Monday, December 13, 2010

RINDU SYAHID


berjiwa besar wahai diri kerana di hadapanmu menanti pelbagai onak dan duri yang mungkin akan menyebabkanmu tersasar atau bertindak untuk berpatah balik jika jiwamu serapuh batang lidi yang kering lagi tua.

persiapkan dirimu dengan kekuatan dalaman juga luaran kerana Allah mencintai hambaNya daripada hambaNya yang lemah. kekuatan ruhiyyah adalah senjata yang paling ampuh untuk mendepani musuh dan juga cabaran. begitu juga persediaan fizikal, kemahiran yang pelbagai serta semangat juang yang tinggi adalah gabungan yang ideal membentuk jiwa besar diri menempuh ranjau perjuangan yang hebat ini.

pujuk hatimu untuk terus kuat dan cuba tanggalkan rasa takut dan gentar, kerana Allah telah menjanjikan syurga untukmu mujahid setia. bisikkan ke hatimu bahawa keikhlasan adalah mutiara yang paling berharga pada detik ini. kerana ia akan memancarkan ke seluruh urat nadimu agar redha dan pergantunganmu hanya pada yang Satu, Allahu Rabbi. perjuangan ini tidak bermula dengan dirimu dan tidak juga akan berakhir dengan dirimu, tetapi dirimu adalah mata rantai perjuangan yang akan di sambung oleh generasi yang akan datang. sumbanglah dan serahkanlah dirimu dalam perjuangan ini, supaya menjadi saham yang terbaik bagi menghadapNya nanti.

siapalah dirimu untuk berlagak sombong di hadapanNya, sedangkan dirimu hanyalah hamba yang hina dina. tercipta dari setitis air mani lagi hina yang apabila jatuh ke tanah, ayam tidak sudi mematuknya apatah lagi itik untuk menyudunya. kahikat dirimu akan bernilai jika manifestasi syukur padaNya di terjemahkan dalam apa situasi sekalipun hatta syahid di jalanNya.

contohi para Nabi dan juga sahabat yang mewakafkan diri dan harta mereka di jalanNya, untuk memastikan nur Islam sampai kepada generasi seterusnya dengan acuan dan pancaran terbaik buat kita meneruskan perjuangan tersebut. mehnah dalam perjuangan tidak akan pernah luntur dan pudar, tetapi bagaimana caranya untuk menghadapi cabaran tersebut. Rasulullah SAW, kekasih Allah yang Agung turut diuji dengan pelbagai mehnah, cubaan membunuh, pemulauan, kesakitan, cacian dan cercaan dan pelbagai lagi. keteguhan cinta kepada umat dan Dinnul Allah ini melebihi segalanya dan ia menjadi kekuatan yang tiada taranya berdepan pelbagai ujian dan mehnah. semuanya akan menjadi manis apabila syurga menjadi tawaran kepada para mujahid dan mujahidah.

duhai jiwa, besarlah semangatmu, runtuhkan dan tanggalkan titik-titik kelemahan dan ketakutan, kerna ia akan mnyebabkan dirimu lemah dan tidak berdaya...

No comments: