Saturday, February 27, 2010

Salam ukhuwah…

Pengaruh adalah perkara normal dalam kehidupan manusia. Semua orang ingin mempunyai pengaruh untuk diri sendiri sama ada percakapan, tulisan atau dalam bidang pekerjaan seperti usahawan yang inginkan kuasa pengaruh untuk menarik perhatian pelanggan masing2.

Pada hari ini 27 Februari 2010, bermula 9 pagi hingga 5 petang, sy ada terlibat sebagai urusetia ‘’kursus Muslim Profesional berpengaruh @ facebook di uiam. Ramai golongan professional terlibat sebagai peserta , di kalangan usahawan, pemilik consultant, bakal usahawan, golongan pekerja dan juga para pelajar. Program ini di kendalikan oleh Tuan Syahrul Nizam Junaini penulis buku ‘’ilmu pengaruh bukan jampi tapi seni”.

Banyak sy dapat belajar sepanjang kursus hari ni. Cara bergaul dengan orang luar yg pelbagai l atar belakang. Bertemu dengan orang professional dengan berkongsi pengalaman. Yang paling penting, berjumpa dengan pemilik suara latar rancangan Ar-risalah di TV9. Encik Nasran, seorang yang sangat merendah diri dan tinggi jiwanya. Nasihat2nya kepada kami sebelum pulang amat menyentuh hati. Ia merupakan pembakar semangat untuk program seperti ini di teruskan lagi. Penambahbaikan perlu di laksanakan , memandangkan ini kali pertama program sebegini di l aksanakan.

Kursus ini memberi penumpuan bagaimana kita boleh menggunakan FB untuk mempromosikan bisnes kita dengan pelbagai bentuk pengaruh kepada orang yang membaca FB kita. Cara tulisan di wall, maklumat pada profile juga perlu ada caranya, selain gambar yg sesuai serta ada daya pengaruh perlu di utamakan.

Di harap sy di beri oleh Allah untuk sertai program sebegini lagi. Terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir dan sahabat yg membantu.

Wednesday, February 24, 2010

KEKASIH ALLAH



salam ukhuwah..

pada hari jumaat ni merupakan 12 rabiul awal, ulangtahun kekasih Allah yang kita ingati Nabi Muhammad SAW. majlis sambutan yang diadakan setiap tahun merupakan langkah terbaik untuk meningatkan kita semua tentang perjuangan dan mehnah yang di hadapi Rasulullah dalam merencana dan menyampaikan dakwah Islam agar sampai kepada kita semua pada hari ini. jika tidak kerana jasa dan pengorbanan Nabi , mungkin kita semua berada dalam kejahilan dan kegelapan. Rasullullah yang merupakan tauladan terbaik kepada kita dalam melewati hidup dalam segenap bidang, sama ada pekerjaan, ibadah, tanggungjawab sebagai anak, suami, ketua keluarga, pemimpin dan sebagainya.

ramai kita di zaman ini, hanya meningati Rasulullah ketika maulidur rasul atau peritiwa Isra' mikraj. pada hari- hari lain, di lupakan kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. selawat ke atas baginda pun susah untuk lafazkan walaupun sepuluh kali. berselawat ke atas nabi sekurangnya sepuluh kali setiap selepas solat. kerana itu akan menjadi pembantu kita untuk mendapat syafaat dan menyuburkan cinta kita kepada Rasullullah tercinta.

kita semua perlu kembali kepada dasar Islam dan merujuk kepada sejarah islam yang lepas jika kita mahu untuk memperbaiki hidup kita dan mencari penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak, penipuan , rasuah dan sebagainya. kita contohi bagaimana Rasullullah menjalani hidup dalam kesusahan tetapi yakin selalu dengan pertolongan Allah. ambillah Rasullullah sebagai teladan bukan para artis sebagai mentor dalam hidup kita.

Allah berfirman: ''Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya''. mari kita sama-sama perbaiki diri kita dan banykkan selawat..

~jiwa sufi, minda haraki~

Thursday, February 18, 2010






salam ukhuwah...





taklifan tanggungjawab dan amanah adalah satu bebanan yang sangat berat
ia memerlukan kekuatan dalaman dan luaran untuk laksanakannya
kesedaran tentang perlunya laksanakan amanah ini sebaiknya perlu selalu disematkan dalam diri, agar diri ini tidak terlalu lalai dan leka dengan taklifan yang di serahka kepada diri masing-masing. Allah adalah rujukan utama untuk mengumpulkan kekuatan dan tempat mengadu segalanya. titsan airmata menjadi bukti kelemahan diri ini, dengan rendah diri mohon kekuatan dari Yang Maha Perkasa.
sungguh diri ini lemah dan tidak berdaya, tetapi dengan bersandarkan janjiNya, ku teruskan jua berbekalkan cinta padaNya untuk bertemu denganNya di sana nanti. cinta yang di sandarkan padaNya moga menjadi pemangkin semangat juang diri ini.
diri ini juga perlu berubah ke arah yang lebih baik, mencari ilmu yang bermanfaat, hargai masa sebaiknya. agar setiap amalan dan gerak laku menjadi titisan mutiara sebagai hamparan di syrga nanti. emosi kadang-kadang menguasai diri yang di acukan oleh syaitan yang datang menguji keteguhan hati . tetapi ia perlu di lawan segera agar kita tidak tumpas dengan pujukannya. jiwa manusia yang sukakan keseronokan dan maksiat ini, perlu kita tatih dan didik ke arah ketuhanan dan pengabdian kepadaNya.
Ya Allah, teguhkan semangat diri ini, pujuk ku dengan janjiMu, agar ku tidak tergelincir dari jalan ini. agar hidup dan mati ku adalah berjuang di jalanMu.



