Wednesday, February 24, 2010

KEKASIH ALLAH



salam ukhuwah..

pada hari jumaat ni merupakan 12 rabiul awal, ulangtahun kekasih Allah yang kita ingati Nabi Muhammad SAW. majlis sambutan yang diadakan setiap tahun merupakan langkah terbaik untuk meningatkan kita semua tentang perjuangan dan mehnah yang di hadapi Rasulullah dalam merencana dan menyampaikan dakwah Islam agar sampai kepada kita semua pada hari ini. jika tidak kerana jasa dan pengorbanan Nabi , mungkin kita semua berada dalam kejahilan dan kegelapan. Rasullullah yang merupakan tauladan terbaik kepada kita dalam melewati hidup dalam segenap bidang, sama ada pekerjaan, ibadah, tanggungjawab sebagai anak, suami, ketua keluarga, pemimpin dan sebagainya.

ramai kita di zaman ini, hanya meningati Rasulullah ketika maulidur rasul atau peritiwa Isra' mikraj. pada hari- hari lain, di lupakan kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. selawat ke atas baginda pun susah untuk lafazkan walaupun sepuluh kali. berselawat ke atas nabi sekurangnya sepuluh kali setiap selepas solat. kerana itu akan menjadi pembantu kita untuk mendapat syafaat dan menyuburkan cinta kita kepada Rasullullah tercinta.

kita semua perlu kembali kepada dasar Islam dan merujuk kepada sejarah islam yang lepas jika kita mahu untuk memperbaiki hidup kita dan mencari penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak, penipuan , rasuah dan sebagainya. kita contohi bagaimana Rasullullah menjalani hidup dalam kesusahan tetapi yakin selalu dengan pertolongan Allah. ambillah Rasullullah sebagai teladan bukan para artis sebagai mentor dalam hidup kita.

Allah berfirman: ''Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya''. mari kita sama-sama perbaiki diri kita dan banykkan selawat..

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: