Wednesday, July 28, 2010

GURU.....

Guru dibenar berpolitik


KUALA LUMPUR 27 Julai – Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan pengumuman tersebut, ia membolehkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik.
Bagi tujuan itu, Mohd. Sidek berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tambah beliau, tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

‘‘Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,’’ kata Mohd. Sidek.
Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

SUMBER – BERNAMA

Monday, July 19, 2010

tunaikan hak anda....

salam ukhuwah....

kadang-kadang kita tidak menyedari dan tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. kesibukan belajar, kerja, dan aktiviti harian mengekang masa sesetengah orang tidak mampu mengawal waktu yang ada. padahal waktu sama banyak di berikan Allah pada seluruh hambaNYa sebanyak 24 jam sehari. tetapi ada yang boleh menghasilkan pelbagai kerja dalam waktu tersebut, dan ada hanya membuang masa tanpa sebarang rasa bersalah. ingatlah Allah telah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud: " demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, melainkan yang beriman dan beramal soleh''.

peringatan ini adalah untuk diri sendiri dan juga orang lain. bahang pilinraya umum sudah menampakkan taringnya. pelbagai spekulasi yang mengatakan ia mungkin berlaku pada tahun ini, atau bila-bila masa sahaja dalam tempoh terdekat. setiap pihak dan parti mula membuat persediaan sama ada dalaman mahupun luaran.

mahasiswa seharusnya sedar akan keadaan ini dan mempunyai tersendiri untuk membuat penilaian di atas pemerintahan yang sedia ada dan boleh membuat pemilihan tersendiri untuk menjamin kelangsungan pentadabiran yang sedia ada.

justeru, yang belum mendaftar sebagai pemilih sila lah berbuat demikian untuk memasatikan hak anda sebaai rakyat untuk memilih kepimpinan tersendiri dapat di realisaikan. masyarakat melayu adalah paling kurang mendaftar setakat ini berbanding Cina dan India.

sedarlah dan laksanakan taggungjawab anda.

Wednesday, July 7, 2010

MAAHADKU



salam ukhuwah....

perkongsian ini adalah sekadar peringatan buat diri ini khususnya dan para pembaca amnya. hari ni sy di jemput oleh badan dakwah maktab mahmud bagi menyampaikan tazkirah dalam program mereka dalam 45 minit. tajuk yang di berikan amat berat untuk saya bawakan iaitu "ikhtilat di kalangan pelajar". persediaan telah saya sediakan semalam bagi mmenuhi tuntutan tajuk tersebut dan cuba menyampaikan sekadar kemampuan.

pada mulanya rasa gementar sangat kerana campur putera dan puteri dan siapalah didi saya ini untuk memberi sedikit tazkirah yang sedemikian. tapi atas tuntutan dakwah, saya cuba sekdarnya. tapi x tahulah apa reaksi pelajar2 tersebut selepas tazkirah itu tamat.

apa yang ana nk tekankan disini adalah kebimbangan para guru dan ketua2 pelajar untuk menyediakan para pelajar dengann program yang dapat membentuk jati diri dan persediaan mereka untuk menghadapi dunia luar yang sangat mencabar. dan ini menuntut para pelajar terutama yang bersekolah agama yang bakal menjadi pendakwah dan mencipta cara-cara yang kreatif untuk berhadapan dengan masyarakat yang kehausan dan ketandusan ini.

saya sebagai bekas pelajar di sekolah tersebut merasa bersalah jika tidak dapat menyumbang apa bagi menyuburkan kembali suasana Islam di bumi barakah maahad tersebut. moga di beri kekuatan dariNya lagi untuk kita sebarkan dakwah di mana sahaja.

Tuesday, July 6, 2010

PEMBURU ILMU

salam ukhuwah.....

semester baru akan bermula 12 Julai ini. perasaan malas sedikit ada untuk kembali ke kampus bagi memulakan sesi pengajian yang memerlukan 3 semester berbaki untuk tamat pengajian. terasa masa berlalu sangat pantas sehingga tidak kita menyedarinya.

baki masa yang masih ada perlu di gunakan sebaiknya untuk mengutip segunung ilmu dan pengalaman bergelar siswi. alam pekerjaan dan masyarakat menjanjikan cabaran yang lebih hebat lagi berbanding alam pengajian.

teruskan bersemangat untuk berbakti kepada agama Allah ini selagi termampu. moga sedikit usaha kita akan ada barakahnya. penulisan artikel saya untuk milenia muslim terhenti seketika.insya Allah akan di sambung semula nnti. moga akan dapat idea2 baru.


AHLAN WASAHLAN KEPADA SEMUA PELAJAR2 BARU TAMAN ILMU DAN BUDI UIAM 2010/2011.