Tuesday, April 28, 2009

INGATAN BERSAMA...

Salam ukhuwah…
22.4.2009( Rabu)
Di sini ingin sy kongsikan bersama sahabat2 di luar sana mengenai isu orang bukan Islam yang membaca al-Quran seperti yang di hebahkan oleh pihak BN dalam kempen pilihanraya kecil yang berlaku baru- baru ini. Pelbagai spekulasi di timbulkan daripada isu ini yang menyatakan pihak pakatan rakyat mempermainankan al-Quran. Tetapi tuan guru menganggap ini adalah peluang yang patut di berikan kepada mereka untuk mengenal Islam. Dalam berparti kita berparti tetapi urusan dakwah di mana pun harus kita jalankan . bukan hanya berdakwah di bulan dakwah atau ada had dan harinya, tetapi selagi ada peluang sebarkan Islam selagi yang mampu. Sirah telah membuktikan bagaimana Saidina Umar membaca al-Quran ketika sampai di rumah adiknya Fatimah yang sedang membaca surah Taha itu. Umar segera mengambil mushaf itu dan membacanya. Tatkala kagum dengan kehebatan al-Quran, Umar segera mahu berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam.

Tetapi kita sekarang , perkara itu dianggap penghinaan, tetapi sebenarnya orang yang tidak mengikut apa yang dianjurkan al-Quran yang sebenarnya menghina al-Quran. Mengubah apa yang di anjurkan al-Quran, tidak mahu mengikut apa yang tercatat dalam al-Quran itu lebih banyak menghina al-Quran. Tun Dr. Mahathir dalam satu perasmian majlis membaca ayat yamg bermaksud ( wahai orang-orang yang beriman) dia berkata orang yang beriman itu adalah orang UMNO. Ini adalah salah satu penghinaan kepada al-Quran.
Di zaman ini ramai masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima kebenaran Islam. Rakyat Turki pada zaman Kamal Artartuk tiada peluang untuk mengenal Islam, tetapi sekarang mereka sudah nampak keindahan Islam itu, biarpun tidak sempurna tetapi usaha untuk mengenal Islam itu perlu kita banggakan. Ketika musim haji, salah seorang ustaz sy ada menceritakan mereka terdengar orang Turki menyatakan Allahu Asyrar, bukan Allahu Akbar. Mereka tidak mampu menyebut huruf ‘’khaf’’ seperti Allahu Akbar kerana sudah lama dalam pemerintahan Kamal Artartuk. Selain itu, pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kedah , mendapat 18A1. Salah satu mata pelajaran yang mendapat A1 ialah Tasawur Islam. Cuba kita bayangkan masyarakat bukan Islam mengambil subjek agama masyarakat lain dan mendapat keputusan yang cemerlang. Ini buktinya Islam bukan untuk Melayu sahaja tetapi untuk semua umat manusia. Satu lagi bukti yang perlu kita semua tahu, selepas peristiwa 11 September lalu ketika Islam di tindas, dikatakan pengganas, tetapi kita di kejutkan dengan berita dalam Kosmo yang menyatakan ‘’Rakyat Amerika berminat belajar Islam’’. Mereka telah berangkat ke Kaherah untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian Syariah untuk 1st Degree.
Bersama –sama kita muhasabah diri kita sepanjang hidup sampai ke umur ini apa yang kita telah sumbangkan Islam. Seharusnya kita usaha sekadar yang termampu mengikut kemampuan kita.’’ Allah tidak melihat hasil yang kita lakukan , tetapi Allah melihat apa usaha yang telah kita lakukan’’…..
~B.ed ISED~
~jiwa sufi minda haraki~

Tuesday, April 14, 2009

susulan PPSMI


salam ukhuwah..

Menteri Pelajaran baru di beri masa 2 minggu untuk mengkaji semula dasar PPSMI berhubung dengan demonstrasi dan memorandum yang di hantar Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) pada Mac lepas. Menurut setiausaha GMP, Hasni Abbas mereka akan menghantar memo kepada menteri dan Yang Dipertuan Agong jika isu kontroversi ini tidak di perbahaskan.

Dato' Seri Hishamuddin akan mengambil kira pendapat dari kementerian lain terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.bagaimanapun, Hasni mencadangkan agar mendapatkan nasihat dari pakar-pakar bahasa sebelum membuat keputusan

sama-sama kita terus usahakan agar bahasa kita, bangsa kita dan agama kita dapat kembali seperti biasa. kita sebagai rakyat ada hak untuk pertahankan apa yang kita mampu.jadilah kita orang mampu dan berani membuat perubahan bukan sekadar mengikut telunjuk dan berdian diri..

~b.ED ised~
-jiwa sufi minda haraki-

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH


mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
hartanya di perjuangkan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama

dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan

tiada sukar untuk di laksanakan

mengalir airmataku

tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita syurga

ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar

dari catatan hidup Siti Sarah
.
.
tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
mengendong bayi yang masih merah
mencari air penghilang dahaga

di terik padang pasir merak

ditinggalkan suami akur tanpa bantah

pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar..

mampukah aku menjadi wanita solehah?

mati dalam keunggulan iman

bersinar indah,harum tersebar

bagai wanginya pusara masyitah..
.

~buat renungan dan muhasabah wanita di luar sana ~

b.ed ISED
-jiwa sufi minda haraki-





Wednesday, April 8, 2009

persoalan terjawab!!!!

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

sumber : harakah daily

Monday, April 6, 2009

PR Kecil


Salam ukhuwah..

Bahang pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai makin terasa. semua parti, calon dan para penyokong berusaha untuk melancarkan kempen habis- habisan sebelum tamat masa berkempen pada malam ini.

Pada hari ini Tun Mahathir turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau bagi memenangkan calon BN. semalam dalam radio sibuk membincangkan tentang perkembangan dan trasformasi yang akan berlaku terhadap prk kali ini, adakah akan menyamai prk di Kuala Terengganu dan Permatamg Pauh atau sebaliknya. sama- sama kita nantikan keputusan dan pemilihan rakyat terhadap calon-calon yang bertanding.

Pas meramalkan calonnya di Bukit Gantang memenangi kerusi di situ sebanyak 60 peratus dengan mendapat sokongan daripada pengundi cina berjumlah 15,000. umno pula yakin dengan kedatangan tun Mahathir akan menarik lebih ramai pengundi tetapi pihak pas menafikan demikian kerana berkeyakinan pengundi Melayu yang mengundi Roslan Saharum sebelum ini akan terus menyokong calon Pas.

Ajk Umno bahagian Bukit Gantang Mohd Saadin Yusof meyatakan bahawa ramai pengundi Cina akan mengundi calon mereka pada esok hari dan Pas tidak akan mendapat apa-apa pun.

semua kan terjawab pada esok hari. kepada para pengundi buat lah pilihan yang tepat dalm menentukan siapa pemimpin kita. pilihla pemimpin yang dapat membawa kebaikan dan dapat berjuang untuk kita semua. sama-sama kita panjatkan doa agar kebenaran akan terbukti dan berpihak kepada yang benar...

- jiwa sufi minda haraki-