Sunday, April 10, 2011


bahang pilihanraya di Sarawak semakin panas di rasai. kempen yang sudah bergerak dengan pelbagai cara dan strategi. rata-rata menyebut dan melaporkan , rakyat sarawak sudah bersedia untuk menukar kepimpinan disana yang sudah lama di tipu dan tersiksa dengan kepimpinan sebelum ini.

sokongan yang di tunjukkan dengan kehadiran ke ceramah-ceramah pakatan rakyat dengan kehadiran di luar jangkaan membuktikan mereka sangat serius pada kali ini. seolah-olah menunjukkan protes yg sangat tinggi terhadap kepimpinan selama ini.

sehubungan itu, pihak pakatan rakyat seharusnya bersedia untuk menerima perubahan ini dan memainkan serta realisasikan kepercayaan yang bakal di berikan. perjuangan PAS yang sudak mula di terima masyarakat di sana, harus di pandang tinggi agar matlamat dakwah untuk islahkan masyarakat dapat dicapai. ahli-ahli yang bakal di naikkan sebagai pimpinan di sana jika beroleh kemenangan haruslah melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

dakwah Islam perlu di teruskan disana dan diperkuatkan di semenanjung jugak. gerak kerja dakwah perlu seiringan dengan segala aktiviti kita. dakwah bilhal jugak adalah cara terbaik, agar menjadi contoh terbaik kepada msyarakat sekitar.

~teruskan memaknakan perjuangan ini~

No comments: