Wednesday, February 3, 2010

Susulan PRK



salam ukhuwah...


mood pilihanraya masih lagi di rasai di UM dan UKM apabila keputusan mengenai pilihanraya

yang tidak telus dan pelbagai masalah yang timbul selepas pilihanraya kampus yang berlaku

28 Januari lalu. keputusan 7 calon pro-m di UKM telah di batalkan dan di ganti oleh pro-A.

nasib yang sama juga menimpa UM apabila rayuan untuk pilihanraya kali kedua telah ditolak.

pengakuan yang di buat oleh Naib Canselornya Prof Datuk Ghauth Jasmon yang menyatakan

tiada sebarang masalah dengan sistem e-voting yang baru pertama kali di perkenalkan di

universiti tersebut. Pengumuman itu mengekalkan keputusan sebelum ini iaitu kumpulan Pro-

Aspirasi memperoleh 21 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Pro-Mahasiswa pula
17 kerusi. pihak Pro-M akan membawa kes ini ke mahkamah jika tiada kajian berterusan

tentang sistem e-voting yang di gunakan.


selamat berjuang kepada barisan Pro-M di UM. carilah keadilan selagi mampu. " Allah tidak

melihat hasil kita , tetapi melihat usaha kita". siiru 'ala barkatillah..


~jiwa sufi minda haraki~

No comments: