kepada hiburan semata-mata membuatkan mereka lalai dengan dunia sendiri tanpa memikirkan masa depan masing-masing.

Adam Lambert yang di jangkan datang dan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober ini adalah satu bukti bahawa kita masih kurang cakna tentang masalah sosial yang ada dalam negara kita, sebaliknya memberi peluang untuk masalah ini terus menular dalam masyarakat kita.

penyanyi tersebut di katakan amat liar dan akan membawa kesan yang buruk kepada anak-anak remaja kita yang pergi ke tempat tersebut. Pas sendiri tekah menghantar surat bantahan terhadap konsert tersebut, tetapi baru-baru ini PUSPEL meluluskan konsert tersebut.

mencegah lebih baik daripada merawat, apabila masalah lain timbul selepas itu, maka akan membebankan pimpinan negara untuk memikirkan masalah tersebut. seeloknya ia di cegah dari awal, aktiviti dan program yang merosakkan akhlaq dan budaya kita seharusnya di elakkan, bukanlah apabila nasi sudah menjadi bubur, air mata darah sekalipun tidak mampu merubah apa-apa,

sama- sama kita fikirkan

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: