Monday, December 27, 2010

Pilihanraya kecil N5 Dun Tenang

penamaan calon: 22/1/2011

mengundi: 30/1/2011


~jalankan tanggungjawab anda sebaiknya~

Thursday, December 23, 2010

siswa diminta banding BN dan Pakatan

Pemimpin Mahasiswa berperanan penting untuk membantu mengembalikan keyakinan di kalangan penuntut universiti supaya menyokong kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya cabaran yang dihadapi kerajaan sekarang adalah mendapatkan sokongan daripada penuntut-penuntut universiti di Malaysia kerana kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang.

"Mahasiswa dan mahasiswi perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dan menilai sendiri pihak manakah yang lebih berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Bicara Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.

Sehubungan itu, beliau menasihati penuntut universiti agar tidak terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan janji-janji yang diberikan oleh mereka kerana ia akan merugikan negara dan rakyat Malaysia, kata Mukhriz.

Selain itu, pihak Miti juga membantu graduan-graduan universiti untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan tetapi mereka dinasihati agar melakukan kaji selidik mengenai pemasaran supaya barangan dan perkhidmatan yang disediakan memenuhi kehendak pasaran semasa, katanya.

Beliau berkata Miti mendapati beberapa usahawan gagal menebusi pasaran antarabangsa kerana tidak melakukan persediaan dan perancangan terperinci mengenai pemasaran dan tidak memenuhi kehendak pasaran semasa.

--Bernama

Sunday, December 19, 2010

update konvensyen PR ke-2

konvensyen Pakatan Rakyat semalam membuka lembaran baru untuk menghadapi PRU 13. penerimaan DAP akan Islam sebagai agama rasmi negara dan masyarakat lain boleh amalkan agama masing- masing.

satu risalah yang menerangkan perancangan yang akan di buat PR jika menawan Putrajaya akan di edarkan kepada masyarakat umum untuk memberikan kepercayaan kepada masyarakat akan kemampuan PR untuk memerintah negara jika mandar itu di berikan pada PRU 13 nanti.

kembalikan demokrasi negara akan disegarkan semuala dengan kempen tandatangan sebanyak 1 juta sebelum di hantar kepada Yang diPertuan Agong untuk kembalikan menghidupkan demokrasi yang mulai malap dalam politik negara.

parti Hindraf memberi kata dua kepada PR untuk memberi laluan kepada mereka bertanding di 15 kerusi parlimen yang di dapati majoriti masyarakat india di situ. jika tidak akan berlaku pertandingan 3 penjuru di situ. perkara ini masih lagi dalam perbincangan PR.
salam.....

mencari titik perubahan dalam diri dalam menghadapi tahun baru hijrah ini satu keperluan yang amat penting. bertambahnya lagi tanggungjawab besar dalam perjuangan hidupku, maka semua perlu bertambah. pembahagian masa, perjuangan ilmu, persiapan menjadi guru yang terbaik buat bakal anak-anak didik, hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya, anak yang menjadi penyejuk mata ibu dan ayah dan sebagainya menuntut pembahagian yang sewajarnya.

diri ini perlu terus kuat kerana kita ada Allah yang sentiasa mendengar doa-doa hambaNYA setiap saat dan ketika. "wahai Tuhan, permudahkan lah segala urusan kami dalam setiap urusan kami".

~rindu syahid di jalanNya~

Friday, December 17, 2010

N5 DUN Tenang


salam...


kesibukan semua jentera membuat persiapan untuk pru ke 13 perlu di tukar semula moodnya kepada satu lagi rentetan pilihanraya kecil kali ke 14 selepas pru 2008 di N5 Dun Tenang.

PRK ini berlaku di sebabkan kematiaan penyandangnya Sulaiman Taha yang kembali ke rahmatullah pada pukul meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes.

pilihanraya ini di jangka berlaku dalam bulan Januari akan datang. maka, satu lagi tumpuan khusus akan di berikan untuk melihat kemampuan parti-parti masing-masing menawan hati rakyat sebelum pru ke 13 yang semakin hampir. kemenangan atau kekalahan pada kali ini akan menjadi kayu pengukur kemampuan masing-masing mengekalkan kerusi masing pada sesi akandatang.

suasana politik Malaysia menampakkan sedikit perubahan walaupun masih ada lagi yang mengambil jalan tengah untuk tidak melibatkan diri dan juga di pengaruhi oleh pelbagai medium serangan propaganda dan sebagainya.

masyarakat yang semakin matang sudah mampu menilai kemampuan parti-parti yang dipercayai untuk membawa suara2 mereka di parlimen dan menjaga kepentingan mereka dengan sebaiknya.

membina perubahan politik negara...

