Monday, July 19, 2010

tunaikan hak anda....

salam ukhuwah....

kadang-kadang kita tidak menyedari dan tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. kesibukan belajar, kerja, dan aktiviti harian mengekang masa sesetengah orang tidak mampu mengawal waktu yang ada. padahal waktu sama banyak di berikan Allah pada seluruh hambaNYa sebanyak 24 jam sehari. tetapi ada yang boleh menghasilkan pelbagai kerja dalam waktu tersebut, dan ada hanya membuang masa tanpa sebarang rasa bersalah. ingatlah Allah telah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud: " demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, melainkan yang beriman dan beramal soleh''.

peringatan ini adalah untuk diri sendiri dan juga orang lain. bahang pilinraya umum sudah menampakkan taringnya. pelbagai spekulasi yang mengatakan ia mungkin berlaku pada tahun ini, atau bila-bila masa sahaja dalam tempoh terdekat. setiap pihak dan parti mula membuat persediaan sama ada dalaman mahupun luaran.

mahasiswa seharusnya sedar akan keadaan ini dan mempunyai tersendiri untuk membuat penilaian di atas pemerintahan yang sedia ada dan boleh membuat pemilihan tersendiri untuk menjamin kelangsungan pentadabiran yang sedia ada.

justeru, yang belum mendaftar sebagai pemilih sila lah berbuat demikian untuk memasatikan hak anda sebaai rakyat untuk memilih kepimpinan tersendiri dapat di realisaikan. masyarakat melayu adalah paling kurang mendaftar setakat ini berbanding Cina dan India.

sedarlah dan laksanakan taggungjawab anda.

No comments: