Saturday, March 10, 2012

bertukar status



salam ukhuwah ...


melewati hari-hari sebagai zaujah kepada seseorang merupakan satu amanah yang besar tergalas di bahu ini. dan amanah ini akan kekal sehingga Allah menjemput kita atau suami kita untuk bertemuNya.

perbandingan gaya hidup ketika bujang amatlah berbeza, mengambil masa untuk serasi dengan perubahan yang berlaku dengan mendadak dalam hidup kita. doa selalu kepada Allah, kerana Dialah pemilik segala hati-hati untuk di kukuhkan ikatan suci yang terbina sehingga ke syurga.

merasai kemanisan dan kebahagian dalam baitulmuslim yang terbina. ketenangan wujud dari lafaz sakinah pada saat ia di lafazkan. segalanya halal dan mendapat ganjaran pahala dariNya. soroti sunnah Rasulullah SAW dalam melayari perjalanan hidup bersama Ummul Mukminin dengan harmoni dan rukun damai, kerana baginda adalah contoh yang terbaik dalam segala urusan.

moga Allah tetapkan hati-hati kita untuk terus kuat dalam perjalanan dakwah, thabat di jalanNya walau cabaran dan dugaan yang menduga keimanan insan. menjadi sayap kiri perjuangan yang utuh di belakang seorang pejuang yang memburu syahid di jalan Allah. kekuatan dan kesabaran adalah rencah utama untuk ganjaran wanita solehah yang di janjikan Allah.

~bishah amin~

ice breaking

salam ukhuwah...


sudah lama blog ini tidak berupdate. kesibukan yang ada telah menyebabkan pembahagian masa menjadi kelam kabut sedikit. waktu menulis telah terganngu sedikit dengan perubahan jadual hidup dari belajar kepada bekerja.

memulakan tugas sebagai guru sangat mencabar guru baru seperti kami ini. semuanya memerlukan perancangan, teknik2 yang betul agar para pelajar dapat menerima segala arahan yang di buat dan proses pembelajaran berjalan dengan baik.

sungguh tugas mendidik ini sangat mulia. keringat yang guru pernah curahkan kepada kita sebagai pelajar dulu perlu sangat untuk di hargai, kerana pengorbanan yang di buat itu tiada galang gantinya. harapan mereka hanyalah, anak didik mereka mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi orang yang berguna. guru tidak mempunyai apa-apa selain titisan air mata melohat kejayaan anak didiknya.

kadang-kala dibimbangi keikhlasan kita dalam mendidik dewasa ini takut terlalu untuk mendapat nilaian, dengan gaji yang tinggi. ilmu yang di curahkan dengan tulus ikhlas itu adalah ubat mujarab untuk ilmu tersebut menyentuh hati-hati anak didik kita. moga ilmu yang di curahkan dapat di praktikkan dengan baik. harapnya, pahala tersebut berterusan mengalir tatkala guru mengadap Illahi nnt.

~hargai pengorbanan seorang guru~ bishah amin