Tuesday, December 14, 2010

petua- petua doa makbul

1. berdoa denan ikhlas kepada Allah

2. memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW,sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah ''Alhamdulillah" dan " wassatu wassalam ala Rasulillah".

3. mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi SAW juga.

4. bersungguh-sungguh ketika berdoa, hadirkan hati dan yakinkan diri pada penerimaan oleh Allah SWT

5. berdoa dengan khusyuk dan rendah diri

6. berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua- dua tangan

7. berdoa dengan sabar menanti untuk di makbulkan Allah.

8. sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.

9. tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.

Monday, December 13, 2010

RINDU SYAHID


berjiwa besar wahai diri kerana di hadapanmu menanti pelbagai onak dan duri yang mungkin akan menyebabkanmu tersasar atau bertindak untuk berpatah balik jika jiwamu serapuh batang lidi yang kering lagi tua.

persiapkan dirimu dengan kekuatan dalaman juga luaran kerana Allah mencintai hambaNya daripada hambaNya yang lemah. kekuatan ruhiyyah adalah senjata yang paling ampuh untuk mendepani musuh dan juga cabaran. begitu juga persediaan fizikal, kemahiran yang pelbagai serta semangat juang yang tinggi adalah gabungan yang ideal membentuk jiwa besar diri menempuh ranjau perjuangan yang hebat ini.

pujuk hatimu untuk terus kuat dan cuba tanggalkan rasa takut dan gentar, kerana Allah telah menjanjikan syurga untukmu mujahid setia. bisikkan ke hatimu bahawa keikhlasan adalah mutiara yang paling berharga pada detik ini. kerana ia akan memancarkan ke seluruh urat nadimu agar redha dan pergantunganmu hanya pada yang Satu, Allahu Rabbi. perjuangan ini tidak bermula dengan dirimu dan tidak juga akan berakhir dengan dirimu, tetapi dirimu adalah mata rantai perjuangan yang akan di sambung oleh generasi yang akan datang. sumbanglah dan serahkanlah dirimu dalam perjuangan ini, supaya menjadi saham yang terbaik bagi menghadapNya nanti.

siapalah dirimu untuk berlagak sombong di hadapanNya, sedangkan dirimu hanyalah hamba yang hina dina. tercipta dari setitis air mani lagi hina yang apabila jatuh ke tanah, ayam tidak sudi mematuknya apatah lagi itik untuk menyudunya. kahikat dirimu akan bernilai jika manifestasi syukur padaNya di terjemahkan dalam apa situasi sekalipun hatta syahid di jalanNya.

contohi para Nabi dan juga sahabat yang mewakafkan diri dan harta mereka di jalanNya, untuk memastikan nur Islam sampai kepada generasi seterusnya dengan acuan dan pancaran terbaik buat kita meneruskan perjuangan tersebut. mehnah dalam perjuangan tidak akan pernah luntur dan pudar, tetapi bagaimana caranya untuk menghadapi cabaran tersebut. Rasulullah SAW, kekasih Allah yang Agung turut diuji dengan pelbagai mehnah, cubaan membunuh, pemulauan, kesakitan, cacian dan cercaan dan pelbagai lagi. keteguhan cinta kepada umat dan Dinnul Allah ini melebihi segalanya dan ia menjadi kekuatan yang tiada taranya berdepan pelbagai ujian dan mehnah. semuanya akan menjadi manis apabila syurga menjadi tawaran kepada para mujahid dan mujahidah.

duhai jiwa, besarlah semangatmu, runtuhkan dan tanggalkan titik-titik kelemahan dan ketakutan, kerna ia akan mnyebabkan dirimu lemah dan tidak berdaya...