Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak

Keputusan Tak Rasmi PRN Sarawak

keputusan tidak rasmi PRN Sarawak menunjukkan PRK telah mendahului di beberapa peti undi.

kepada yg belum membuang undi, ayuh segera tunaikan tanggunjawab anda. andalah yg layak untuk menentukan kepimpinan yg akan datang.

jika ingin berubah atau kekalkan yg lama, sila lakukan tanggugjawab and, ini kerana anda yg akan menentukan corak kehidupan masa depan rakyat di sana.



Tuesday, April 12, 2011

perkongsian dan sebarkan


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis

tersebut sangat menjolok mata...
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.... Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM' Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...

Kajian....ALLAH je mengetahui..... Assalamualaikum .......

Mesti korang terkejutkan..neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan
1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke
bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam. P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam...

Sunday, April 10, 2011


bahang pilihanraya di Sarawak semakin panas di rasai. kempen yang sudah bergerak dengan pelbagai cara dan strategi. rata-rata menyebut dan melaporkan , rakyat sarawak sudah bersedia untuk menukar kepimpinan disana yang sudah lama di tipu dan tersiksa dengan kepimpinan sebelum ini.

sokongan yang di tunjukkan dengan kehadiran ke ceramah-ceramah pakatan rakyat dengan kehadiran di luar jangkaan membuktikan mereka sangat serius pada kali ini. seolah-olah menunjukkan protes yg sangat tinggi terhadap kepimpinan selama ini.

sehubungan itu, pihak pakatan rakyat seharusnya bersedia untuk menerima perubahan ini dan memainkan serta realisasikan kepercayaan yang bakal di berikan. perjuangan PAS yang sudak mula di terima masyarakat di sana, harus di pandang tinggi agar matlamat dakwah untuk islahkan masyarakat dapat dicapai. ahli-ahli yang bakal di naikkan sebagai pimpinan di sana jika beroleh kemenangan haruslah melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

dakwah Islam perlu di teruskan disana dan diperkuatkan di semenanjung jugak. gerak kerja dakwah perlu seiringan dengan segala aktiviti kita. dakwah bilhal jugak adalah cara terbaik, agar menjadi contoh terbaik kepada msyarakat sekitar.

~teruskan memaknakan perjuangan ini~

Friday, April 8, 2011

Rintihan Hamba


dosa...

hadirnya dan berlakunya tanpa kita sedari atau kita sengajakan.
azab yang di janjikan Allah sangat pedih buat hamba-hambaNya yang berdosa.

seperti juga hukum alam setiap yang bersalah pasti akan di hukum.
sepanjang umur saat ini sudah berapa timbun sudah dosa yang kita lakukan. sama ada sedar ataupun tidak. sengaja atau tidak sengaja, kecil ataupun besar.
adakah sudah ibarat buih-buih di lautan, atau rumput-rumput di jalanan atau pasir-pasir di pantai.
Ya Allah, kami selalu bertaubat akan dosa kami. tetapi senang pula kami lakukannya kembali.
sungguh perit perjuangan untuk menjaga diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa, dan mencapai taraf muttaqin.
di tahap manakah kita ini, adakah tidak pernah wujud langsung pada pandangan Allah.
mengumpat, memfitnah, zina hati, mengata, menyakiti dan sebagainya....
sentiasa kedengaran di sekitar kita, dan kadang-kadang mengheret kita untuk turut serta menambah saham..

akauan akhirat kita asyik berkurangan ja, akibat bayar hutang orang yang kita umpati.
usaha untuk menambah akaun belum lagi berhasil..
tika masa semakin hampir untuk melabuhkan tirainya
saat diri ini masih terkapai-kapai bekerja untuk menambah akaun...

Ya Allah, beri kami kekuatan untuk berpegang teguh pada syariatMu,
teguh berdiri dan amalkan ajaranMu..
setia menjadi pencari cintaMu
teguh berjuang pertahan agamaMu
gagah pertahankan diri daripada dosa

terima taubat kami ya Rabbi,
pandanganlah kami,
terimalah kami sebagai hamba yang merindui dan mendamba cintaMu,
pelihara kami dari dosa-dosa keci l atau besar
lindungi kami daripada syaitan yang selalu membisikkan kejahatan..

jadikan kami hamba yang sentiasa mengingatiMu setiap saat,
lidah yang sentiasa berzikir padaMu.
jadikan kecintaan kami pada manusia adalah untuk menambah cinta padaMu..
matikanlah kami dalam perjuangan memperjuang agamaMu..

menangkanlah tentera Islam,
selamatkanlah umat Islam..

Ya Rabbi, Ya Jabbar,
kabulkan permintaan hambaMu ini..
Amin Ya Rabbal 'alamin.

guru di tumbuk pelajar

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.

"Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.

"Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

"Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

"Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

"Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

"Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian," katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

~sumber daripada berita harian 7 April 2011.~
- kepada guru dan bakal guru wanita sekalian berhati-hati la dengan para pelajar sekarang yang semakin mengganas dan sudah tidak beradab dengan para guru mereka. sehingga guru-guru di pukul sesuka hati. ilmu pertahankan diri perlu d pelajari oleh para guru sebagai langkah berjaga-jaga dengan murid-murid sekarang. cabaran besar buat kami para bakal guru.

Sunday, April 3, 2011

Murid dipukul guru meninggal


Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star hari ini. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi. "Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat. "Saya dapat panggilan dari seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah. Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya. "Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya. "Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya. Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun. "Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya. Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang. Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat. - Bernama

~kepada para guru dan bakal guru ,ambik la iktibar daripada masalah yang berlaku di sekeliling kita ni. masyarakat yang menjunjung tinggi profession perguruan ini akan sedikit sebanyak akan tercabar dengan realiti yang berlaku sekarang. mulianya hati seorang guru untuk memastikan anak didiknya berjaya di dunia dan di akhirat, tetapi kesabaran, teknik-teknik pengajaran yang betul perlu kita amalkan. emosi bukanlah penyelesaian segala masalah, sebaliknya masalah lain pula yang akan timbul. kepada bakal-bakal guru, marilah kita sama-sama siapkan diri kita akan peranan sebagai guru dapat dimainkan sebaik dan selayaknya.