Thursday, October 29, 2009

SALAM IMTIHAN

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan.

Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab


Jika niat sudah terpancang karena Allah, tidak akan ada halangan yang bisa

menghentikan seseorang melakukan sesuatu. Niat karena Allah ialah motivator

yang utama dan seharusnya menjadi satu-satunya motivator kita.



Allah SWT memerintahkan kita untuk mau berpikir tentang penciptaan-Nya

yang begitu menakjubkan, rumit, dan kompleks. Namun semua itu telah Allah

SWT tundukan untuk kita. Ini sebagai tanda bahwa manusia memiliki

kemampuan (dari Allah) untuk menundukan apa yang ada di langit dan di

bumi.


Lalui kesulitan dan bertakwalah, maka kemudahan pun akan datang.




Salam imtihan buat buat semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir. usaha, doa dan

tawakal pada Allah. moga kejayaan milik semua demi meneruskan perjuangan kita dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. bitauffiq wa najah ilaikum...siiru 'ala barkatillah.


~B.Ed Islamic Education~
-jiwa sufi minda haraki-

SINDROM EMPTY NEST (SARANG KOSONG)





Istilah ini di gunakan dalam sosiologi untuk menggambarkan kehidupan ibu-bapa setelah anak-anaknya membesar dan mempunyai haluan hidup sendiri, ataupun anak-anak melanjutkan pelajaran di luar negara atau kawasan yang jauh daripada tempat tinggal.

Dalam dunia yang serba canggih ini, mugkin isu ini sudah tidak di ambil peduli oleh para anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu-bapa. Sindrom ini akan bertambah teruk apabila ibu0bapa yang bekerja sudah bersara dan tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk mengisi masa terluang yang ada.
Disini ada beberapa cadangan yang boleh di ambil sebagai panduan kepada anak-anak dan ibu- bapa yang bakal bersara daripada pekerjaan dan masih belum membuat perancangan untuk meneruskan sisa hidup yang masih ada.

Bagaimana ibu –bapa untuk mengatasi sindrom ini.


1. Membuat perancangan

Masih belum terlambat kepada ibu-bapa yang belum merancang untuk membuat perancangan sekarang ini. Ibu-bapa boleh berbincang dengan anak-anak tentang perancangan masa depan. Contohnya membuka perniagaan, mengikuti kelas-kelas pengajian agama secara berterusan, menyertai pasukan-pasukan yang bergiat aktif dalam bidang dakwah. Sekurang-kurangnya kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat sekadar kemampuan kita.

2. Belajar untuk mengenal pasangan anda

Melihat secara positif, ini lah masa kepada suami dan isteri untuk mengembalikan semula keromantisan rumah tangga, meghabiskan waktu bersama-sama di rumah atau melancong ke tempat tertentu bersama-sama pasangan anda untuk kembali mengenali pasangan anda akibat kesibukan kerja sebelum ini.


3. Membuat senarai impian anda

Senaraikan semula impian anda yang tidak terlaksana ketika sibuk membesarkan anak-anak. Mungkin menjadi seorang penulis puisi, atau penulis. Mencari kerjaya baru atau kembali ke sekolah. Anda masih belum terlambat unuk belajar. Pilihlah kerjaya yang tidak memerlukan masa yang panjang untuk habiskan tetapi biarlah ia menarik bagi anda.


4. Mengadakan hubungan erat dengan ibu-bapa lain yang mengalami sindrom yang sama.

Masalah yang di hadapi oleh ibu-bapa yang mengalami sindrom ini hanya dapat di atasi oleh orang yang mempunyai masalah yang sama. Ini akan memberi peluang pada anda menambah kenalan.



Bagaimana anak-anak dapat membantu ibu-bapa yang mengalami sindrom ini.


1. Selalu menyediakan waktu buat mereka


2. Cuba sedaya mungkin untuk memenuhi segala keperluan mereka


3. Meraikan festival yang ada bersama mereka contohnya Hari Raya, Ramadhan.


4. Eratkan hubungan yang kuat antara cucu dan nenek mereka.


5. Suami dan isteri seharusnya toleransi terhadap ibu-bapa masing-masing yang menghadapi sindrom ini.


6. Berkongsi perkembangan teknologi yang ada bersama mereka . cthnya telefon bimbit untuk mudah di hubungi.


7. Menghantar mereka untuk menunaikan haji dan umrah.


8. Paling penting adalah , kotakan apa yang telah kamu janjikan pada mereka.


9. Doakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat.


Kepada para anak-anak sekalian cuba lah sedaya yang mampu untuk menggembirakan hati ibu bapa masing-masing dan membalas jasa mereka yang bersusah payah membesarkan kita sejak kecil sehingga dewasa. Jauhkan daripada manyakiti hati mereka walaupun sedikit. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “ dan Tuhanmu telah memrintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika slah seorang daripadanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jangan engkau mengatakan ‘’ah’’ dan jangan lah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada kedunya perkataan yang baik. (al-Isra’: 23)


Sumber : Note sociology of education ( Dr.che Noraini Hashim)



Thursday, October 22, 2009

ROH JIHAD SEMAKIN TERASA ....