~jiwa sufi, minda haraki~




Wednesday, February 10, 2010

Tugas sudah bermula

salam ukhuwah...

semalam 10 Februari 2010 ,barisan kepimpinan SRC UIAM 09/10 telah melafazkan biah dengan pentadbiran UIAM bagi mengesahkan pemilihan mereka sebagai wakil pelajr yang telah di letakkan di posisi masing-masing..

SRC pada kali ini yang di ketuai oleh Muhammad Firwan Norliza yang merupakan SRC 08/09 yang lalu sedikit sebanyak di harap membantu dalam melaksanakan pembaharuan yang terbaik kepada perjuangan Islam dan mahasiswa uiam khususnya,,,

salam perjuangan...

~jiwa sufi minda haraki~

kemanusiaan semakin hilang





salam ukhuwah..
hidup manusia hanyalah sementara sahaja di dunia ini, jadi harus berusaha sebaiknya untuk melakukan amal ibadah dan amal-amal kebajikan yang akan membantu kita di akhirat nanti. kematian akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari. sebaliknya yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini yang semakin meruncing apabila gejala pembuangan yang berlaku hampir setiap hari dan berturut-turut. masalah ini bukanlah perkara baru lagi dalam masyarakat tetapi sudah menjadi masalah yang di pandang ringan tanpa sebarang permerkasaan yang kukuh bagi mengurangi dan mengatasi masalah ini.
hari ini, satu lagi mayat bayi yang dijumpai di kaki masjid yang sudah meninggal dunia dalam keadaan di hurungi semut dalam jangkamasa yang agak panjang. semalam seorang bayi perempuan yang masih hidup di jumpai juga dan telah di hantar ke hospital untuk rawatan dan di hantar ke rumah kebajikan. 2 hari lepas seorang bayi yang di temui di tanam hidup-hidup amat mengejutkan kita semua....
di manakah nilai kemanusiaan manusia semua yang di katakan mementingkan nilai -nilai kemasyarakatan dalam hidup. adakah situasi semasa yang mendesak semua orang untuk bersikap ananiyah tanpa memikirkan untuk kebajikan dan pembangunan masyarakat.??? dimanakah adab-adab dan nilai agama yang telah di terapkan kepada kita sejak kecil lagi??. dudah tidak ada rasa belas kasihan kita kepada sesama makhluk yang mungkin telah pergi bersama aliran kemajuan yang memakan semua nilai-nilai yang sebelum ini tertanam dalm diri kita, sehingga membuang dan membunuh darah-daging sendiri. jangan biarkan oarang lain menerima akibat dari kesalahan yang kita lakukan.

kita yang berdosa melakukan zina, kemudian di tambah lagi berdosa dengan membunuh insan yang tidak berdosa.. kelahiran seorang insan yang tidak mahu di terima itu telah membuatnya menderita tanpa sebarang kesalahan yang tidak di lakukan....

marilah sama-sama kita muhasah semula kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. masih ada masa untuk kita bertaubat sebelum maut datang menjemput yang tidak tahu bila akan menjelma. mugkin sebentar lagi, atau petang nanti, atau malam ni...

fikirkan,,,,,


~jiwa sufi minda haraki~


Wednesday, February 3, 2010





~moga ruh perjuangan kekal utuh dalam diri jundullah semua~

Susulan PRK



salam ukhuwah...


mood pilihanraya masih lagi di rasai di UM dan UKM apabila keputusan mengenai pilihanraya

yang tidak telus dan pelbagai masalah yang timbul selepas pilihanraya kampus yang berlaku

28 Januari lalu. keputusan 7 calon pro-m di UKM telah di batalkan dan di ganti oleh pro-A.

nasib yang sama juga menimpa UM apabila rayuan untuk pilihanraya kali kedua telah ditolak.

pengakuan yang di buat oleh Naib Canselornya Prof Datuk Ghauth Jasmon yang menyatakan

tiada sebarang masalah dengan sistem e-voting yang baru pertama kali di perkenalkan di

universiti tersebut. Pengumuman itu mengekalkan keputusan sebelum ini iaitu kumpulan Pro-

Aspirasi memperoleh 21 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Pro-Mahasiswa pula
17 kerusi. pihak Pro-M akan membawa kes ini ke mahkamah jika tiada kajian berterusan

tentang sistem e-voting yang di gunakan.


selamat berjuang kepada barisan Pro-M di UM. carilah keadilan selagi mampu. " Allah tidak

melihat hasil kita , tetapi melihat usaha kita". siiru 'ala barkatillah..


~jiwa sufi minda haraki~