SALAM UKHUWAH DAN SALAM JIHAD

wahai pejuang,
saat dirimu di uji,
bila badai perjuangan melanda.
Adakalanya kau kuat kerana
kau yakin Allah di sisi.
tapi bila suatu masa semangat itu pergi
walau bergoncang jiwa ragamu
jangan kau lari dari medan ini
biarkan Allah terus memegang hatimu
memandu langkahmu
membentuk dirimu
menjadi seorang pejuang sejati..

~ roh pilihanraya kampus semakin terasa di kampus2 terutama di Lembah Klang. semangat ini juga turut di rasai di uiam sendiri. Sepanjang minggu ini Annual Grand Meting society mula memecahkan keriuhan di akhir2 semester ini untuk menyaksikan kemunculan muka-muka baru kepimpinan society di kuliyyah masing2.

semoga semua mahasiwa terus bersemangat untuk menyiapkan diri bagi menghadapi pilihanraya kampus tidak lama lagi. Ambil lah semngat para syuhada' pada zaman Rasullullah dan para sahabat agar semangat kita tetap utuh demi tegakkan syariat Allah dan mencapai janji Allah iaitu syurga yang kekal abadi.

~jiwa sufi minda haraki~

Wednesday, October 21, 2009

ISA DI KEKALKAN

SALAM UKHUWAH...


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Iklan




Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya sudah menjangka perkara tersebut biarpun kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri najib di lihat lebih terbuka dengan slogan 1Malaysianya, rakyat di dahulukan.

"Saya tidak terkejut sama sekali," ulasnya spontan ketika dihubungi Harakahdaily.
Ujarnya lagi, alasan kerajaan mengekalkan ISA kerana didakwa berkesan mencegah kegiatan atau aktiviti subversif yang mengancam keselamatan negara juga tidak boleh disandarkan secara seratus peratus.

Menurutnya, masalah ketenteraman awam yang berlaku dalam negara ini sangat sedikit dan undang undang selain ISA mampu mengatasinya berbanding masalah rasuah dan salah guna kuasa yang sering dilaporkan.

* ini adalah kenyataan yang di dapati dalam harakah daily. untuk maklumat lanjut lawati laman web tersebut.

- harakahdaily-

~jiwa sufi minda haraki~
LANGAH TERCIPTA

semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mecalar ketabahan

mimpi yang sering ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampain

Allah,
inginku hentikan langkah ini
semangat tenggelam, lemah daya
namun jiwa ku berbisik
inilah dugaan

dan mataku kini terbuka
pada hikmat dugaan
uji keimanan
dan dilontarkanNya ujian
di luar ketabahan setiap diri insan

Allah
pimpinlah diriku
untuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata.

padaMu ku meminta

- bangunlah sahabat2 seperjuangan ku agar kita dapat meneruskan roh jihad ini-

Tuesday, October 20, 2009

MULTIPLE INTELLIGENT

salam ukhuwah..

Multiple Intelligent ( MI)

MI merupakan tajuk presentation saya untuk Instructional Curriculum. selepas membuat sedikit research saya mendapati ia merupakan topik yang perlu di kongsikan bersama. bukan sekadar kepada bakal-bakal guru tetapi semua orang patut mengetahuinya.

MI dikenali dalam bahasa Melayu sebagai " teori kepelbagaian kecerdasan''. teori ini di kembangkan oleh Howard Garner yangmerupakan pakar psikologi. menurut kajiannya semua manusia mempunyai 9 intelligent dalam diri masing-masing. terpulang kepada invididu tersebut untuk mengembangkan lagi kepandaian yang ada dalam dirinya atau membiarkan sahaja. antara 9 intelligent tersebut adalah linguistic intelligent, logical- Mathematical Intelligentt, spatial inteligent, musical intelligent, natural intelligent, existential intelligent, bodily - kinesthetic intelligent, interpersonal dan intrapersonal intelligent.

sebagai bakal guru seharusnya mengetahui kelebihan yang ada pada setiap anak-anak murid dan membuat perancangan strategi mengajar yang mengambil kelebihan yang ada pada setiap pelajar untuk menjadikan mereka lebih minat untuk belajar dan memahami apa yang ingin di sampaikan oleh para guru.

soalan-soalan untuk mengkaji kecenderungan atau kelebihan kita dalam mana-mana intelligent ini boleh di cari dalam internet atau buku-buku yang berkaitan. sekiranya kita sudah mengetahui intelligent kita, maka cuba untuk kembangkan lagi agar memberi manfaat kepada orang lain, dan juga agama.

Adi Putra dan Suffiah antara contoh yang mempunyai logical-mathematical intelligent, manakala Irfan mempunyai musical intelligent. selamat belajar.

~ B.ed ised~
~jiwa sufi minda haraki~

Thursday, October 15, 2009

HARAM PURDAH

salam ukhuwah

Isu larangan berpurdah amat mengejutkan apabila di keluarkan oleh Syeikh tantawi baru-baru ini. untuk maklumat lanjut lawati blog ini. ustaz masa belajar di pondok dahulu.

http://singalaka.wordpress.com/2009/10/10/haram-purdah/.


~jiwa sufi minda haraki~